Download App
7.75% AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 57: Berbaloikah?

Chapter 57: Berbaloikah?

Editor: EndlessFantasy Translation

Fikiran Meng Hao rasa sangat berkecamuk. Dia berdiri di atas kipas yang baru saja dia dapatkan dan menggunakan kekuatan rohani sebanyak yang dia mampu untuk melarikan diri dengan kelajuan yang tinggi. Dia takut jika dia sedikit lambat, dia akan diserang dan dirompak.

"Pertamanya aku telah menyinggung Si Aneh Song," keluh Meng Hao, "dan kemudian Sekta Takdir Ungu Lembayung... Tapi itu bukan salah aku, mereka memaksa aku untuk berdagang." Dalam fikirannya, dia tidak bersalah. Pada saat itu, dia tidak punya pilihan selain mendagangkan lembing itu.... Sambil mengeluh berulang kali, dia memaksa dirinya untuk bergerak lebih cepat, semakin dekat ke banjaran Pergunungan Perisai Negeri.

"Aku perlu mencari tempat untuk bersembunyi buat seketika, jika ada yang dapat mengejar aku, aku akan berada dalam bahaya..." Meng Hao mengerutkan kening. Kekuasaan kipas itu kian menghilang dan dia jatuh ke tanah. Sambil menyimpan kipas itu, Meng Hao mula berlari.

"Bilakah aku boleh mencapai tahap Pengukuhan Asas? Selepas itu aku pasti akan dapat terbang!"

Dua hari telah berlalu, Meng Hao tidak ada masa langsung untuk berehat. Dia hanya melarikan diri sambil memikirkan bagaimana dia tidak berehat langsung semenjak dikejar oleh Shangguan Xiu dari Gunung Daqing. Tetapi, dia tiada pilihan lain. Memikirkan apa yang akan terjadi jika dia tidak melarikan sangat mengerikan untuk difikirkannya.

Sementara itu, jauh di banjaran Gunung Perisai Negeri, di atas dataran tinggi di sebelah gunung khazanah, Wu Dingqiu mengangkat sebiji batu Go sambil tersenyum lebar. Setelah berfikir tidak kurang daripada sejam, dia dengan perlahan meletakkan sebiji batu Go itu di papan.

Dengan muka seperti besi, Si Aneh Song mendengus dingin dan menghempas sebiji batu Go ke papan.

"Si Aneh Song, asas Pertapaan kamu sangat hebat. Kamu tidak harus bersikap seperti ini" kata Wu Dingqiu sambil mengusap janggutnya dan ketawa. Dia kelihatan tenang seperti air. "Pertapa daripada generasi kita seharusnya dapat memupuk Qi kita dan menenangkan minda kita. Walaupun gunung-ganang runtuh di sekeliling, ekspresi kita tidak seharusnya berubah. Tetapi, tengok diri kamu ini! Adakah kamu benar-benar tidak selesa kerana seseorang yang tidak penting daripada generasi muda? "

"Jika situasi kita berubah, kamu juga akan bertindak begini," kata Si Aneh Song dengan dingin.

"Semestinya tidak! Jika aku, Wu, berada di dalam situasi ini, aku akan memujinya dan tidak akan merasa marah. Dalam Sekta Takdir Ungu Lembayung, kami memupuk pembawaan kami dan tidak akan membiarkan perkara seperti ini membuat kami marah. Jangan marah Si Aneh Song, tetapi jika macam ini Pertapaan kamu, kamu perlu belajar sesuatu dengan Sekta Takdir Ungu Lembayung." Wu Dingqiu ketawa, jelas sangat gembira dengan dirinya sendiri.

"Macam inilah," kata Wu Dingqiu. "Selepas kita selesai permainan Go ini, kamu boleh ikut aku ke Sekta Takdir Ungu Lembayung. Aku akan membenarkan kamu membaca Manual Pertapaan Moral kami dan kemudian kamu akan memahami apa yang dimaksudkan dengan memupuk Qi dan menenangkan minda." Senyuman Wu Dingqiu begitu lebar sehingga kedutan muncul di mukanya.

