Download App
1.91% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 19: Kita Tidak Boleh Tinggal Di Sini Lagi

Chapter 19: Kita Tidak Boleh Tinggal Di Sini Lagi

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kak, apa kata kakak kerja sahaja di syarikat senior saya selepas kakak sihat? Manfaat yang ditawarkan boleh tahan juga, dan kita boleh kerja bersama," Xia Zhi mencadangkan dengan penuh semangat.

Dia sudah bersedia dengan masa depan mereka itu.

Mereka akan bekerja bersama dan dengan gaji mereka digabungkan, semuanya akan menjadi lebih baik akhirnya.

Xinghe membalas sambil mengemas begnya. "Saya tak berniat untuk kerja tetap daripada pukul 9 hingga pukul 5."

Xia Zhi sangat bingung, dia bertanya, "Jadi apa yang kakak cuba lakukan?"

"Baiklah, semua dah siap. Jom pulang ke rumah." Xinghe berkata tanpa sebarang penjelasan. Dia membimbit begnya dan berlalu ke jalan keluar.

Xia Zhi terus membantu mengangkat beg yang lain dan mereka berdua pun menaiki bas pulang ke rumah.

Selepas beberapa hari berehat, Xinghe berasa lebih baik.

Di atas bas, Xia Zhi berkata dengan riang. "Kak, untuk meraikan kakak keluar hospital, ayah telah membeli seekor ayam pagi tadi untuk dibuat ayam rebus sebagai hidangan kita."

Xinghe tersenyum memikirkan masakan pak ciknya.

Dia bukan seorang yang kuat makan tapi akan makan lebih banyak daripada biasa tiap kali pak ciknya yang masak.

Ini kerana masakannya mengingatkan Xinghe akan tempat asalnya.

Xinghe menyandarkan kepalanya pada cermin tingkap, kacanya sejuk; terasa kehangatan dihatinya. Jika bukan kerana pak ciknya dan Xia Zhi, beberapa tahun yang lepas pastinya akan menjadi sangat menyeksakan.

Mereka memberikan dia rasa sebuah keluarga dan walaupun tiada apa-apa harta, mereka ada satu sama lain.

Memandangkan memorinya sudah pulih, dia berjanji dia akan membalas jasa baik mereka.

Xinghe akan cuba menjana pendapatan dan dia tidak sekali-kali akan menjadi malas.

Dan dia tidak akan bekerja daripada pukul 9 hingga 5, bukannya kerana dia memandang rendah terhadap syarikat milik senior Xia Zhi, cuma dia ada rancangan yang lebih baik.

Selepas melalui beberapa stesen, bas itu akhirnya sampai di kawasan perumahan mereka.

Mereka turun daripada bas dan terus pulang ke rumah.

Kawasan perumahan mereka itu diduduki oleh orang-orang miskin seperti pekerja asing, gelandangan, orang tua yang diabaikan dan juga warga emas.

Orang-orang yang bergelut dengan kehidupan seharian.

Bagi mereka, hidup bukan untuk bersenang lenang tetapi sebuah pertarungan yang sengit.

Tambahan lagi,tinggal di kawasan seperti itu melemahkan lagi semangat penduduknya. Dengan perlahan-lahan, mereka berhenti mencuba dan hanya berserah pada kenyataan yang mereka percaya, akan menjadi sisa-sisa hidup mereka.

"Zhi, perkara pertama kita harus lakukan ialah mencari tempat tinggal. Kita tidak boleh tinggal di sini lagi." Xinghe tiba-tiba berkata.

Xia Zhi memandang Xinghe dengan hairan, cuba memastikan jika benar apa yang dia baru dengar. Dan dia pun membalas,"Tapi kita tak ada duit."

"Biar saya uruskan yang itu. Kita perlu mencari tempat tinggal baru secepat mungkin sebab tempat seperti ini tidak sesuai untuk lelaki muda seperti kamu. Ia juga membahayakan kesihatan pak cik." jelas Xinghe ketika mereka melihat sekumpulan orang tidak jauh dari mereka.

Suara yang keras terdengar dari kumpulan itu. "Kami dah suruh kamu berkemas kan? Atau kamu nak kami yang kemaskan?"

Xia Zhi merasa risau dan berkata, "Apa yang terjadi? Kenapa ramai orang di depan rumah kita?"

Xing meluru ke depan dan mencelah-celah di antara orang ramai itu. Dia melihat pak ciknya sedang bertengkar dengan tuan tanah.

Dia tidaklah benar-benar bertengkar, kerana sikapnya yang suka pada keamanan, dia cuma berdiri tenang di situ sambil tuan tanah menjerit kepadanya. Ketika tuan tanah berhenti menarik nafas, dia berkata dengan lemah, "Macam mana kamu boleh meminta kami keluar dengan tiba-tiba? Bukannya kami tidak membayar sewa."

"Diam, orang tua! Dan jangan tuduh saya benda yang saya tak buat. Saya cakap saya akan pulangkan duit haram kamu selepas kamu pindah! Hari ini, kamu mesti kosongkan rumah ini!" Tuan tanah itu memaksa masuk melepasi Chengwu dan mula membuang barang-barang mereka keluar pintu.

"Berhenti, tolong berhenti!" Chengwu maju cuba menghalang tuan tanah itu namun tuan tanah itu menolaknya dengan kuat. Dia terundur sedikit dan kemudiannya jatuh di salah satu sudut meja makan, melanggar seluruh meja dan menolak periuk ayam rebus terhempas ke lantai.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C19
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login