Download App
0.81% AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 6: Nikmat Cermin Tembaga

Chapter 6: Nikmat Cermin Tembaga

Editor: EndlessFantasy Translation

Kakak Seguru Xu sebenarnya amat terkenal di Sekolah Aliran Reliance. Malah, hampir semua orang mengenalinya kerana kini, Kelas Dalaman hanya ada dua orang anak murid sahaja.

Selain daripada Kakak Seguru Xu, anak murid Kelas Dalaman yang seorang lagi ialah lelaki yang berdiri di sebelah Shangguan Xiu.

Setelah Kakak Seguru Xu meminjamkan Gua Dewa itu kepada Meng Hao, semua orang berasa takut pada Meng Hao. Mereka membenarkannya untuk meninggalkan kawasan lapang tersebut dengan Batu Rohani dan Pil Pemekatan Rohani yang diterimanya sebentar tadi. Semua orang di kawasan lapang itu memerhatikan Meng Hao meninggalkan tempat itu.

Semasa Meng Hao meninggalkan kawasan lapang tersebut, belakang badannya dibasahi dengan peluh. Pandangan anak murid yang lain bagaikan pedang halimunan yang menusuk-nusuk Meng Hao. Perasaan tersebut hilang secara perlahan-lahan apabila Meng Hao berjalan jauh dari kawasan lapang itu.

Setelah berjalan tanpa henti selama tempoh pembakaran tiga batang colok, dia tidak balik ke rumahnya yang berada di Kelas Luaran, tetapi dia mengikut kepingan jed putih Kakak Seguru Xu ke arah Gunung Selatan. Meng Hao mengenal pasti lokasi Gua Dewa tersebut apabila dia sampai ke kaki Gunung Selatan.

Di luar Gua Dewa tersebut terletak dua buah batu besar yang berdiri tinggi bersebelahan dinding gunung. Semuaanya dilindungi dengan dahan pokok dan pokok menjalar yang menghijau. Tempat ini kelihatan luar biasa. Ia amat berbeza berbanding dua tempat yang Meng Hao pernah pergi sebelum ini.

Suasana di sini amat tenang dan subur. Tidak jauh dari situ, terdapat mata air yang mengalir dari puncak gunung. Haba panas yang ada ditiup oleh angin dan menjadikan tempat tersebut sejuk dan selesa.

Meng Hao berdiri di hadapan Gua Dewa tersebut. Dia kelihatan sangat berpuas hati dengan gua ini. Sekarang, barulah dia benar-benar tahu betapa bernilainya Gua Dewa ini, jauh lebih baik daripada mana-mana tempat yang pernah didiaminya. Patutlah semua anak murid Kelas Luaran begitu iri hati terhadapnya apabila Kakak Seguru Xu meminjamkan gua ini kepadanya.

"Tempat ini khas untuk Dewa," kata Meng Hao. Dia melambai tangan kanannya dan kepingan jed putih itu berterbangan ke arah pintu gua yang berwarna hijau itu. Ia menghentak permukaan pintu gua sehingga terdengar bunyi gegaran dan pintu tersebut terbuka secara perlahan-lahan.

Gua Dewa itu tidak begitu besar dan hanya mempunyai dua bilik. Satu bilik untuk latihan pertapaan, satu lagi bilik ditutup oleh pintu batu. Meng Hao masuk ke dalam Gua Dewa itu dan pintu gua di belakangnya tertutup dengan perlahan-lahan. Kepingan jed putih tadi terbang semula ke dalam tangan Meng Hao. Tidak lama kemudian, terdapat suatu sinaran cahaya yang lembut terpancar dari siling batu gua tersebut.

Semakin Meng Hao meneliti sekeliling gua tersebut, semakin dia berasa puas hati. Akhirnya, pandangannya tertumpu pada pintu batu yang menutup bilik itu. Meng Hao meletakkan kepingan jed putih ke atas pintu batu tersebut sambil bergumam dan pintu tersebut mula terbuka secara perlahan-lahan. Sebaik sahaja pintu batu itu terbuka, bau tenaga rohani yang pekat dari bilik itu mula menerjah hidung Meng Hao. Meng Hao melihat ke dalam bilik tersebut dan matanya terbeliak kerana terkejut dengan apa yang dia lihat.