Si Aneh Song mendengus. Dia malas hendak berkata apa-apa dan hanya sekadar merenung jauh. Senyuman Wu Dingqiu semakin melebar dan dia juga merenung jauh. Tidak lama kemudian, dua susuk tubuh dapat dilihat berkejaran ke arah mereka melalui hutan. Mereka adalah Qian Shuihen dan Lu Song. Mereka memegang lembing waja dengan erat ketika mereka semakin menghampiri dataran tinggi. Mereka diikuti oleh sekumpulan kecil pengikut Sekta Takdir Ungu Lembayung yang lain.

Qian Shuihen dan Lu Song melangkah ke dataran tinggi dan kedua-duanya mula bercakap pada masa yang sama.

"Salam, Pemimpin Wu. Saya telah menyelesaikan tugasan itu, saya telah memperolehi barang berharga itu melalui proses pertukaran."

"Salam, Pemimpin Wu, mujurlah saya tidak gagal dalam misi saya, saya berjaya membuat pertukaran untuk lembing ini."

Wajah Si Aneh Song menjadi muram ketika gelak tawa Wu Dingqiu kedengaran.

"Cemerlang. Tahniah buat kamu berdua." Dia ketawa. "Aku dengan sendiri akan memasukkan kamu berdua ke dalam Sekta Dalaman. Kamu berdua tidak menimbulkan sebarang masalah kepada budak itu, kan?"

"Saya dengan gembira ingin melaporkan kami telah membuat pertukaran yang adil," kata Qian Shuihen dengan tergesa-gesa. Di sebelahnya, Lu Song mengangguk dengan bersungguh-sungguh, kelihatan sangat teruja. "Kami tidak menimbulkan masalah kepadanya." 

"Si Aneh Song, mari kita lihat lembing suci yang berharga ini." Wu Dingqiu ketawa. Dia melibas lengan bajunya dan lembing waja itu terbang ke arahnya.

Sejurus ia menyentuh tangannya, ekspresi Wu Dingqiu berubah. Matanya berkelip ketika dia memeriksa lembing itu dengan lebih teliti. Si Aneh Song yang sedang muram juga melihat lembing itu dengan teliti. Tiba-tiba matanya mula bersinar. Dia melihatnya dengan mulut terbuka dan lalu tersenyum.

Ekspresi Wu Dingqiu kelihatan sangat menakutkan. Tidak kira dari aspek mana dia melihat lembing itu, itu lembing biasa. Tidak mahu mempercayai itu benar, dia menghalakan lembing itu pada binatang Syaitan secara rawak di kaki gunung. Makhluk itu tidak langsung menyedarinya.

Ekspresi di wajahnya berubah menjadi lebih menakutkan. Dia mengangkat kepalanya dengan perlahan dan memandang dingin ke arah Qian Shuihen and Lu Song.

"Apa yang kamu tukarkan untuk lembing ini?" tanya Wu Dingqiu, sepatah demi sepatah.

Kelihatan gugup, Qian Shuihen berkata, "Saya telah memberi dua ribu Batu Rohani, tujuh Pil Rohani Bumi, salah satu Ceracak Neraka Sekta, dan... dan Pil Rentas Penara."

Wajah Wu Dingqiu kelihatan lebih mengerunkan.

Seterusnya, Lu Song berkata: "Saya memberikan seribu lima ratus Batu Rohani, tiga Pil Rohani Syurga, satu kipas berharga dan pil sakti." 

Si Aneh Song ketawa terbahak-bahak. Itu gelak tawa yang melegakan, seolah-olah semua kemurungannya yang terpendam daripada beberapa hari lepas tiba-tiba hilang.

Wu Dingqiu sudah cukup marah, tetapi ketika dia mendengar harga yang telah dibayar oleh kedua pengikutnya dan gelak ketawa Si Aneh Song, kemarahannya meletus. Dia tiba-tiba meraung marah. "Si bodoh tak berguna! Ini ialah lembing palsu!"

Raungan itu bergema seperti guruh dan menghancurkan papan Go. Rekahan muncul di permukaan gunung. Qian Shuihen dan Lu Song jatuh ke tanah dengan darah yang menyembur keluar daripada mulut mereka. Kepala mereka berputar ketika satu perkataan Wu Dingqiu bergema di dalam hati mereka.

"Palsu..." Mereka terkejut.

Perkataan ini tersebar di semua arah bersama dengan suara raungannya dan didengari hampir ke separuh banjaran Gunung Perisai Negeri sehingga sampai ke Bandar Peradaban Timur.

Akhirnya berita ini didengari oleh Sun Hua dan dia berasa sangat keliru. Selepas seketika, ekspresinya berubah dan kelihatan seperti terkejut.

