Download App
58.62% Perceraian Ke-99 / Chapter 537: Sungguh Kejam!

Chapter 537: Sungguh Kejam!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ya." Li Jinnan terus menjerit, "Abang Long, Qianci nak cakap dengan kamu."

Li Beixing segera datang. Nafasnya tidak selaju Li Jinnan. "Ya Qianci, kamu cari saya?"

"Abang Long, betul cakap Abang. Kita tak boleh yakin Li Sicheng dah mati jika mayatnya tiada."

Li Beixing mengangkat sebelah keningnya. Kemudian dia meneguk sedikit air dan menunggu Su Qianci menyambung.

"Saya akan ceritakannya kepada kamu malam ini. Selamat tinggal."

Li Beixing terdiam. Ini bukan gurauan! Selepas membuatkan dia sangat teruja untuk tahu, Su Qianci tidak terus menceritakannya. Sungguh kejam! Li Beixing berasa keliru. Tetapi nada tenang Su Qianci turut menyenangkan hatinya.

*****

Su Qianci tiba di syarikat setelah membaiki solekannya. Tengah hari sudah menjelang ketika dia menaiki lif VIP untuk naik ke pejabat presiden yang berada di tingkat teratas.

Cheng You sedang teramat sibuk. Dia terkejut apabila melihat lif VIP tiba-tiba digunakan. Riak wajahnya terus bertukar matah. Itu lif untuk bos, siapa yang begitu berani menggunakannya? Cheng You bersedia untuk marah sebaik lif itu terbuka. Namun kemarahannya terus lenyap sebaik melihat Su Qianci dan Shuangyu. "Puan?"

Semua pekerja menoleh dan menyapa serentak, "Puan."

"Panggil saya Qianci," kata Su Qianci sambil tersenyum. "Kamu semua dah makan? Kalau belum , mari makan bersama-sama. Saya lapar."

Semua pekerja saling berpandangan dan kelihatan agak berbesar hati. Cheng You melihat jam tangannya dan mengangguk. "Okey, semua boleh pergi makan. Kafe pasti dah dibuka sekarang. Minta pekerja dapur hantarkan sedikit makanan ke atas, saya nak…"

"Cik Cheng, mari makan bersama-sama. Saya ada sesuatu untuk beritahu kamu."

Cheng You kelihatan agak terkejut. Dia menjeling sekilas dokumen-dokumen di tangannya sebelum mengangguk. "Okey. Jom."

Ini adalah kali pertama Su Qianci datang ke kafeteria pekerja Syarikat Li. Dia dikelilingi oleh ramai orang sebaik sahaja masuk ke kafeteria itu. Su Qianci mengikut Cheng You ke bilik khas presiden. Setelah memesan makanan, Cheng You berpaling dan duduk.

"Cheng You, kalau Li Sicheng masih hidup…"

Sebaik mendengar kata-kata itu, Cheng You mengetap bibirnya dengan sedih dan memandang Su Qianci dengan simpati. Dia terus menukar topik, "Berapa usia kandungan Puan sekarang?"

Su Qianci kebingungan dan menjawab, "18 minggu, kenapa?"

"Nampaknya mereka memang anak kembar. Perut kamu sangat besar. Cemburunya saya," kata Cheng You sambil tersenyum. "Kamu akan terus dapat dua anak sekaligus. Itu memang hebat."

"Ya, Li Sicheng mengharapkan seorang lelaki dan seorang perempuan. Saya ada buat pemeriksaan beberapa hari lalu. Doktor beritahu mereka kembar fraternal. Ada dua plasenta. Plasenta itu agak terkehadapan, tetapi kandungan saya sihat." Su Qianci tersenyum. "Bila dia pulang nanti, dia akan dapat jumpa anak-anak kami. Seorang anak lelaki yang mirip dia dan seorang anak perempuan yang mirip saya, kemudian hidup kami akan jadi sempurna."

Su Qianci tersenyum, tetapi Cheng You sebaliknya terus menangis. Cheng You bangun dan memeluk Su Qianci sambil teresak-esak. "Dia dah tiada. Saya pun sangat sedih. Rakan-rakan sekerja saya di syarikat ini juga semua menangis. Saya faham perasaan Puan, tapi Encik Li dah pergi dan tak akan kembali. Anak kembar kamu ini akan menggantikan tempatnya. Puan perlu kuatkan semangat demi mereka!"

Mood Su Qianci ketika itu sedang baik. Tetapi sebaik mendengar kata-kata Cheng You itu, matanya terus terasa hangat. Dia menolak Cheng You perlahan dan berkata, "Cheng You, dia belum mati. Dia masih hidup dan akan pulang."

Tangisan Cheng You terus bertambah lebat.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C537
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login