Tidak lama selepas Ye Wan Wan beredar selepas memberi Si Ye Han ubatnya, telefon bimbit dalam bilik itu berdering sekali lagi.
Si Ye Han tidak bergerak buat beberapa ketika sebelum menjawab panggilan berkenaan. "Helo."
"Saya tak apa-apa, penerimaan sini tak berapa bagus tadi."
Selepas mendengar untuk seketika, Si Ye Han menyambung, "Saya minta maaf, ada sedikit kemalangan kecil dekat sini. Saya rasa kita kena tangguh rundingan kita ke bulan depan."
"Ya."
"Syarikat Si akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian."
…
Lewat malam di sebuah kediaman mewah dalam Bandar Empayar.
"Ah— ah, ah, ah… sakit! SAKIT! Sakitlah! Lembut sikit! Kamu semua cuba bunuh saya ke?"
Lelaki itu terus melolong dan menjerit kesakitan. Jeritannya bergema ke seluruh kediaman itu dan membuatkan sekumpulan orang gaji menggigil ketakutan, tidak berani untuk bernafas dengan kuat.