"Gua Dewa Kakak Seguru Xu ini...memang hadiah begitu bernilai." Meng Hao kembali bertenang selepas seketika. Dia merenung ke dalam bilik batu tersebut, matanya terpandang mata air yang mengeluarkan tenaga rohani yang pekat dan berwarna-warni serta berkilauan apabila ia meresap ke udara. Tiada siapa yang tahu berapa lama tenaga rohani ini telah terkumpul dalam bilik batu ini. Setelah pintu bilik batu itu terbuka, tenaga rohani dalam bilik itu tertumpah, lantas mengeluarkan aroma yang manis buat dua pancaindera. Hanya dengan menghidunya, sesiapa akan berasa seolah-olah dipenuhi kekuatan.

"Jadi, ini bukan mata air tenaga rohani," kata Meng Hao. Ia sesuatu yang belum pernah lagi dilihat Meng Hao, tetapi jika mengikut Buku Panduan Pemekatan Qi, sesetengah mata air di dunia ini ialah mata air tenaga rohani yang tidak mengalirkan air, tetapi mengalirkan tenaga rohani. Mata air tenaga rohani ini tidak banyak dan semuanya telah digunakan oleh para petapa kerana tenaga rohani yang dialirkan itu sangat bernilai.

Mata air di dalam bilik batu itu kelihatan kecil. Tenaga rohani yang terkeluar daipadanya hanya pekat sedikit berbanding dengan tenaga rohani yang berada di luar sana. Kepada sesiapa dengan peringkat ketiga Pemekatan Qi dan ke atas, ia tidak banyak membantu kerana keperluan tenaga rohani pada peringkat itu sangat banyak.

Akan tetapi, Meng Hao masih lagi berasa hadiah ini begitu bernilai, malah ia tidak dapat dibandingkan dengan Pil Rohani Kering. Setelah melihat Gua Dewa ini, Meng Hao berasa sangat gembira.

Tanpa berlengah lagi, Meng Hao duduk bersila dan memejamkan matanya lantas memulakan latihan pernafasan. Setelah beberapa jam, tenaga rohani yang memekat dalam bilik tersebut telah hilang. Mata Meng Hao terbuka dan kedua-dua matanya bersinar.

"Hasil meditasi beberapa jam di tempat ini sama dengan sebulan Bertapa di luar. Pengumpulan tenaga rohani sebenarnya mengambil masa yang panjang dan berkemungkinan besar tiada lagi peluang sebegini. Walaupun begitu, aku mampu mencapai perkembangan yang lebih cepat daripada dunia luar dengan Bertapa di gua ini." Meng Hao mengeluh. Dia melihat keadaan sekelilingnya, dia terlihat dinding yang dihiasi dengan simbol aneh yang tidak difahaminya.

"Mata Air tenaga rohani dapat mengumpulkan banyak tenaga rohani kerana wujudnya simbol ini. Kakak Seguru Xu pasti menggunakan cara ini untuk mengumpul tenaga rohani dan menggunakannya sekaligus." Meng Hao berfikir untuk seketika sebelum menyambung latihan pernafasan.

Malam berlalu dengan pantas dan apabila matahari terbit, Meng Hao membuka matanya. Tenaga rohani dalam bilik batu itu telah menjadi sedikit, tetapi mata air tenaga rohani masih lagi ada. Setelah beberapa lama masa berlalu, tenaga rohani di dalam bilik batu itu pasti akan terkumpul lagi.

Meng Hao mengambil masa untuk mengesan peringkat Pertapaannya. Kemajuannya sekarang bagaikan dia telah bertapa selama dua bulan.

"Jika aku dapat Bertapa dengan cara ini beberapa kali lagi, aku pasti dapat menembusi peringkat satu Pemekatan Qi dan mencapai peringkat kedua!" Meng Hao menarik nafas dan berasa gembira. Meng Hao benar-benar ingin mencapai tahap kedua Pemekatan Qi untuk mempelajari Kemahiran Dewa yang pertama dalam buku panduan pemekatan Qi.