"Lembing itu palsu?" Dia memandang kawan-kawannya dan mereka mula menyedari apa yang telah berlaku.

"Tidak mungkin lembing waja itu palsu, mungkinkah...?"

Di dalam Astaka Ratusan Khazah, Qiao Ling sedang memperkenalkan barangan sakti kepada seorang Pertapa ketika dia mendengar bunyi bising di luar. Dia kagum apabila dia teringat kembali pada lembing waja Meng Hao dan dia mempamerkan riak wajah yang aneh.

Di sebelah tungku pil, lelaki pertengahan umur itu membuka matanya dan matanya berkelip dengan ungkapan yang mengejek. Tanpa berkata apa-apa, dia menutup matanya kembali.

Jauh dari dataran tinggi Pergunungan Perisai Negeri, Meng Hao menundukkan kepalanya dan berlari lebih cepat.

Gelak tawa Si Aneh Song kedengaran di seluruh pergunungan itu. Wajah Wu Dingqiu kelihatan sangat mengerikan. Dia, seorang pemimpin Sekta Takdir Ungu Lembayung telah diperdayakan oleh seorang Pertapa di tahap Pemekatan Qi. Walaupun dia tidak terlibat secara langsung, dia pasti akan malu jika perkara ini tersebar.

Wu Dingqiu hendak mengesan dan mencari Meng Hao dengan segera. Dia berpaling untuk melihat Qian Shuihen dan Lu Song, yang berdiri di sana ketakutan. Dia rasa meluat, tetapi dalam hatinya dia mengeluh. Pengikut-pengikut ini telah menghabiskan masa mereka di dalam Sekta dan tidak mempunyai pengalaman berurusan dengan orang luar. Mereka masih mentah, tidak berpengalaman dan tidak mampu menangani tipu muslihat.

Dengan hembusan dingin, dia melemparkan lembing waja ke tanah. Dia mengambil beberapa langkah ke hadapan dan menggunakan derianya untuk mencari Meng Hao. Tetapi, langkahnya dihalang oleh Si Aneh Song yang sedang ketawa dengan senang hati.

"Rakan Taois Wu, janganlah marah," kata Si Aneh Song. "Sekta Takdir Ungu Lembayung kamu menekankan keperluan untuk memupuk Qi dan menenangkan minda demi membentuk pembawaan seseorang. Jangan biarkan perkara kecil seperti ini membangkitkan kemarahan kamu. Dengan pertapaan seperti ini, kamu harus melakukan sedikit kajian dalam Manual Pertapaan Moral Sekta kamu." Si Aneh Song ketawa berbahak-bahak. Sebelum ini, Wu Dingqiu telah menghalangnya pergi walaupun puas Si Aneh Song memberikan alasan. Sekarang, sudah pasti Si Aneh Song akan melakukan perkara yang sama kepada Wu Dingqiu.

"Kamu..." wajah Wu Dingqiu semakin mengerunkan dan dia menatap Si Aneh Song dengan tajam. Tetapi dia tidak mengatakan apa-apa.

"Kamu telah merosakkan papan Go ini, sekarang kita tidak dapat menyelesaikan pertarungan kita," kata Si Aneh Song dengan senyuman. "Macam inilah: kamu nak bawa aku ke Sekta Takdir Ungu Lembayung, bukan? Jom kita pergi! Kita boleh berbual dan bermain Go selama berbulan-bulan." Kemurungan telah hilang sepenuhnya daripada hati Si Aneh Song. Melihat Wu Dingqiu seperti ini, dia sangat gembira. Dia sudah tidak peduli lagi mengenai khazanah yang telah diambil Meng Hao. Apa yang paling penting baginya ialah rupa kemarahan dan penghinaan yang dialami Wu Dingqiu.

Dia menarik dan memegang Wu Dingqiu dengan niat tidak mahu melepaskannya.

Wu Dingqiu menjadi murung. Dia merenung tajam Si Aneh Song, kemudian mengeluh panjang. Dia tahu lelaki itu tidak akan membiarkannya mengejar Meng Hao. Dia menghentak kakinya dengan marah, kemudian membenarkan Si Aneh Song menariknya ke udara.

