Download App
76.74% Perceraian Ke-99 / Chapter 703: Dipecat

Chapter 703: Dipecat

Editor: EndlessFantasy Translation

Yu Lili amat berterus-terang dan provokatif hingga membuatkan kebanyakan mereka di situ tersenyum secara diam-diam. Tetapi mereka tidak berani menunjukkannya kerana bos besar mereka dan Xu Jing berada di situ.

Sikap Yu Lili menambahkan keberangan Xu Jing lalu dia menjerit, "Jangan melampau!"

Yu Lili berpura-pura takut, kemudian berpaling ke arah lain dan membuat wajah jijik. Tetapi dia segera berpaling kembali ke arah Xu Jiang dan Tuan Li lalu berkata. "Tengok, itu barulah suara kamu yang kuat! Tadi saya tak dengar apa yang kamu cakap. Pendengaran saya tak begitu baik. Jadi kamu bercakap saja seperti diri kamu yang biasa. Kenapa berpura-pura lemah lembut pula?"

"Maafkan saya!" jerit Xu Jing dengan mata yang terbeliak dan kelihatan menggerunkan.

Yu Lili berpura-pura terkejut lalu menggosok dadanya dan berkata, "Kalau kamu tak mahu lakukannya tak apa. Kenapa perlu buat saya takut? Kamu tahu tak ia tak baik untuk jantung saya? Nampaknya kamu bukan saja menipu, tetapi juga mahu membunuh!"

Yu Lili telah memegang telefonnya kembali. Dia menekan pembesar suara dan mendail dua digit. Semua orang dapat melihat perkara itu dengan jelas. Xu Jing menarik nafas yang dalam lalu segera berkata, "Maafkan saya Yu Lili. Saya tak patut tipu kamu dan tak patut sentiasa cari kesalahan kamu. Tolong maafkan saya."

Yu Lili baru sahaja menekan digit ketiga. Sebelum panggilan itu disambungkan, dia memutuskan talian lalu mengangkat keningnya dan berpaling ke arah Xu Jing. Yu Lili tersenyum sinis lalu bertanya, "Kamu benar-benar maksudkannya?"

Xu Jing teramat ingin membunuh Yu Lili ketika ini, tetapi dia tetap mengangguk dan berkata dengan keberatan. "Ya."

"Huh! Terang-terangan kamu langsung tak ikhlas!" Yu Lili mencemuh dengan angkuh. "Tapi saya ada hati yang baik, jadi saya putuskan untuk maafkan kamu." Kemudian dia menoleh ke arah Tuan Li. "Tuan Li, saya tak mahu bekerja di sini lagi. Tolong terima perletakan jawatan saya. Saya dah tak sanggup hadapi semua ini."

Tuan Li segera berkata, "Yu, saya tahu kamu tidak puas hati dengan syarikat. Sekarang, saya umumkan yang Xu Jing dipecat!"

Sebaik mendengar kata-kata itu, semua orang amat terkejut. "Apa? Xu Jing dipecat?" Kesemua pekerja yang berada di situ memandang satu sama lain dengan wajah tidak percaya.

Malah Xu Jing sendiri tidak menjangkakan perkara itu. "Tidak, abang ipar…"

Tuan Li tidak memberi ruang kepada Xu Jing untuk berkata apa-apa dan terus memintas dengan suara yang kuat. "Yu, kamu boleh ambil cuti dan fokus untuk sembuh. Tak perlu datang kerja. Saya akan beri kamu dua minggu cuti. Apabila kamu kembali, kamu akan pegang jawatan sebagai ketua jabatan ini. Boleh?"

Keputusan itu ibarat satu lagi bom yang dilempar kepada Xu Jing. Xu Jing terkaku di tempatnya dan bertanya dengan marah, "Abang ipar, mana boleh begitu?!"

Li tidak mengendahkannya dan menoleh ke arah Zhang yang bekerja di jabatan sumber manusia. "Bawa Xu Jing untuk uruskan perletakan jawatannya. Orang seperti ini hanya akan burukkan nama syarikat di hadapan orang ramai. Lebih baik kita lepaskan dia awal-awal." Kemudian dia menoleh pula ke arah Xu Jing. "Oh ya, bukankah kamu dah lama ingin punyai anak? Kamu selalu merungut yang kamu sangat sibuk. Sekarang saya bagi kamu peluang untuk mengandung dan membesarkan anak-anak kamu. Biasakan diri kamu dan bersedia untuk punya anak."

"Abang ipar, kamu tak boleh lakukan ini. Saya dah berada di syarikat ini selama lebih tiga tahun. Kamu tak boleh pecat saya begini saja. Saya telah bekerja keras untuk syarikat ini. Kamu tak boleh buat saya begini!"


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C703
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login