Download App
45.54% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 133: Bab 133

Chapter 133: Bab 133

Editor: EndlessFantasy Translation

Chu Qiao yang terpana melihat pemandangan di hadapannya itu terus berpaling dan bertanya, "Macam mana awak buat ini?"

Li Ce ketawa, lantas menarik tangan wanita itu supaya bersama-sama bercangkung, sekaligus menenggelam ke dalam air, membuatkan Chu Qiao terkejut sedikit.

Li Ce tersenyum bangga. "Saya pandai, kan? Saya perintah orang-orang gaji supaya tanam akar bunga teratai itu di bawah, jadi dengan air kolam air panas itu, bunga-bunga ini boleh berkembang dalam masa semalaman."

Chu Qiao menutup mulutnya dan melepaskan ketawa. "Memang menakjubkan. Dengan duit dan juga pengaruh kuasa, awak boleh lakukan apa saja yang awak nak sehingga dewa bunga pun kena patuh dengan perintah awak."

"Saya boleh lakukan apa saja yang saya nak dengan duit? Itu perumpamaan yang baru," Li Ce membalas dengan ketawa. "Jom, ikut saya."

Kedua remaja ini berjalan di sepanjang jalan yang telah diturap dengan batu di sisi tasik. Li Ce yang sememangnya amat biasa dengan kawasan ini telah menggunakan cahaya bulan untuk berlayar di kawasan sekeliling di atas sebuah bot yang kecil, membawa Chu Qiao bersamanya. Pemuda itu berdiri di hadapan bot dan mengangkat sepasang pendayung, lantas bot itu pun mula berlayar dari tebing tasik, beralun lembut di atas permukaan tasik yang jernih itu. Angin bayu bertiup lembu, membawa sekali haruman bunga teratai bersamanya di atas tasik yang kelihatan besar dan megah itu. Ia kelihatan seperti sebuah lukisan potret yang mahal di bawah cahaya bulan ini.

Bot kecil itu merentasi bunga-bunga teratai, dan Chu Qiao pun menghulurkan tangannya untuk menyentuk beberapa kuntum bunga teratai putih yang lantas mengukir sebuah senyuman di wajahnya. Li Ce melepaskan pendayungnya dan duduk di bahagian hadapan bot untuk merenung wanita ini tanpa menguturkan sepatah kata. Pantulan gambaran cahaya malap istana yang jauh itu tertera pada permukaan air tasik, menyebabkan ia berwarna merah dan kuning yang tidak ubah dari warna pelangi setelah ribut petir.

Chu Qiao berpaling sambil tersenyum ke arah Li Ce dan berkata, "Terima kasih, Li Ce."

"Terima kasih? Untuk apa?" Mata pemuda itu dikecilkan, anak matanya diraih ke atas membawa sebuah aura kesungguhan dan juga kelicikan. Matanya yang separa dikecilkan itu bagaikan membawa seribu makna di sebaliknya.

"Terima kasih sebab dah jaga saya beberapa hari ini. Kalau bukan kerana awak, saya mesti dah mati."

Li Ce tersenyum dan membalas, "Kalau macam itu, awak kena terima kasih dengan betul-betul. Selamatkan nyawa orang itu bukannya pertolongan biasa. Apa kata kalau awak tinggal di Tang ini dan berkahwin dengan saya sebagai tanda terima kasih?"

Air yang mengalir dengan tenang itu membuat bunyi yang samar-samar apabila ia melewati kedua remaja ini, lantas menenggelamkan suara mereka di sebalik bunga-bunga teratai tersebut. Chu Qiao meraih pandangannya dan berkata, "Kecantikan bunga teratai ini terletak pada keadaan lumpurnya, pastikan yang ia tak tercemar. Saya berada dengan awak buat masa yang lama, tapi saya masih mampu berfikir dan bercakap seperti orang biasa. Saya rasa itulah kuasa penangan bunga teratai ini."

Li Ce menggenggam kedua tangannya sebelum meletakkannya pada dada bidang pemuda itu dan mengeluh. "Qiao Qiao, awak ini betul-betul seorang penyajaklah. Saya jadi semakin tertarik dengan awak."

