Download App
0.14% Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 2: Dia Boleh Tolak Ansur Semua Itu

Chapter 2: Dia Boleh Tolak Ansur Semua Itu

Editor: EndlessFantasy Translation

Oh…

Tapi bagaimana saya boleh ubah?

Pada Si Ye Han, menghancurkan dia lebih mudah dari menghancurkan semut. Dia akan dapat apa sahaja yang dia mahu.

Ye Wan Wan menyedut nafas yang panjang, cuba memaksa ketakutannya kepada lelaki itu keluar dari dirinya.

Mesti ada jalan!

Sekurang-kurangnya dia bukan lagi budak bodoh, tidak berakal dan suka mengikut perasaan.

"Oh Tuhan! Wan Wan…" Dia terdengar seruan namanya.

Mendengar suara yang biasa didengarinya, Ye Wan Wan menjadi cemas semula dan berpaling melihat ke pintu.

Sejenak kemudian, dia melihat satu wajah yang dia tak akan boleh lupakan.

Satu wajah cantik yang orang tak akan sangka--

Dia ialah kawan baiknya dari kehidupan lepas!

"Wan Wan, sampai hati Encik Si buat awak sampai macam ini?!" Shen Meng Qi bergegas ke arahnya dan memegang tangannya. Dia melihat katil yang berserabut dan tubuh lebam Wan Wan dengan rasa hairan.

Wan Wan merendahkan pandangan, melihat tangannya yang sakit kerana cengkaman kuat Meng Qi. Kali ini, dia tidak terlepas pandang perasaan cemburu yang canggung datang dari Meng Qi.

"Wan Wan, awak macam mana? Awak okey? Wan Wan, jangan takutkan saya!" luah Meng Qi kebimbangan. Dia melihat pandangan Wan Wan yang pelik dan tertanya-tanya jika Wan Wan trauma.

Ye Wan Wan terus kekal tenang dan menarik tangannya kembali. Dia menggeleng kepala dan menjawab, "Saya okey."

Di kehidupan lamanya, salah satu sebab mengapa Si Ye Han menyeksanya tanpa belas ihsan adalah kerana Shen Meng Qi.

Dia banyak bergaduh dengan Si Ye Han dan tidak berani beritahu kepada orang lain selain daripada Meng Qi, kawannya yang paling dipercayai. Siapa tahu…

Shen Meng Qi sebenarnya menaruh perasaan kepada Si Ye Han; dia sudah lama menginginkan gelaran "Puan Si". Pada dasarnya, dia membantu Wan Wan, tapi dia sebenarnya menggunakan Wan Wan untuk cuba rapat dengan Si Ye Han. Dia banyak kali telah cuba memecah belahkan mereka dan menyebabkan Wan Wan diseksa oleh kemarahan Si Ye Han setiap kali ia berlaku.

Wan Wan tidak perasan pembohongannya selama ini. Dia juga pernah berasa bersyukur kepada Shen Meng Qi kerana menjadi orang kanannya.

Merenung pantulan dirinya sendiri di dalam cermin, Ye Wan Wan tidak dapat menahan dari tersenyum sinis.

Sebenarnya, penyamaran hodoh ini adalah idea Shen Meng Qi, dan dia telah bersetuju.

Dia tidak kisah apa pandangan orang lain, selagi Si Ye Han membenci dia, Wan Wan, ia cukup berbaloi baginya.

Tapi apa yang dia tidak sangka, tidak kira bagaimana hodoh penampilannya, Si Ye Han boleh bertolak ansur semua itu.

"Bagaimana kamu boleh okey kalau rupa kamu macam ini?! Wan Wan, jangan risau, saya akan tolong kamu!" kata Shen Meng Qi, penuh kebaikan.

Ye Wan Wan mengejek dalam hati. Yalah tu.

Shen Meng Qi dalam kehidupan sebelumnya juga seperti ini, dengan murah hati menawarkan bantuan untuk menolong dia melarikan diri, dan cuba meminta bantuan Gu Yue Ze.

Akhirnya, Shen Meng Qi mengkhianati dia dan memberitahu pada Si Ye Han yang dia cuba 'kahwin lari' dengan Gu Yue Ze.

Ini telah membesarkan lagi konflik antara dia dan Si Ye Han. Sejak itu, angin Si Ye Han bertukar menjadi perengus dan tidak boleh dijangka. Sifat cemburunya semakin menjadi-jadi.

Bersemuka dengan Si Ye Han seperti menempuh maut sendiri.

Mengapa dia begitu degil sebelum ini? Dia juga dengar segala nasihat Shen Meng Qi dan ikut segala kehendaknya, mencederakan diri dia setiap kali.

Keluarga Ye juga belum lagi melunaskan dendam mereka. Ibu bapa dia masih menunggunya di rumah. Dia juga perlu membantu abangnya ke jalan yang benar. Banyak lagi yang dia perlu lakukan.

Dia perlu menenangkan Se Ye Han terlebih dahulu, dia tidak boleh buat perkara yang boleh mencetus kemarahannya lagi. Dia telah nekad untuk berhadapan dengan musuh yang menakutkan ini.

"Wan Wan, tunggu saya! Saya akan datang kembali untuk awak!" Shen Meng Qi, hanya mementingkan diri sendiri, menuturkan kata-kata itu tanpa makna. Dia kemudian beredar.

Sebaik sahaja Shen Meng Qi keluar, wajah Ye Wan Wan yang tidak berdaya dan lemah bertukar menjadi dingin dan tiada perasaan.

Percubaan demi percubaan Shen Meng Qi untuk menggalak dia untuk cuba melarikan diri tidak pernah berjaya. Kali yang terakhir, dia dituduh berlaku curang. Seperti Shen Meng Qi telah begitu nekad untuk menghancurkan hidupnya.

Jadi mari kita lihat…

Siapa yang akan mati kali ini.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C2
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login