"Kamu yang tidak berguna tidak akan dapat bersaing," kata Wu Dingqiu, melihat ke bawah Qian Shuihen dan Lu Song yang sedang mengigil. "Kenaikan tahap ke Sekta Dalaman terbatal. Kembali ke Sekta dan segera bermeditasi sendirian!" Pengikut lain menyaksikannya dengan wajah pucat.

"Celaka kamu Meng Hao," kata Lu Song sambil menundukkan kepalanya dan wajahnya merah padam. "Aku tak akan lupakannya, bangsat!" Dia mengetapkan giginya ketika dia mengingati ekspresi malu-malu Meng Hao dan matanya dipenuhi kemarahan yang melampau. Dia belum pernah bertemu orang yang kurang ajar sepanjang hidupnya. Lembing itu jelas palsu. Wajahnya kelihatan penuh kekesalan ketika dia memikirkan betapa banyak dia telah bayar untuk lembing itu. Ketika dia memikirkan tentang kehilangan peluang untuk memasuki Sekta Dalaman, dia menjadi sangat marah sehingga dia hampir memuntahkan darah.

"Tidak tahu malu! Bedebah! kata Qian Shuihen sambil memikirkan barangan berharganya. Dia mengambil lembing waja itu. "Meng Hao, kamu orang jahat!" Sewaktu dia memikirkan kegagalannya memasuki Sekta Dalaman, dia hampir hendak menjadi gila. Kemudian, apabila dia memikirkan semua pil perubatan dan barangan saktinya, kebenciannya terhadap Meng Hao semakin bertambah.

Kedua-dua mereka saling berpandangan, mempamerkan riak yang penuh dengan kekesalan.

"Kita akan letakkan lembing ini di dalam Sekta untuk mengingatkan kita mesti membunuh Meng Hao!"

Keinginan membunuh terpancar di mata mereka. Namun, ujian kebolehan telah berakhir dan mereka dikehendaki kembali ke Sekta. Dendam dan niat untuk membunuh Meng Hao hanya boleh disembunyikan di dalam hati mereka dan tidak mungkin akan terpadam.

Sementara itu, Meng Hao rasa takut setengah mati dan merasakan dia telah disalah anggap. Sambil mengeluh, dia meningkatkan kelajuannya dan berlari secepat mungkin selama tujuh hari berturut-turut. Akhirnya dia menemui gua Dewa di satu pergunungan. Keletihan, dia duduk bersila dan mula bermeditasi sambil melakukan latihan pernafasan.

"Berbaloikah...?" Dia mengeluh pada dirinya sendiri. Dia keletihan setelah berhari-hari melarikan diri kerana terlalu takut ditangkap. Sekarang, dia sangat penat.

Dua hari kemudian pada waktu subuh, dia membuka matanya dan mulai berlari lagi. Selama setengah bulan, dia tidak berani membiarkan siapa pun melihatnya. Akhirnya, jauh di pergunungan yang terpencil, ketika dia merasa selamat, dia menggunakan pedang terbang untuk mengukir sebuah gua. Dia mengurungkan dirinya di dalam gua itu untuk bermeditasi.


Chapter 58: Ini Bukan Dunianya

Editor: EndlessFantasy Translation

Dua bulan berlalu. Meng Hao duduk bersila di Gua Dewa yang terletak di pergunungan terpencil. Tiba-tiba, terdapat bunyi yang sangat kuat sehingga menyebabkan semua haiwan berdekatan bertebaran ke merata-rata tempat. Sebongkah batu besar yang digunakan Meng Hao sebagai penghadang gua tiba-tiba berkecai menjadi kepingan.

Serpihan batu daripada semua arah menghujani Meng Hao sewaktu dia muncul dari Gua Dewa itu. Rambutnya melekat di dahinya seperti mantel menyelubungi jubah sarjananya. Matanya merenung dengan kejam dan aura yang mengejutkan berserta aroma yang menyenangkan dan wangi keluar darinya.

Kegembiraan terpancar di wajahnya. Setelah bermeditasi di tempat yang terpencil untuk masa yang lama, dia ketawa sehingga bergema dan menyebabkan binatang liar lari.

"Tahap kelapan Pemekatan Qi!" katanya sambil menggenggam tangannya. Matanya yang bersinar pasti akan menjadi lebih jelas pada waktu malam.

Dua bulan pada awal meditasi bermula dengan rasa cemas dan bahaya. Perasaan itu hilang perlahan-lahan apabila dia berlatih Pertapaan. Dia menggunakan lebih sepuluh ribu Batu Rohani untuk menduplikasi pil perubatan yang digunakan dalam meditasinya.