Chu Qiao mendongak untuk merenung bulan. "Awak tertarik dengan banyak benda. Tamak haloba itu bukan sifat yang baik."

Li Ce berdiri, lengan bajunya dikepak-kepak dek angin, sebelum berkata dengan nada sinis, "Sesetengah perkara, tak kira betapa awak mahukannya, memang tak boleh nak didapatkan. Saya kena kerja lebih keras dan kaji dengan lebih dalam."

Chu Qiao terpana, namun raut wajahnya masih dikekalkan. "Bunga teratai ini boleh berkembang lagi setelah ia layu. Awak berjaya dapatkannya untuk berkembang lagi dalam masa yang singkat. Itu pun dah dahsyat."

Li Ce mengangguk dan mengeluh. "Ya, ia akan berkembang lagi tahun depan."

Bot itu beralun ke kiri dan ke kanan bergerak merentasi tasik itu dengan perlahan.

"Cuaca di Yan Bei itu sejuk ke?" Li Ce tiba-tiba bertanya. "Saya dengar yang ia bersalji seluruh tahun. Mesti jarang untuk melihat bunga-bunga berkembang."

Chu Qiao merenung bayang-bayang pemuda itu sebelum membalas ceria, "Setiap musim ada kelebihannya sendiri. Dataran bersalji di Yan Bei pun pemandangan yang susah untuk dilihat juga. Kalau awak letih nak lihat pemandangan di Tang ini suatu hari nanti, awak boleh mengembara ke sempadan dan bergerak ke Pergunungan Huihui. Kecantikan pemandangan di tanah tinggi Yan Bei itu pasti akan mempesonakan awak."

Li Ce terpana, hilang tumpuannya buat seketika sebelum melepaskan ketawa dan berkata, "Awak ini memang betul-betul faham saya. Awak terfikir mengenai saya selama hari ini."

Tiba-tiba, bot itu terlanggar tebing tasik dengan bunyi dentuman. Tasik itu tidaklah sebesar mana dan kedua remaja ini mampu untuk mengelilingi tasik itu dalam masa yang singkat.

Lantas mereka melangkah ke arah Kediaman Mihe dengan perlahan-lahan. Cahaya bulan menerangi belakang kedua-dua remaja ini, membuatkan ia kelihatan amat suci, namun sepi dan juga menyedihkan. Kedua-dua bayang-bayang mereka terpantul pada lantai, bercantum menjadi satu, kemudian berpisah semula, bercantum lagi, dan akhirnya terus terpisah. Lagipun, dua-dua bayang itu memang tidak ditakdirkan untuk bersama.

Dalam sekelip mata sahaja mereka sudah tiba di hadapan pintu Kediaman Mihe, berkongsi saat janggal bersama sebelum Li Ce bersandar pada sebuah pokok buah delima dengan malas yang lantas menyebabkan kelopak-kelopak bunga pokok itu untuk meluruh di atasnya.

Li Ce menguap dengan malas sebelum berkata, "Dah lewat ini. Saya rasa saya tak sempat nak bangun esok."

Chu Qiao mengangguk dan menjawab, "Awak itu memang pemalas. Saya dengar daripada Qiu Sui yang semasa sesi penghakiman pagi tadi, awak datang tak pakai kasut dan Maharaja Tang memang murka."

"Apa gunanya cakap pasal perkara itu?" Li Ce melambaikan tangannya dan berkata, "Saya tak nak bangun awal sangat pada esok hari. Boleh tak mereka tukar sesi penghakiman itu ke petang? Menyusahkan betul. Bagaimana kalau ini? Saya akan hantar seseorang untuk iring awak keluar dari istana esok, selepas itu awak kena lindungi diri sendiri. Saya tak boleh ikut awak."

Chu Qiao mengangguk sebelum membalas, "Tak perlulah susah-susah."

Li Ce tertawa dan berkata, "Baiklah. Jauh perjalanan awak itu. Jaga diri. Kalau…" Pemuda itu tiba-tiba kehilangan kata-katanya, lantas pemuda itu tertawa sekali lagi sebelum berpaling dan mengukir sebuah senyuman. "Kalau suatu hari nanti awak rasa yang cuaca di Yan Bei itu tak sesuai untuk awak, awak boleh datang ke sini untuk cuci mata awak. Walaupun di sini tiada gurun ataupun tanah berumput, tapi ia masih negara yang panas dan sesuai untuk awak tinggal."