Sambil memikirkan tentang Kemahiran Dewa, Meng Hao meninggalkan bilik batu dan menutup bilik itu; bagaikan bilik itu sejenis barang kemas ataupun harta karun. Dia bercadang untuk menggunakan kaedah Kakak Seguru Xu. Dia tidak akan terus Bertapa dalam bilik batu tersebut tetapi dia akan kembali Bertapa setelah tenaga rohani dalam bilik batu itu terkumpul dan menjadi pekat.

Sedang dia duduk di dalam Gua Dewa tersebut, Meng Hao memegang perutnya yang kempis. Dia baru teringat dia belum lagi makan daging mahupun buah-buahan.

Setelah Meng Hao menjadi anak murid Kelas Luaran, dia teringat dia belum pernah lagi menikmati makanan yang enak seperti mana semasa dia masih lagi seorang hamba. Selagi seseorang itu mempunyai Batu Rohani yang mencukupi, dia boleh menukar Batu Rohani tersebut dengan Pil Puasa atau Pil Kawalan Selera di Toko Pil Pemuliharaan Kelas Luaran. Ada yang mengatakan pil seperti itu membolehkan seseorang mengawal seleranya selama beberapa hari. Tanpa pil sebegini, masa akan dibazirkan memikirkan tentang makanan.

Setelah berfikir untuk seketika, Meng Hao membuat keputusan untuk keluar dari Gua dewa. Angin yang segar bertiup melepasinya ke hutan sekeliling. Semasa Meng Hao berjalan, dia mengeluarkan cermin tembaga daripada beg saktinya. Ini sudah menjadi tabiatnya.

Sehingga kini, dia benar-benar pasti lelaki dalam Astaka Harta Karun itu telah mempermainkannya. Tiada apa-apa yang istimewa tentang cermin tersebut. Dalam masa separuh bulan dia menuntut ilmu, dia langsung tidak dapat menemui sebarang keistimewaan pada cermin tembaga tersebut.

"Malangya, aku hanya ada setengah biji Batu Rohani dalam beg sakti aku. Nampaknya, ini hanya mencukupi untuk aku merasuah lelaki tersebut untuk menukar cermin tembaga ini kepada benda lain." Dia mengeluarkan Batu Rohani itu daripada begnya dengan rasa geram.

Tiba-tiba, Meng Hao berhenti apabila dia ternampak satu kerdipan warna dari suatu tempat di dalam hutan itu. Ia tidak bergerak dengan pantas. Mata Meng Hao bersinar.. Berdasarkan pengalamannya beberapa bulan yang lalu, dia pasti kerdipan itu ialah ayam hutan yang pernah dia tangkap dan makan.

Tanpa berlengah lagi, Meng Hao memasukkan cermin tembaga dan Batu Rohani ke dalam beg saktinya dan melompat ke hadapan. Semenjak jalur tenaga rohani memasuki badannya, Meng Hao perasan dia semakin tangkas berbanding dahulu. Walaupun badannya masih lemah, dia dapat memecut ke hadapan dengan kuasa yang mengejutkan.

Tambahan lagi, setelah mencapai peringkat satu Pemekatan Qi, lompatan yang dibuatnya dapat menerbangkannya ke hadapan dengan pantas. Dalam masa sepuluh kali pernafasan, Meng Hao berjaya menangkap ayam hutan tersebut. Meng Hao memegang pada kepak ayam hutan itu supaya ia tidak dapat bergerak.

"Entah apa yang Si Gempal buat sekarang," gumam Meng Hao yang teringat akan remaja tersebut sambil mengangkat ayam itu. Mungkin dia pun sudah pandai menangkap ayam hutan sekarang. Apabila Meng Hao berpaling, dia terasa ada benda yang semakin panas dalam beg saktinya.

Seketika kemudian, ayam hutan yang diam tadi mula bergelut dan mengeluarkan suara yang bising. Ia bergelut dengan kuat sekali sehingga Meng Hao hampir tidak dapat memegangnya.

Ayam hutan itu bergelut dengan kuat sekali dan berkokok dengan suara yang sangat nyaring. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi ledakan dari dubur ayam tersebut dan ia meletup secara tiba-tiba; darah dan dagingnya berada di merata-rata tempat.

