Download App
4.33% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 43: Xi Mubai Ada Di Sana

Chapter 43: Xi Mubai Ada Di Sana

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kita lihat nanti." jawab Xinghe. Ketenangan dan riak tidak gentarnya itu seolah-olah mempersendakan Wu Rong, membuatkan Wu Rong geram.

Wu Rong mencuba sebaik mungkin untuk pergi dengan bangga tapi dia tetap tidak dapat menerima yang dia sudah kalah.

Wu Rong meninggalkan vila Xia dengan renungan tajam Xinghe.

Menuntut kembali vila itu cuma langkah pertama Xinghe. Tidak lama lagi, dia akan mengambil semula semua yang sepatutnya menjadi miliknya.

Xinghe melepaskan pandangannya dan melihat wajah yang dikenali di balkoni tingkat dua bangunan sebelah.

Dia agak terperanjat itu adalah Xi Mubai.

Pandangan mereka bertembung di antara dua vila itu.

Mubai yang berpakaian serba putih memandang Xinghe dengan segelas wain di tangannya.

Dia disinari cahaya matahari, menjadikan pemandangan indah.

Xinghe tidak tahu berapa lama dia berada di situ dan berapa banyak yang telah dilihatnya. Tapi pada masa itu, Xinghe dapat merasakan renungan yang sangat tajam tertumpu ke arahnya.

Dia membalasnya dengan reaksi kosong.

Xinghe berpaling dan masuk semula ke dalam rumahnya.

"Kamu tengok apa tu?" Junting datang ke sampingnya dan bertanya.

Junting baru berpindah ke rumah baru dan itu adalah majlisnya.

Namun sejak majlis itu bermula, Mubai cuma mengambil segelas wain lalu berdiri di balkoni.

Sebenarnya, dia memerhati Xinghe sejak Xinghe berada di depan pintu pagar villa Keluarga Xia lagi.

Walaupun dia tidak pasti apa yang berlaku, tapi tekaannya mengenai Xinghe menuntut rumah lamanya semula memang tepat.

Bekas isterinya itu telah berubah menjadi orang lain, orang yang lebih tegas.

Dia telah pun memeranjatkan Mubai dengan perubahan wataknya di hospital dan hari ini dia mengejutkan Mubai lagi dengan berjaya menuntut vila keluarganya.

Apa telah terjadi padanya…

"Apa yang telah berlaku di sana?" tanya Junting selepas melihat polis dan pengawal keluar dari vila sebelah.

Mubai membalas dan mengangkat bahu, "Entahlah, jom masuk."

Perhatian Junting terganggu ketika di bawa masuk kerumahnya.

Dan akhirnya, semua orang telah beredar.

Xinghe menutup pintu di belakangnya dan melihat villa itu, tempat yang dulu dipanggilnya rumah.

Rumah yang dirampas daripadanya selepas kematian ayahnya.

Namun, bermula hari ini, ia akan menjadi rumah sekali lagi. Ia akan memberikan Xinghe permulaan baru di rumah lamanya.

Ya, permulaan yang baru.

Harapan menyinari mata Xinghe. Matlamatnya adalah supaya dia dapat berhadapan dengan Empayar Xi satu hari nanti.

Dengan itu, dia mempunyai pendirian yang cukup untuk menuntut hak penjagaan anaknya.

Jalan di hadapan masih jauh dan mencabar tetapi dia percaya dia akan dapat mengharunginya.

Setelah selesai melihat setiap pelosok vila itu, Xinghe memanggil tukang kunci untuk menukar semua kunci rumah itu.

Sudah tentu, dia perlu mengupah orang untuk mengeluarkan semua benda milik Wu Rong. Selepas dicat baru, rumah itu akan menjadi seperti kediaman baharu.

Xinghe mengatur semua yang perlu dan memasak sedikit makanan di dapur untuk Xia Zhi sebelum keluar dari vila itu.

Belum jauh dia berjalan keluar dari vila itu, sebuah kereta berhenti di belakangnya.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C43
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login