Dia tidak mahu berada dalam keadaan yang berbahaya lagi. Dia perlu menjadi kuat, supaya dia boleh mengatasi orang yang mengancamnya.

"Aku perlu menjadi kuat. Tidak ada sebab lain. Aku mesti jadi kuat!"

Dia berdiri di luar Gua Dewa sambil menghirup udara gunung yang segar. Matanya dipenuhi keazaman.

Dia seorang sarjana yang biasa dan seorang pelajar Konfusianisme. Tetapi, kejadian tiga tahun yang lalu telah menyebabkan dia ingin menjadi lebih fokus. Selepas apa yang dialaminya, personaliti Meng Hao menjadi sangat berbeza daripada sebelum ini. Kedegilannya kini semakin ketara.

Dia menjadi degil kerana enggan berputus asa walaupun selepas gagal dalam peperiksaan Diraja. Dia telah nekad dalam perjuangannya di Sekta Reliance. Dia telah nekad sewaktu dia berhadapan dengan Wang Tengfei dan kini, dia nekad dengan harapan untuk masa hadapan.

Menjadi lebih kuat sama dengan menjadi lebih kaya. Ia satu impian yang tidak memerlukan sebab. Jika ada sebab, mungkin kerana takut akan menjadi miskin atau lemah. Itulah apa yang dipercayai oleh Meng Hao.

"Hidup seperti api yang sentiasa menyala dipenuhi dengan semangat. Dalam kehidupan, seseorang haruslah menjadi kuat dan jangan pernah mengalah." Dia memandang ke langit sambil berfikir tentang Sekta Reliance. Dia terfikir tentang keangkuhan pakar dari Negeri Zhao. Dia terfikir akan sifat kedinginan orang yang pernah mencuba untuk membunuhnya. Dia teringat akan pandangan seorang lelaki pertengahan umur, Pelindung Tao yang berdiri di sebelah Wang Tengfei pada malam itu.

"Ibu dan bapa aku hilang ketika aku masih muda. Jika aku tidak berjuang untuk memperbaiki diri aku sendiri, aku tidak akan hidup hingga ke hari ini. Sebaliknya, aku mungkin akan mengalah bagaikan tiada harapan lagi. Jika aku tidak berjuang untuk menjadi lebih kuat semasa aku dalam Sekta Reliance, aku tidak akan pernah menjadi ahli Sekta Dalaman. Kedegilan mendesak aku memperbaiki diri sendiri. Itulah yang pernah aku hadapi." Dia mengeluh panjang. Kemudian, dia mengangkat tangannya dan melibas lengan bajunya. Satu pancaran hitam muncul tegak menjadi ceracak hitam. Pancaran cahaya hitam itu menembak ke arah sebuah batu besar yang berdekatan.

Satu ledakan kedengaran dan batu yang lebih daripada lapan belas meter panjang pecah menjadi ketulan kecil bersama-sama dengan ketulan ais hitam. Ia jatuh ke tanah dan menyebabkan kedinginan yang amat sejuk.

Dengan rasa puas, Meng Hao melambaikan tangannya dan ceracak hitam itu kembali kepadanya. Dia menggerakkan tangannya sekali lagi dan kali ini pancaran pelbagai warna mengelilinginya. Kipas yang berbulu enam belas muncul sambil terbang ke hadapan dan belakang mengikut pergerakan jari-jemarinya. Tiba-tiba, terdapat bunyi hentakan yang kuat semasa bulu itu terpisah.

Enam belas pancaran cahaya berlegar di udara. Enam belas bulu ini seperti pedang terbang; pantas dan garang. Bulu itu mengikut pergerakan tangannya, berpusing dengan pantas di sekelilingnya, lantas menjadi perisai yang tidak mampu ditembus dengan kuasa rohaninya.

Kemudian, bulu ini terbentuk semula menjadi kipas dan berada di atas tangannya.