Semuanya berlaku dengan terlalu pantas. Meng Hao berdiri di situ dan ternganga. Semenjak dia tiba di sini, dia pernah menangkap banyak ayam hutan. Akan tetapi, kali ini merupakan pertama kalinya dia menyaksikan peristiwa seperti ini. Meng Hao melihat pada ayam hutan yang mati itu. Kemudian, dia melihat ke sekeliling hutan, semuanya masih sunyi dan tiada pun satu bayang yang bergerak.

"Apa yang sudah jadi?" Meng Hao menggeletar. Kematian ayam hutan tersebut begitu mengerikan. Ia pasti mengalami kesakitan yang melampau sehingga duburnya meletup.

Meng Hao menarik nafas panjang, dia cuba memendamkan kebimbangannya. Kematian ayam hutan tersebut begitu aneh dan mengerikan. Meng Hao berasa seolah-olah ada angin sejuk yang meniup belakang badannya.

"Ada sesuatu yang tidak kena," ujar Meng Hao. Dia mencampak bangkai ayam hutan itu dan mengeluarkan cermin tembaga dan Batu Rohaninya. Dia teringat sebelum ayam hutan itu meletup, ada benda di dalam jubahnya yang menjadi panas secara tiba-tiba.

"Mungkinkah kerana Batu Rohani..." Kemudian, pandangannya tertumpu pada cermin tembaga. Jantungnya berdegup dengan pantas dan sinaran yang berkuasa bersinar pada matanya.

"Jangan-jangan...." tangan yang memegang cermin tembaga itu mula menggigil. Dia tiada masa untuk mencari dan mengajak Si Gempal makan bersama. Meng Hao berlari secepat mungkin sambil memegang cermin tembaga dalam hutan. Dia cuba untuk mencari binatang liar yang lain. Dia ingin tahu sama ada telahannya iaitu cermin tembaga yang membunuh ayam hutan tersebut betul atau tidak.

Dia tidak perlu berlari lama kerana seekor rusa muncul di depannya. Rusa itu berdiri di situ dan terkaku melihat Meng Hao. Dia terus menyalakan cermin tembaga itu ke arah rusa itu.

Rusa itu terus menjadi takut. Ia melompat-lompat untuk melarikan diri sambil mengeluarkan suara yang sangat dahsyat dan memeritkan hati. Seseiapa yang mendengar suara itu pasti dapat meneka betapa ngerinya perkara yang berlaku ke atas haiwan tersebut. Meng Hao boleh nampak dengan jelas bahagian dubur rusa tersebut semasa ia melompat. Namun, sebelum ia dapat mendarat, duburnya meletup dan badannya menggigil semasa ia terjatuh.

Dia memandang ke arah bangkai rusa itu dan memandang kembali pada cermin tembaga itu. Air muka Meng Hao berubah menjadi sangat gembira.

"Ini harta karun! Harta karun yang sebenar! Semua ini begitu aneh. Harta karun yang meletupkan dubur binatang liar..."

Walaupun dia tidak lagi memahami harta karun ini sepenuhnya, dia masih berasa sangat gembira. Tanpa mengendahkan sebab harta karun ini berbuat begitu, dia teringin untuk mencubanya pada binatang liar yang lain.     


Chapter 7: Aku Perlukan Batu Rohani!

Editor: EndlessFantasy Translation

Semasa Meng Hao berjalan, dia menjadi semakin gembira. Jalan yang dilaluinya dipenuhi dengan kesan-kesan darah dan cebisan daging binatang.

Kesan-kesan darah dan cebisan daging tersebut ditinggalkan oleh haiwan-haiwan yang di mana punggung mereka meletup dengan ganas sekali.

"Bom!" Seekor lagi binatang yang berbulu yang berada di hadapan Meng Hao menjerit dengan suara yang ngeri semasa tiga kali serangan ke belakang haiwan tersebut mengakibatkannya meletup, kabus darah terpercik ke dalam udara.

"Boom!" Seekor burung yang besar menjerit dengan perit bagaikan mengalami suatu mimpi ngeri dan bahagian punggungnya terletup.

