"Terima kasih atas sokongan awak. Saya harap kita boleh jumpa lagi!" Si penganut Taoist itu melambai selamat tinggal kepada Pasukan Gelap 4.
Selepas Pasukan Gelap 4 beredar, si penganut Taoist itu menyanyi kecil dan kelihatan begitu gembira.
"Hehe, 10, 000$... cukup kalau kapten nak makan sebanyak mana ladu yang dia nak…" gumam si penganut Taoist itu.
Dia tidak perlu lagi risau dengan penilaian bulan ini dengan 10, 000$ dalam tangannya. Dia pasti akan menjadi ahli terbaik bulan ini. 'Aku tak perlu pergi Afrika lagi…'
Ye Wan Wan memerhati perlakuan si penganut Taoist itu untuk seketika sebelum bersedia untuk beredar.
Namun, si penganut Taoist itu tiba-tiba ternampak kelibat Ye Wan Wan dan terus menghampirinya.
Si penganut Taoist itu melihat dirinya dari atas ke bawah dan tersenyum selepas beberapa ketika. "Ye Terkenal, kita berjumpa lagi."