"Sayangnya, aku tidak mempunyai Batu Rohani yang mencukupi. Cermin tembaga sudah habis menelannya. Duplikasi satu Pil Rohani Bumi memerlukan seratus Batu Rohani. Boleh tahan nilainya. Pil Rohani Syurga sangat berguna setelah mencapai tahap kelapan Pemekatan Qi dan memerlukan lima ratu Batu Rohani. Agak sukar..." Memikirkan tentang Batu Rohani, dia mengerutkan wajahnya. Sepuluh ribu Batu Rohani yang dia ada sudah tinggal sedikit. Sepanjang dua bulan, dia telah menggunakannya untuk mencapai tahap kelapan Pemekatan Qi dan dia telah menelan lebih lapan puluh Pil Rohani Bumi. Dia telan hampir dua biji sehari sebelum dia berada di tahap kelapan Pemekatan Qi.

"Pada masa hadapan," dia berbisik perlahan kepada dirinya sendiri, "aku memerlukan kuasa kerohanian yang lebih untuk mengamalkan Pertapaan." Dia melihat ke dalam begnya untuk memastikan apa yang masih ada. Dia hanya mempunyai lima Pil Rohani Syurga. Dia telah mengambil satu. Dia menganggarkan untuk mencapai tahap kesembilan Pemekatan Qi, dia memerlukan kira-kira seratus lima puluh.

"Aku tahu aku memerlukan banyak kuasa rohani. Tetapi, mungkinkah penggunaan Teras Syaitan yang berlebihan telah menyebabkan tubuh aku untuk mula menolak segala pil perubatan?" Dia berasa ragu-ragu dan tidak pasti cara untuk mengesahkan teorinya. Jika dia betul, maka dia mungkin memerlukan lebih banyak Pil Rohani Syurga atau mungkin pil perubatan jenis lain.

"Seratus lima puluh Pil Rohani Syurga... itu bersamaan dengan tujuh puluh ribu Batu Rohani... Tanpanya, lebih lama masa diambil untuk mengumpul lebih banyak tenaga rohani. Tambahan pula, bakat terpendam aku hanyalah biasa, maka itu bererti ia akan mengambil masa yang lebih lama..." Dia mengeluh tatkala memikirkan tentang kekosongan beg yang dibawanya.

Dia mempunyai tiga lagi Batu Rohani yang luar biasa besarnya, tetapi dia tidak berani untuk menggunakannya. Semakin dia mendalami pertapaannya, dia sedar bagaimana dulu dia terburu-buru menduplikasikan pedang kayu. Batu Rohani yang besar itu sangat istimewa, jika tidak, dia pasti tidak akan mampu menduplikasi Jed Vorpal Kristal Darah.

"Aku tidak akan menggunakan Batu Rohani yang besar ini melainkan benar-benar diperlukan," katanya tegas. "Mungkin batu ni akan ada kegunaan lain pada masa hadapan." Kipas di bawah kakinya mula bersinar terang dan tubuhnya bertukar menjadi sinaran cahaya yang menyelubungi segenap ruang.

Dia mengembara dengan tenang sambil mengedarkan tenaga rohaninya. Akhirnya, kipas kesayangannya mula pudar dan bertukar ke bentuk biasa. Setelah dia bergerak lebih jauh, dia mula merasa lebih mudah dan senang.

"Setelah beberapa bulan, pengikut Sekta Takdir Ungu Lembayung pasti telah melupakan kejadian yang berlaku di gunung khazanah." Dia berhati-hati ketika dia mengembara dan akhirnya dia muncul di sebalik pergunungan itu. Dia merenung jauh. Jika tidak silap, kawasan ini berhampiran dengan ibu kota Negeri Zhao.

Pada suatu masa dahulu, dia tidak pernah putus asa, siang dan malam untuk pergi ke ibu kota. Hasratnya untuk melawat Tang Agung di Tanah Timur. Dia mengeluh dengan penuh emosi tatkala teringat tentang tempoh tiga tahun dia perlu menghadapi peperiksaan dan tiga tahun juga dia mengalami kegagalan. Dia tidak pernah berjaya ke peperiksaan akhir di ibu kota. Tiga tahun telah berlalu dan kini dia datang bukan sebagai seorang sarjana tetapi sebagai seorang Petapa.

Semakin dia menghampiri ibu kota, dia berhenti meluncur dan mula berjalan kaki di sepanjang jalan awam. Dia kelihatan seperti seorang sarjana apabila dia mengikat rambuntya dan memakai jubah sarjana itu. Walaupun sebelum ini dia pendek, selepas bertahun-tahun bertapa, dia kini tinggi dan langsing. Kulitnya masih gelap sedikit, namun tetap bertenaga dan menghasilkan aura yang kuat.