"Bang, boom!" Seekor harimau ganas yang bersaiz orang sedang cuba untuk membaham Meng Hao. Di pertengahan udara, harimau itu mengaum dengan suara yang menakutkan, akan tetapi suaranya bertukar menjadi jeritan yang mengerikan, dan punggung harimau tersebut meletup. Darah dan serpihan daging bersepah merata-rata. Mungkin disebabkan oleh bulunya yang banyak, ianya meletup hingga lima kali.

"Ini harta karun. Harta karun yang begitu kuat sekali." Tanpa disedari Meng Hao, hari sudah senja, Meng Hao berasa begitu seronok sekali. Dia lihat pada cermin tembaga. Sepanjang hari ini, dia telah meletupkan lebih daripada seratus lebih ekor haiwan.

Nasib baik dia berada di kawasan hutan liar yang terletak di gunung-gunung yang berlainan. Jika tidak, bau darah daripada bangkai binatang liar ini mesti akan mengganggu penghuni persekitaran.

"Cermin tembaga tidak berfungsi dengan sepenuhnya. Apabila saya mencubanya ke atas ular sawa dan ikan, ia tidak melakukan apa-apa. Seumpamanya cermin tembaga ini tidak berfungsi ke atas haiwan yang mempunyai sisik. Akan tetapi, cermin tembaga ini masih lagi sangat berguna. Dia telah mencuba kuasa cermin tembaga ini dengan pelbagai cara dan tersedar cermin tembaga itu tidak dapat berfungsi semasa ia berada dalam beg sakti. Cermin tembaga itu cuma berfungsi apabila Meng Hao memegangnya. Dia juga terasa sesuatu perasaan yang aneh dan gembira semasa cermin tembaga itu dapat meletupkan bahagian punggung haiwan-haiwan liar. Kelihatan juga kesan-kesan hakisan yang ada pada cermin tembaga itu mula hilang. Bagaikan ianya telah menyorok untuk banyak tahun dan akhirnya dapat meregangkan kakinya.

Waktu senja telah pun tiba, Meng Hao baru tersedar dia telah berada di hutan liar yang dalam. Angin malam bertiup, dan Meng Hao menarik nafas yang panjang. Dia bersedia untuk kembali ke Gua Dewa. Walau macam mana pun, hutan liar ini penuh dengan binatang liar. Meng Hao juga pernah dengar binatang syaitan yang bertapa di hutan liar ini. Walaupun dia sangat gembira, dia sedar hutan liar ini ialah bahaya.

Meng Hao tiba di sini kerana dia mencari haiwan-haiwan liar sebentar tadi. Jadi, untuk perjalanan balik ke Gua Dewa, ia akan mengambil masa yang pendek sikit.Meng Hao bergerak cepat menuju ke Gua Dewa. Tidak lama kemudian, rembulan mengambang di langit, Meng Hao hanya tiga gunung lagi yang perlu diredahi sebelum sampai di Gua Dewa. Tiba-tiba, dia terasa angin panas yang membawa bau hanyir bertiup menuju ke muka dia. Meng Hao terhenti. Hatinya berdentum dengan cepat dan mengundur beberapa langkah ke belakang.

"Gaum!"

Sebaik sahaja Meng Hao berundur ke belakang, dia terasa sekelilingnya digegarkan dengan guaman yang kuat. Sekali lagi angin panas yang berbau hanyir itu menuju ke arah dia. Seekor haiwan yang mirip seekor monyet berbadan seperti orang muncul di hadapan Meng Hao. Mata haiwan itu bersinar merah dan kelihatan penuh dengan perasaan dendam, badan haiwan tersebut berbulu lebat.

Haiwan buas ini menatap Meng Hao dengan pandangan yang ngeri. Air muka Meng Hao bertukar apabila dia melihat haiwan tersebut. Kepalanya pening apabila dia ternampak mata haiwan tersebut, seolah-seolah dia akan dicederakan hanya dengan pandangan haiwan tersebut. Meng Hao dapat merasa peringkat petapaan haiwan tersebut turn naik.