Chu Qiao tersenyum kelat. "Kehidupan ini bagaikan roda, kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah. Samalah macam ucapan helo dan selamat tinggal. Semua perkara dalam dunia ini bergantung pada daya afiniti."

Li Ce menggeleng kepalanya dan berkata ringan, "Saya harap hari itu takkan terjadi buat awak. Jaga diri."

Hatinya tiba-tiba diselubungi dengan perasaan sedih apabila melihat kelibat Li Ce yang semakin memudar di sebalik kegelapan itu, dan Chu Qiao pun akhirnya berpaling perlahan-lahan. Cahaya bulan menyinari ruang yang besar di antara pemuda dan wanita tersebut, yang akhirnya menyelubungi seluruh istana itu.

Kelibat Li Ce semakin menghilang di sebalik lapisan tebal pokok buah delima pada malam musim luruh yang sejuk, meninggalkan aroma bau herba yang mewangi di sepanjang jalan yang diturap batu. Bunga-bunga teratai tadi telah berhenti mengembang di hadapan Kediaman Mihe, menjadikan malam itu kelihatan lebih gelap dan sunyi.

Chu Qiao sedang memakai sehelai jubah nipis semasa dia sedang berjalan pulang dengan perlahan, angin meniup kasar rambutnya sehingga ia menjadi kusut namun kelihatan bagaikan sekumpulan rama-rama yang berterbangan apabila ia di udara.

Kediaman Mihe itu merupakan kawasan yang besar dengan lebih daripada 30 bangunan berbagai-bagai ketinggian. Pemandangannya juga amat indah, boleh dibayangkan dengan mudah sekali bagaimana istana ini beroperasi semasa zaman kegemilangannya dahulu sebelum ia ditutup. Chu Qiao melangkah sepi di sepanjang koridor, dahan-dahan pokok berbunga yang mencabang ke bawah lantas bersentuhan dengan dahinya, sementara tapak kaki kasutnya yang nipis itu telah membekukan kaki Chu Qiao semasa wanita ini melangkah ke atas laluan tersebut. Lantas dia terhidu bau wain apabila angin bertiup menghembus ke mukanya, dan dia pun mendongak ke tingkat kedua astaka di pinggir tasik itu untuk melihat seorang pemuda berpakaian serba hijau yang sedang berdiri di bawah pohon sycamore sambil merenung ke dalam bilik wanita itu.

"Siapa itu?" Suara tegas wanita itu memecah kesunyian malam yang sekaligus memeranjatkan barisan bangau di tasik. Chu Qiao melihat pemuda itu dengan lebih teliti, namun terperanjat dan terus terkaku.

Pemuda itu kelihatan seperti Li Ce di dalam kegelapan itu. Namun beberapa saat kemudian Chu Qiao tersedar betapa salahnya anggapannya itu.

Pemuda itu menggunakan pokok sycamore itu sebagai tempat sandarannya sementara berdiri di dalam kegelapan itu dengan senyap. Cahaya bulan yang samar-samar dapat menerangi ciri-ciri wajah pemuda itu yang tampan namun raut wajahnya yang murung itu kelihatan seperti fros di puncak gunung semasa musim luruh. Pemuda itu merenung Chu Qiao dengan senyap dan berkerut sedikit.

"Siapa awak?" Suara pemuda itu bergema di sebalik cahaya samar-samar kedengaran dingin dan tidak beremosi.

Chu Qiao mengagak ini bukanlah pemuda yang calang-calang, jadi dia pun mengambil satu langkah ke hadapan dan membalas, "Saya tinggal di sini. Siapa awak?"

Lelaki itu terpana, anak matanya berbaur kejahilan. Dia pun mengeluh dan menggumam sendirian, "Oh, dah tinggal di sini rupanya."

Cahaya bulan itu dapat menerangi pakaian pemuda itu yang kelihatan seperti ia berwarna putih berkilau. Chu Qiao sudah mengagak dia sepatutnya mengucapkan selamat tinggal dan terus beredar supaya dapat mengelak dari kejadian-kejadian seperti ini. Namun, kata-katanya bagaikan tersekat di kerongkongnya, lantas menyekat penelitian pemuda itu.