Dia berjalan dengan minda yang kosong. Sekarang bulan Mac, lazimnya salji turun di negeri Zhao. Semasa Meng Hao berjalan, malam semakin gelap dan salji perlahan-lahan turun.

Tidak lama selepas itu, tanah dilitupi dengan salji yang memutih seperti selimut berbulu.

Angin meniupkan salji ke rambut Meng Hao. Ia tidak cair tetapi berkumpul bersama-sama.

Semuanya masih tenang dan sunyi. Semakin dia dekat dengan ibu kota, satu gerabak kuda menghampirinya dari belakang dan meluncur laju ke hadapan. Seolah-olah sesiapa pun yang ada di dalam itu takut pintu ibu kota akan ditutup tidak lama lagi.

Gerabak itu melintasi Meng Hao dan menyebabkan salji berterbangan di sepanjang laluannya. Semasa gerabak itu lalu, angin bertiup dan langsir gerabak itu terselak sedikit melihatkan seorang sarjana muda sedang membaca teks.

Meng Hao memandang sarjana muda itu dengan tenang dan teringat kembali akan dirinya seperti itu pada tahun yang lalu. Meng Hao sekarang telah berumur kira-kira dua puluh tahun. Walau bagaimanapun, di dalam hatinya, dia berasa lebih tua.

Dia mengeluh perlahan. Gerabak itu berhenti di hadapan dan langsir tersebut diselak. Sarjana muda itu menoleh ke arahnya, kemudian dia turun dari gerabak itu dan memberi salam tumbuk hormat kepada Meng Hao.

"Saudara, adakah kedatangan kamu ke ibu kota untuk menduduki peperiksaan Diraja?

Meng Hao cepat membalas, "Bertahun-tahun yang lalu aku pernah bercita-cita untuk mendudukinya tetapi impian itu telah lama pudar. Aku datang hanya untuk melihat Menara Tang."

"Sayangnya jika begitu saudara," dia berkata kecewa. "Perlakuanmu seolah-olah kamu sangat beradab, aku ingatkan kita berdua merupakan antara calonnya. Adakah kamu sudah berputus asa dengan cita-cita untuk menjadi seorang pegawai?" Rupa-rupanya lelaki muda itu sebaya dengan Meng Hao.

Meng Hao menggelengkan kepala dengan senyap.

"Jika begitu, tidak mengapalah," kata sarjana muda ini. Dia melihat penampilan Meng Hao seperti seorang yang berilmu dan tersenyum. "Salji semakin lebat dan jalan ini akan menjadi lebih sukar untuk dilalui. Jika kamu lambat, kamu tidak akan dapat memasuki ibu kota. Saudara mahu naik dengan saya? Kita masih mempunyai masa yang cukup untuk sampai ke ibu kota."

Meng Hao memandang ke langit dan kemudian memandang sarjana tersebut. Dia tunduk dengan penuh rasa hormat dan kemudian masuk ke dalam gerabak itu.

Api yang bergeresek di dalam pendiang yang kecil itu menghilangkan rasa sejuk. Ditambah pula dengan seorang pembantu tua yang membawa gerabak itu, ini menunjukkan sarjana ini berasal daripada keluarga kaya.

Pembantu tua itu memakai topi buluh dan buku jarinya sangat besar. Dia kelihatan seperti tahu berkung fu.

"Saya Zheng Yong," sarjana itu berkata dengan senyuman sambil memanaskan tangannya. "Saudara tidak perlu segan-segan. Kita berdua merupakan sarjana dan para sarjana harus membantu antara satu sama lain pada bila-bila masa yang mungkin."

"Saya Meng Hao," katanya dengan senyuman yang merendah diri. "Terima kasih banyak, Saudara Zheng." Pandangannya tertancap pada buku yang berada di tepi Zheng Yong. Itu Buku Upacara. Ia kelihatan sangat lama dan jelas sekali buku itu bukan salinan tetapi sebaliknya teks kuno yang asal.

"Nama keluarga kamu Meng?" tanya Zheng Yong dengan riak yang ceria. Gerabak ini agak sempit tetapi dia masih mampu berdiri dan memberi tabik hormat kepada Meng Hao. "Itu merupakan nama keluarga yang terhormat. Jadi kamulah keturunan Qingfu! Saya telah biadab kepada kamu; tolong maafkan saya, Abang Meng. "

Meng Hao berdiri dan membalas tabik hormat itu. "Kamu tidak perlu bertindak seperti itu, Saudara Zheng. Itu hanya nama keluarga. Nenek moyang saya merupakan bangsawan tetapi saya telah berkali-kali gagal dalam peperiksaan Diraja sehinggakan saya berasa amat malu." Kedua-dua mereka duduk kembali.