"Peringkat dua Pemekatan Qi!" Meng Hao mengambil satu langkah ke belakang dengan perasaan terkejut. Ini bukan sembarangan haiwan liar, ini binatang syaitan yang bertapa. Ianya mesti tertarik dengan bau darah daripada haiwan-haiwan yang dibunuh.

Tiada masa untuk Meng Hao berfikir, binatang syaitan mirip monyet yang berbulu panjang itu melompat ke udara dan tiba-tibanya badan binatang syaitan itu berjilat api,tetapi api itu tidak membakar bulu binatang syaitan tersebut, ianya meluru ke arah Meng Hao.

Pada masa yang cemas ini, air muka Meng Hao bertukar. Dia tidak pasti cermin tembaganya itu dapat berfungsi terhadap binatang syaitan itu,tetapi tiada masa bagi dia untuk berlengah lagi. Apabila binatang syaitan itu melompat ke udara, Meng Hao menundukkan badannya dan berguling ke tepi, Meng Hao mengeluarkan cermin tembaga itu dan menudingnya ke arah binatang syaitan itu.

Kemudiannya, kedengaran suatu jeritan yang mengerikan memenuhi udara, percikan darah terkeluar dari punggung binatang syaitan itu. Muka binatang syaitan bertukar kepada ketakutan. Matanya tidak lagi kelihatan berdendam tetapi kebingungan. Dalam seumur hidupnya, Ia tidak pernah terasa kesakitan yang begitu perit. Akan tetapi, binatang syaitan itu tidak berundur. Selepas seketika, darah yang lebih banyak terpercik keluar.

Kekeliruan binatang syaitan itu bertukar menjadi ketakutan. Ia melihat kepada cermin tembaga yang dipegang oleh seorang pemuda itu dengan perasaan takut. Binatang syaitan itu berpusing, menutup punggungnya dengan kukunya. Api di sekeliling badannya terpendam dan Ia cuba untuk melarikan diri. Tetapi, kurang daripada seratus meter binatang syaitan itu berlari, punggungnya meletup lagi, kali ini, lima kali letupan berbunyi. Binatang syaitan itu menjerit dengan kuat dan berlari sejauh tiga puluh metter lagi. Meng Hao berasa cermin tembaga itu menggigil dalam kegembiraan. Satu lagi letupan yang kuat kedengaran, meluru ke arah punggung binatang syaitan itu.

Suatu jeritan yang tidak dapat difahami bergema dalam gunung itu, setengah daripada badan bintang syaitan itu terletup. Sekepul awan darah dan serpihan daging terledak ke langit dan jatuh semula ke lantai. Binatang syaitan kelihatan keliru apabila menghembuskan nafas akhirnya dan mati.

Semuanya berlaku dengan begitu cepat. Sepanjang masa ini, Meng Hao hanya tercengang di tempat asal dengan mulutnya ternganga.Akhirnya, dia menarik nafas dan lihat pada cermin tembaga.

"Mahupun binatang syaitan pun tidak boleh menandingi kuasa cermin tembaga ini dan punggung mereka meletup.""Cermin tembaga ini..." Meng Hao memang terkagum dengan cermin tembaga itu. Meng Hao menyimpan cermin tembaga itu dan melihat kepada bangkai binatang syaitan itu. Jantungnya berdentum dengan cepat.

Berdasarkan buku panduan pemekatan Qi,terdapat sejenis Ketulan Teras Syaitan dalam binatang syaitan yang mengandungi tenaga rohani. "Aku mungkin dapat makan Ketulan Teras Syaitan itu." Meng Hao berjalan ke arah bangkai binatang syaitan itu dengan cepat. Dalam bahagian perut binatang itu, dia terjumpa satu ketulan terus syaitan yang bersaiz kuku. Ketulan teras syaitan itu berbau wangi dan Meng Hao berasa sangat selesa selepas menghidunya.

Selepas mengeluarkan Ketulan Tenaga Syaitan itu, Meng Hao terus bergegas kembali menuju ke Gua Dewa. Malang sekali, binatang syaitan tidak biasa berkeliaran di tempat ini. Meng Hao tidak lagi terserempak dengan binatang syaitan dalam perjalanannya pulang ke Gua Dewa. Meng Hao berasa sedih.

