Download App
3.84% Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 53: Mengahwini Isteri Itu Kerana Kebaikannya

Chapter 53: Mengahwini Isteri Itu Kerana Kebaikannya

Editor: EndlessFantasy Translation

Petang Sabtu.

Di satu lorong terpencil di pintu gerbang utara Sekolah Menengah Qing He, sebuah kereta mewah Bentley kelihatan jelas di sana yang ketara sekali tidak masuk dengan dinding lama bercapuk dan jalan simen yang retak.

Rupa luaran kereta itu kelihatan tidak menonjol tetapi penampilan dalamannya sangat mewah dan sempurna dengan kerusi kulit, selimut baldu berkualiti tinggi yang mahal dan sistem penyejuk udara automatik yang mengeluarkan aroma lembut dengan kesan hipnosis. Seluruh kereta ini telah diubah suai untuk menjadi sangat selesa.

Lelaki itu berpakaian sut gelap yang ditempas khas, duduk di atas kerusi baldu berwarna putih salji. Wajahnya tampan dan tiada perasaan seperti biasa. Kelihatan bayangan hitam di bawah matanya disebabkan banyak malam tidak ditemani tidur, membuatkan dia tampak sedikit suram dan menakutkan.

Pada ketika itu, lelaki itu sedang merenung ke luar tingkap, berfikir tentang sesuatu.

Di kerusi pemandu, dua lingkaran gelap di bawah mata Xu Yi dan wajahnya yang murung. Kelihatan jelas malam dia juga tanpa tidur.

Dia tidak pernah menyangka yang Tuannya akan membawa Ye Wan Wan berjumpa Puan Tua. Setelah dia dapat tahu tentang ini, dia berasa tidak selesa.

'Tuan tidak takut penampilan perempuan itu akan mengejutkan Puan?

'Tak lupa juga perangai membuat masalah perempuan itu.

'Siapa Puan Tua awak tanya? Dia pembantu paling besar Tuan dan penyokong dia mewarisi perniagaan keluarga. Jika keadaan berjalan teruk di rumah lama, akibatnya akan sangat teruk.'

Pada mulanya, dia berpegang kepada harapan yang tipis, berharap Tuannya hanya bermain dan mengejar benda yang dia tidak boleh miliki. Siapa tahu Tuan akan bawa dia berjumpa dengan Puan Tua?

'Seperti kata pepatah, mengahwini isteri itu untuk kebaikannya. Jika Tuan masih berkeras untuk bersama dengan wanita tidak stabil ini, dia akan menanggung akibat yang teruk satu hari nanti.'

Lagi lama Xu Yi berfikir, lebih takut lagi dia rasa. Dia tidak boleh menahan dari memprotes. "Tuan, ada beberapa perkara yang awak tak suka saya ingatkan walaupun dengan risiko hidup saya. Tolong fikir dua kali sebelum bertindak – Puan Tua ialah saudara Tuan yang paling dekat dan kata-kata dia paling berpengaruh dalam keluarga. Jika Puan Tua terguris hati, akibatnya sangat buruk.

Jika Tuan menyimpan dia secara rahsia dalam taman Jin, itu satu perkara. Tapi dia seorang perempuan yang awak mahu bawa berjumpa dengan Puan Tua, maksudnya dia salah seorang calon Puan Besar dalam keluarga Si di masa depan. Dengan personaliti Cik Ye, ia sesuatu yang memang…"

Sebelum Xu Yi boleh menyambung, satu suara dingin kedengaran dari kerusi belakang dan memotong kata-katanya dengan tekanan yang kuat, "Siapa beritahu awak itu satu kemungkinan?"

Satu perasaan seram sejuk melalui tulang belakang Xu Yi kerana suasana dingin yang tiba-tiba menerjah, suasana hening menyinggah.

Satu ketika kemudian, nada suara lelaki itu menjadi lebih dingin dan dua perkataan diungkap dari bibir nipisnya, "Hanya satu."

Hanya satu calon.

Sebaik sahaja perkataan itu dituturkan, Xu Yi menggigil.

Dia membuka mulut untuk berkata sesuatu tapi akhirnya ditindas oleh jelingan tajam jadi dia hanya mendiamkan diri. Dia duduk dengan janggal di kerusinya, kecewa, dengan roda steering di tangan.

Suasana dalam kereta bertukar dingin seperti ais serta merta.

Sebaik sahaja Xu Yi bersedia untuk perkara lebih buruk, bunyi tapak kaki ringan kedengaran dari jauh.

Xu Yi mengarahkan mata merahnya ke arah bunyi itu dan melihat seorang gadis dalam uniform Sekolah Menengah Qing He berjalan menuju ke pintu belakang.

Gadis itu tidak mengenakan sebarang solekan dan membawa beg galas berwarna biru pucat. Rambut hitamnya yang panjang diikat menjadi seperti ekor kuda dan dia memakai baju Qing He berwarna biru, baju putih berlengan panjang dan seluar. Ia kelihatan sedikit pelik dan direka bukan untuk sedap dipandang. Tetapi disebabkan kulitnya seperti batu jed, jernih dan putih, dia memancarkan aura gadis remaja yang riang dan bertenaga.

Tidak seperti anak perempuan sosialis berpakaian cantik yang sudah biasa dia lihat, gadis itu membuatkan mata yang memandang bercahaya, seperti air sungai yang jernih.

Selepas melihat dengan jelas siapa itu sebenarnya, Xu Yi terkejut dengan tidak percaya.

'Itu… Itu adalah… Ye Wan Wan!'


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C53
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login