Download App
7.76% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 77: Xi Mubai Membantu Xia Xinghe

Chapter 77: Xi Mubai Membantu Xia Xinghe

Editor: EndlessFantasy Translation

Tambahan pula, tidak ada orang yang boleh menjangka apa yang bakal berlaku sepanjang tempoh tiga tahun tersebut.

Di dalam penjara, bukan sukar untuk dia dibunuh. Tiada siapa pun yang akan peduli jika tahanan mati dengan sebab yang tidak dapat dijelaskan.

Pasangan ini tidak akan melepaskan dia hidup-hidup kerana selagi dia masih hidup, harta warisan Keluarga Xi tidak akan jatuh ke tangan mereka dengan mudah.

Xinghe tersenyum.

Sekarang apabila mereka telah menunjukkan sifat mereka yang sebenar, Xinghe tidak akan berasa bersalah dengan apa yang dia akan lakukan terhadap mereka pada masa hadapan. Jahat dibalas jahat, betul?

"Soalan saya yang kedua ialah jika Xia Wushuang yang menuduh saya, berapa serius pula kesalahan tersebut?"

Pihak polis terkejut. "Kenyataannya ialah kamu yang menyerang dia. Jadi bagaimana pula Puan Xia Wushuang yang menuduh kamu?"

"Saya tanya berapa serius?" Ulang Xinghe.

"Serius seperti jenayah kamu iaitu menyebabkan kecederaan kepada orang lain dengan sengaja dan berniat jahat!" jawab polis itu.

"Jadi, tidak kira lah antara kami siapa yang bersalah, salah seorang daripada kami akan menghabiskan sekurang-kurangnya seminggu dalam penjara?" Xinghe bertanya untuk kepastian. Suaranya bergema di seluruh bilik utama, bagi memastikan semua orang mendengar.

Wushuang merasakan kelopak matanya menggerenyet. Dia berasa tidak sedap hati.

Polis juga terpaksa berhenti kerana ternyata Xinghe sudah mempunyai rancangan sendiri.

Bagaimana jika terbukti yang Chui Ming bersalah. Apa yang mereka patut lakukan?

Xinghe mempersoalkan keraguan pihak polis lalu bertanya, "Kenapa, adakah lidah kamu dilarikan kucing? Nampaknya, Keluarga Chui memang mempunyai anggota polis dalam tangan mereka."

Xinghe telah mendorong polis untuk mengambil tindakan.

Jika mereka masih tetap dengan keputusan mereka, ternyata mereka memang telah bekerjasama dengan Keluarga Chui.

Mereka sedar yang mereka harus segera bertindak kerana majlis ini dihadiri oleh ramai orang yang lebih berkuasa daripada Keluarga Chui. Bergantung kepada bagaimana mereka menangani situasi itu, ia boleh menyebabkan kesan buruk pada politik dan pentadbiran.

Tanpa menghiraukannya, ketua pegawai itu masih memandang Chui Ming, cuba untuk menasihatinya.

Chui Ming berkata dengan senyuman, "Kalau kamu boleh buktikan yang kami berdua menuduh kamu, polis tetap akan melakukan tugas mereka mengikut undang-undang!"

Chui Ming langsung tidak gentar yang kebenaran akan terbongkar.

Rancangan mereka telah berjalan dengan lancar. Mereka juga telah memanipulasi rakaman video sekuriti agar memihak kepada mereka.

Tiada jalan untuk Xinghe melepaskan diri!

"Semua orang dengar kenyataan itu?" Xinghe bertanya pada orang ramai. "Sekarang, saya mahu semua orang yang berada di sini menjadi saksi kerana saya takut Encik dan Puan Chui akan memutar-belitkan kata-kata mereka nanti."

"Saya akan jadi saksi kamu," Umum Mubai dengan lembut. Itu sudah lebih daripada cukup kerana dia ialah seorang yang cukup berpengaruh di Bandar T.

Tiada siapa yang menyangka dia akan menjadi seorang saksi.

"Terima kasih." Kata Xinghe dengan sopan.

Mubai membalasnya dengan senyuman, "Saya tuan rumah majlis ini. Ini memang tugas saya untuk tidak berat sebelah dan memastikan yang semua pihak mendapat keadilan yang sepatutnya."

Pada Tianxin, ia kedengaran seperti tunangnya berpihak kepada Xia Xinghe!

Derianya seolah menyatakan yang Mubai sedang membantu Xia Xinghe!

Perempuan jalang itu memang layak menerima hukuman tiga tahun, kemudian dipukul dan ditikam sampai mati di dalam penjara!

Malangnya, buat masa sekarang semua hasrat jahat Tianxin tidak akan menjadi kenyataan.

Dengan kehadiran Mubai sebagai saksi, Xinghe menyambung.

Dia memandang ke arah Wushuang dan Chui Ming dengan gaya letih. "Sudah habis kah pertunjukan kamu berdua? Kalau kalau ya, saya mahu menunjukkan bukti saya."

Reaksi Wushuang tiba-tiba bertukar, dia berasa risau.

Betul kah perempuan jalang ni ada buktinya sendiri?

Tidak mungkin!

Dia sudah memastikan yang dia berada jauh daripada semua orang sewaktu mereka bercakap, tiada siapa boleh menganggunya!

Pihak keselamatan juga tidak berguna padanya.

Jadi mengapakah dia berasa risau sekarang?

Chui Ming pula lebih tenang daripada Wushuang. Dia tidak gentar dengan kata-kata Xinghe kerana dia beranggapan yang semuanya hanyalah sekadar kata-kata kosong sahaja.

"Xia Xinghe, saya beri kamu sepuluh saat untuk kamu kemukakan 'bukti' kamu itu. Selepas itu saya akan iringi kamu ke balai!"


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C77
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login