Pada masa dia kembali, malam sudah larut. Meng Hao duduk bersila dan melihat kepada ketulan teras syaitan dan cermin tembaga, matanya bersinar-sinar.

"Aku boleh makan ketulan tenaga syaitan, tetapi aku masih lagi ada Pil pemekatan tenaga rohani yang dibagi oleh mazhab. Aku akan makan pil itu dulu dan makan ketulan teras syaitan selepas itu." Meng Hao letakkan ketulan teras syaitan dan cermin tembaga di sebelah dia, begitu juga dengan batu rohani. Meng Hao dapat menyerap lebih banyak tenaga rohani daripada batu rohani yang diletakkan di sebelah dia.

Kemudian, dia keluarkan Pil Pemekatan Tenaga Rohani dan menelannya. Sebaik sahaja dia menelan Pil tersebut, jalur-jalur tenaga rohani mula beredar perlahan-lahan. Meng Hao mulakan pertapaannya dan menyerap kuasa-kuasa yang dibekalkan oleh pil itu.

Apabila Meng Hao membuka matanya selepas sejam, matanya berkilauan dengan terang. Pil tersebut memang membantu dalam pertapaan. Fikir Meng Hao. Malangnya, Pil Pemekatan Tenaga Rohani masih tidak cukup kuasanya. Tiada apa yang boleh dia buat. Pandangan Meng Hao terjatuh ke tepi dan dia mengambil ketulan tenaga syaitan dan letakkan dalam mulutnya.

Sebaik sahaja ketulan itu masuk ke dalam mulutnya, tenaga rohani yang jauh lebih hebat daripada Pil Pemekatan Tenaga Rohani tertuang ke dalam badannya. Meng Hao berasa seolah-olahnya tenaga yang dibekalkan oleh ketulan itu terlalu banyak untuk badannya. Meng Hao memulakan pertapaan dengan cepat. Badan Meng Hao mula menggigil, jalur-jalur kotoran dalam badannya ditolak keluar melalui bulu roma badannya. Lapan atau sepuluh jam kemudian, kepala Meng Hao berdesing, dan dia berasa badannya seolah-olahnya terapunng. Kini, tiada lagi jalur tenaga rohani dalam badannya. Jalur-jalur tersebut telah tercantum dan menjadi sejenis aliran tenaga rohani.

"Tenaga rohani menjadi satu aliran, kotoran kemanusiaan dikeluarkan dari badan. Ini... Jangan-jangan ini merupakan peringkat kedua pemekatan Qi?" Meng Hao membuka matanya yang bergemerlapan dalam perasaan tidak terkata. Dia melihat kepada badannya, dan cuba untuk merasa perubahan dalaman badannya dengan teliti. Meng Hao pasti dia telah mencapai peringkat dua pemekatan Qi.

"Ketulan tenaga syaitan benar-benar berguana." mata Meng Hao bersinar-sinar. Dia bangun dan berjalan-jalan di dalam Gua Dewa, menikmati perasaan aliran tenaga rohani beredar dalam badannya. Dia sangat gembira.

"Aku sudah mencapai peringkat kedua pemekatan Qi Dewa"

"Malangnya ketulan tenaga syaitan begitu jarang dijumpai. Jika tidak, aku bolehlah berlatih pertapaan dengan lebih cepat. Semua ini haruslah berterima kasih kepada Cermin tembaga itu." Meng Hao melihat kepada cermin tembaga itu. Apabila dia melihat pada cermin tembaga, badannya menggigil dan dia menggosok matanya. Dia melihat cermin tembaga dengan dekat lagi. air muka Meng Hao menjadi terkejut.

Cermin tembaga itu masih lagi terlantar di sana, tetapi batu rohani yang di atas cermin tembaga itu telah hilang, ia sudah bertukara menjadi ketulan tenaga syaitan!

"Ini...ini..." Otak Meng Hao menjadi pening, penuh dengan kebingungan. Dia berasa seolah-olah dia hampir hilang akal. He merenung diam terhadap ketulan tenaga syaitan yang berada pada atas cermin tembaga itu dan mula teragak-agak. Meng Hao ingat dengan jelas, dia letakkan ketulan tenaga syaitan dan sebiji batu rohani di atas cermin tembaga itu. Tetapi, dia sudah makan ketulan tenaga syaitan. Tiba-tiba, Meng Hao kurang pasti sama ada dia telah menelan ketulan tenaga syaitan atau batu rohani tadi?