Lelaki itu pun mengambil beberapa langkah ke laluan berturap. Angin yang menghembus telah menyapu dedaun sycamore itu ke udara bersama-sama debu. Chu Qiao lantas mengecilkan matanya dan menutupinya dengan kedua belah tangan.

"Kediaman ini berhadapan dengan Kolam Taiqing. Angin di sini memang kencang. Jangan lupa pakai topi semasa awak berjalan keluar ya."

Chu Qiao terkaku apabila merenung pemuda ini, namun dia hanya dapat melihat ketenangan dan kedamaian dalam anak mata lelaki itu.

"Terima kasih. Saya dah berada di luar ni lama juga. Pembantu-pembantu kediaman mesti dah cari saya, jadi saya minta diri dululah. Lagipun, di luar itu angin kencang, Encik pun baliklah cepat ya."

Chu Qiao mengerti untuk tidak terus bertanyakan tentang identiti pemuda itu kerana tahu dia tidak akan membongkarkannya. Wanita itu pun mengucapkan selamat tinggal dengan penuh bersopan dan bersedia untuk beredar.

Namun, lelaki itu kelihatan seperti dia langsung tidak mendengari kata-kata wanita itu apabila dia masih lagi mengekalkan posisinya sambil merenung Chu Qiao dengan teliti. Suaranya kedengaran serak apabila dia berkata, "Tuan Putera mesti sukakan awak sangat, kan?"

Chu Qiao tahu pemuda ini telah beranggapan seperti semua rakyat jelata lain yang telah menyangka wanita ini ialah gundik kegemaran Li Ce, namun Chu Qiao langsung tidak membantah dan terus tertunduk hormat dan berkata, "Selamat tinggal."

"Tapi awak masih belum jawab soalan saya."

Chu Qiao berkerut sedikit, lantas berpaling dan melihat pemuda ini yang kelihatan seperti sedang betul-betul menunggu jawapannya.

"Awak tahu tak kalau saya ini memang gundik kegemaran Tuan Putera, tingkah laku awak ini akan dianggap sebagai tak senonoh?"

Pemuda itu pun terkaku dan berkata, "Saya dah lama tak balik ke sini, jadi saya tak tahu yang seseorang sedang menetap di sini. Maafkan saya."

Chu Qiao berkata, "Tak mengapa, awak pun tak tahu sebelum ini. Tapi sekarang ini awak dah tahu, jadi awak patut balik."

Pemuda itu mengangguk dan tertawa. "Memang ada persamaan."

Chu Qiao memasamkan wajahnya dan mencemuh, "Encik, awak datang ke sini tengah-tengah malam buta ini dan cakap mengenai semua benda yang tak masuk akal, tapi awak masih lagi tak dedahkan identiti awak. Kalau bukan sebab awak ini bertamadun dan berbudiman, saya mesti dah tangkap dan ikat awak sebab anggap awak ini penceroboh. Awak masih lagi merayau di sini pada waktu begini, awak tak takut masalah ke?"

Pemuda itu terkaku buat masa yang lama sebelum menjawab, "Maaf, saya termenung sebab teringatkan saudara yang dah meninggal tadi."

"Termenung itu tak mengapa, tapi sedarlah sekejap. Lagipun, ini istana maharaja. Empayar Tang ini memang menekankan etika. Lebih baik awak berhati-hati lain kali."

Pemuda itu tersenyum dan mengangguk sebelum beredar dari Kediaman Mihe dengan melambaikan tangannya. Namun sebelum dia mengambil dua langkah, dia berhenti dan berpusing, menuding jarinya ke arah bumbung dan berkata, "Ada dua barisan loceng yang dah berhabuk di atas sana. Cik, kalau awak ada masa, boleh tak awak minta orang-orang gaji awak bersihkannya. Bunyi loceng itu memang menenangkan."

"Terima kasih sebab ingatkan saya."

Pemuda itu pun tersenyum. Dia pun mengangguk dengan raut wajah yang mesra sebelum berkata, "Saya Raja Luo."


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C133
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login