Download App
8.97% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 89: Bukan Menewaskan, Tetapi Memusnahkan Sama Sekali!

Chapter 89: Bukan Menewaskan, Tetapi Memusnahkan Sama Sekali!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kamu dan adik kamu dijemput tinggal di sini sehingga kamu jumpa rumah yang kamu suka," kata Xinghe sambil membawa mereka ke bilik masing-masing.

Bilik itu mempunyai tingkap gaya Perancis, sebuah balkoni, karpet yang mewah dan segala kelengkapan asas yang diperlukan. Mata Xiao Mo mula bergenang.

Ini merupakan kali pertama dia tinggal di bilik secantik ini.

Gerak hatinya pula mengatakan yang ini ialah permulaan perubahan positif yang akan dibawa oleh Xinghe ke dalam hidupnya.

"Cik Xia, kamu masih belum beritahu kenapa kamu bawa saya ke sini," tanya Xiao Mo dengan sopan.

Dia merasakan yang dia perlu melakukan sesuatu sebagai balasan iaitu dengan mengotakan janjinya.

"Saya sudah carikan seorang penjaga sementara untuk adik kamu. Datang jumpa saya di tingkat bawah tanah selepas kamu sudah selesai berkemas," kata Xinghe dengan lembut.

Dia berpaling dan beredar.

Xiao Mo ingin mengucapkan 'terima kasih', tetapi ia tersekat di hujung lidahnya.

Kata-kata tidak bermakna kerana dia tahu Xinghe mahukan kerjasama darinya, bukan sekadar rasa berterima kasih.

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada adiknya, Xiao Mo bergegas ke tingkat bawah tanah.

Vila itu mempunyai tingkat bawah tanah yang sangat besar. Pada asalnya ia dijadikan sebagai bilik stor. Setelah Xinghe memperoleh semula rumah itu, dia membersihkan semua sampah sarap dan menukar tingkat bawah tanah ini menjadi bilik khas untuk bekerja.

Apabila Xiao Mo menolak pintu bilik bawah tanah, dia terkejut melihat pandangan yang menantinya.

Tingkat bawah tanah ini terang benderang dan dipenuhi dengan komputer dan peralatannya.

Sesetengah komputer itu lebih tinggi daripada dia sendiri. Semua model komputer di pasaran boleh dijumpai di bilik ini.

Setiap komputer telah dihidupkan dan skrinnya menunjukkan kod-kod yang amat dikenali dan ditakuti oleh Xiao Mo.

Xinghe dan Xia Zhi duduk di sebuah meja kayu di tengah-tengah bilik. Mereka sedang membincangkan tentang selonggok dokumen yang terletak di antara mereka berdua.

Apabila Xinghe melihat Xiao Mo, dia berkata, "Mari sertai kami, kami akan beritahu kamu segala yang terjadi."

Xiao Mo pulih daripada rasa terkejutnya, berjalan ke arah mereka dan duduk bertentangan dengan mereka. Xinghe menghulurkannya sebuah dokumen yang telah diikat kemas dan menjelaskan secara panjang lebar tentang rancangannya.

"Sekarang ini, Zhi dan saya sedang mencipta sebuah perisian komputer yang menggabungkan anti-virus, sekuriti internet, penyusunan data dan sebagainya. Ini usul yang kami rangka. Cuba kamu baca, dan jika tidak ada soalan, saya akan berikan tugasan kamu sebentar lagi dan kerja kamu akan bermula hari ini.

Xiao Mo merenung pada dokumen yang terletak di tangannya. Dia tidak menyangka sama sekali kerjasama yang dimaksudkan oleh Xinghe ialah menjadikan dia seorang jurutera perisian.

Benar, ini merupakan satu-satunya perkara yang dia mahir.

Tetapi…

"Cik Xia, ada ramai lagi pengaturcara komputer di luar sana. Kenapa kamu mahukan saya untuk tugas ini? Saya rasa saya tidaklah handal sangat."

Xia Zhi cuba untuk meyakinkannya. "Encik Xiao, kamu terlalu rendah diri. Kamu ialah pencipta asal Sekuriti Internet King Kong. Perisian yang menakjubkan itu sudah membuktikan betapa hebatnya kamu dalam pekerjaan. Jadi, jangan kamu berasa terlalu rendah diri."

Xiao Mo ketawa apabila Xia Zhi menyebut tentang Sekuriti Internet King Kong.

"Itu sudah bertahun-tahun dahulu. Saya sudah lama disingkirkan dari dunia komputer."

Xinghe tersenyum. "Kalau saya tidak yakin dengan kamu, tidak perlulah saya bersusah-payah mencari kamu. Bakat semulajadi bukanlah sesuatu yang akan berkurangan apabila masa berlalu. Ya, mungkin ada pengaturcara komputer yang lebih hebat di luar sana, tetapi saya perlukan seseorang yang berani untuk menentang Chui Ming."

Xiao Mo mendapat satu idea.

"Kamu nak gunakan perisian ini untuk menewaskan Sekuriti Internet King Kong?"

"Bukan setakat menewaskan, tetapi memusnahkan sama sekali!" kata Xinghe dengan penuh perasaan.

Xiao Mo melihat ke arahnya seakan-akan dia sedang bercakap dengan orang gila.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C89
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login