Tidak mungkin aku makan batu rohani itu..." Meng Hao ternganga untuk seketika dan mengambil ketulan tenaga syaitan itu dengan perlahan-lahan. Dia teragak-agak, dan letakkannya di depan mulutnya dan menghidu. Bau itu menjadikan Meng Hao pasti apa yang dia makan sebentar tadi ialah ketulan tenaga syaitan.

"Apa...apa yang sudah berlaku? Ada satu lagi? Jangan beritahu aku aku tersilap dan binatang syaitan tadi ada dua ketulan tenaga syaitan dalamnya? Meng Hao menjadi lebih keliru. Dia menggelengkan kepalanya, memaksa dirinya untuk menenangkan fikirannya. Dia lihat kepada ketulan tenaga syaitan itu, seterusnya pada cermin tembaga. Badannya mula menggigil, dan matanya bersinar dengan penuh keterangan, seakan-akannya dia sedang melihat pada puluh ribuan syiling emas. Ianya kelihatan seolah-olah dalam cermin tembaga itu akan mengeluarkan ketulan tenaga syaitan lagi.

"Mungkinkah... cermin tembaga ini menyerap batu rohani itu dan mengeluarkan ketulan tenaga syaitan yang kedua!" Suara Meng Hao menjadi bergetar-getar. Pada mulanya, Meng Hao menganggap kuasa cermin tembaga itu meletupkan punggung haiwan-haiwan sahaja sudah dikira amat berkuasa. Dia langsung tidak terfikir cermin tembaga itu mempunyai kuasa sakti yang begitu menakjubkan sekali.

"Seketika kemudian, Meng Hao kembali bertenang. Walaupun hatinya masih diselubungi dengan seribu pertanyaan. Sekarang, dia tiada lagi batu rohani untuk menjadi bahan ujian. Hati penuh dengan idaman tentang batu rohani kerana dia ingin membuat ujian dengan cermin tembaga itu.

"Batu rohani. Aku perlukan batu rohani!" Mata Meng Hao bersinar seperti binatang buas. Pada ketika ini, batu rohani merupakan sesuatu yang lebih bernilai daripada emas dalam matanya. Keinginan untuk memiliki batu rohani sekarang melebihi keinginan untuk menjadi menteri dalam fikiran Meng Hao.

Batu rohani merupakan sesuatu yang amat penting untuk petapa seperti Meng Hao. Dengan perasaan keinginan yang teramat besar terhadap batu rohani menjadikan Meng Hao berasa gelisah dan gementar. Pengidaman Meng Hao terhadap batu rohani menjadi lebih teruk daripada sebelum ini.

Malangnya, Mazhab Reliance merupakan satu mazhab yang kecil. Selain daripada Hari Pengagihan Pil, langsung tiada peluang untuk mendapatkan batu rohani selain daripada merampas daripada pelajar lain.

"Ada masa sebulan lagi sehingga Hari Pengagihan Pil yang seterusnya" Meng Hao melihat kepada cermin tembaga itu,dan air mukanya menjadi ganas. Sekeltika kemudian, keganasan tersebut hilang, dan tersorok. Kini peringkat petapaan dia hanya peringkat kedua pemekatan Qi. Walaupun dia cuba untuk merompak seseorang, dia langsung tidak setanding dengan pelajar-pelajar lain.

"Semasa di Daerah Yunjie, aku tiada duit," kata Meng Hao dengan sedih. "Sekarang, aku telah menjadi dewa, dan aku masih lagi tiada duit." dalam fikirannya Meng Hao memikirkan cara untuk dia mendapatkan lebih banyak batu rohani.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C6
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank 200+ Power Ranking
    Stone 0 Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login

    tip Paragraph comment

    Paragraph comment feature is now on the Web! Move mouse over any paragraph and click the icon to add your comment.

    Also, you can always turn it off/on in Settings.

    GOT IT