"Abang Meng, tidak baik berkata begitu," kata Zheng Yong dengan bersungguh-sungguh. "Nama keluarga Abang akan mendatangkan nasib yang baik. Ia telah diwarisi oleh Abang dari zaman purba. Sebagai keturunan Qingfu, walaupun Abang tidak lulus dalam peperiksaan Diraja, selagi Abang mempunyai sifat yang baik dan kebaikan dalam hati Abang, Abang masih boleh mengamalkan nilai ajaran Confucius."

Meng Hao berfikir sejenak, kemudian dia mengangkat kepalanya dan memandang sarjana yang duduk di hadapannya. "Saudara Zheng," katanya secara perlahan, "Apakah makna sebenar Konfusianisme?"

"Berbudi bahasa, bermurah hati, kesetiaan, dan bersederhana," dia menjawab tanpa ragu-ragu. "Ini Konfusianisme."

Meng Hao tidak memberi jawapan. Dia memandang salji turun di sebalik langsir. Selepas beberapa ketika, dia bercakap lagi dengan nada yang rendah: "Apakah maksud kehidupan?"

"Kehidupan?" balas Zheng Yong yang kelihatan terkejut. Dia ragu-ragu seketika dan tidak berkata apa-apa.

Suasana dalam gerabak itu menjadi senyap, diiringi dengan bunyi salji yang jatuh yang dibawa angin melalui tingkap. Meng Hao mengangkat tangannya dan menghulurkannya ke luar. Salji secara beransur-ansur terkumpul di tangannya.

"Salji hanya akan muncul semasa musim sejuk," dia berkata, perlahan "dan hanya boleh wujud dalam keadaan yang sangat sejuk. Oleh itu, ia hanya wujud pada musim sejuk." Dia menarik tangannya kembali ke dalam gerabak dan memegang ketuhar tembaga. Salji mula cair dan bertukar menjadi air mengalir melalui garisan tapak tangannya.

"Salji hanya boleh hidup dalam musim sejuk. Bila ia menghampiri api, ia mati. Itulah kehidupan. Ia mungkin sukakan musim panas tetapi...ia hanya boleh mengingininya. Di tangan saya, salji menjadi air kerana ini bukanlah dunianya..." Dia mengeluarkan tangannya dan membuang air di luar tingkap. Jauh dari pandangan sarjana muda itu, ia sekali lagi menjadi salji.

Zheng Yong merenung dalam diam memikirkan perkara yang baru sahaja didengarinya. Akhirnya, gerabak itu memasuki kota.

"Terima kasih kerana membenarkan saya menemani kamu, Saudara Zheng," kata Meng Hao dengan tenang. "Saya minta diri dulu." Dia memberi tanda hormat dengan sopan dan melangkah keluar dari gerabak. Dia menyeberangi jalan yang dipenuhi salji.

"Rindunya pada musim panas," Zheng Yong berbisik kepada dirinya sendiri, "tetapi ia hanya dapat wujud dalam kesejukan musim sejuk. Hanya mampu melihat dari jarak yang jauh...itulah salji." Dia menyaksikan Meng Hao hilang daripada pandangan mata. Selepas beberapa ketika, dia keluar dari gerabak dan tunduk ke arah Meng Hao.

Salji mula menyeluputinya tetapi dia tahu sebaik sahaja dia memasuki gerabaknya kembali, ia akan cair. Dia tidak akan lupa apa yang telah berlaku dan dia hanya melihat dan mendengar. Beberapa tahun kemudian setelah dia menjadi Ahli Konfucius yang terkenal di negeri Zhao, dia akan ingat kembali musim sejuk pada malam yang berangin ini apabila salji secara perlahan-lahan mencair menjadi air. Dia akan ingat ada seorang sarjana yang bernama Meng Hao.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C57
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank 200+ Power Ranking
    Stone 0 Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login

    tip Paragraph comment

    Paragraph comment feature is now on the Web! Move mouse over any paragraph and click the icon to add your comment.

    Also, you can always turn it off/on in Settings.

    GOT IT