Download App
25.68% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 75: Bab 75

Chapter 75: Bab 75

Editor: EndlessFantasy Translation

Li Ce bertanya kepada beberapa orang namun masih gagal menemuinya, dan lantas berdiri dan memandang sekeliling. Dalam astaka yang besar itu, hanya dia dan penari-penari sahaja yang berdiri. Oleh itu, dia berjaya meraih perhatian daripada orang ramai. Ramai yang memerhatikannya dan bingung dengan tingkah lakunya itu. Zhao Che dan Zhao Song turut terperanjat kerana khuatir si putera itu akan berkelakuan yang bukan-bukan lagi.

Astaka Fang Gui menempatkan ratusan orang dan empat sisi astaka di bahagian luar menambahkan jumlahnya lagi. Li Ce sudah memerhatikan seluruh tempat itu tetapi masih tidak dapat menemui satu-satunya orang yang dicarinya. Tuan Putera Muda Li itu pun bermasam muka sebelum mengelamun. Entah bagaimana, dia tiba-tiba menjerit pula, "Qiao Qiao!"

Jeritannya begitu membingitkan malah lebih bingit dari alunan muzik yang didendangkan. Ahli muzik pun mula menggelabah sehingga hampir terlupa untuk memainkan muziknya lantas muzik itu terhenti sejenak. Seluruh astaka tiba-tiba sunyi kerana malu setelah melihat raut wajah Li Ce.

Pada waktu itu, Chu Qiao tiba-tiba terdengar suara orang yang ketawa kecil. Dia menoleh dan ternampak Zhuge Yue yang mentertawakannya apabila dia dimalukan seperti itu.

"Awak di mana, Qiao Qiao?" Putera Tang yang sudah hilang akal itu tidak henti-henti menjerit seolah-olah seluruh astaka itu miliknya pula. Dia juga tidak mempedulikan jelingan yang dilemparkan kepadanya itu.

"Qiao…"

"Dah, berhenti. Saya di sinilah." Gadis yang berada di astaka kedua itu pun berdiri dengan pandangan dinginnya yang jelas-jelas kelihatan menyampah bercampur malu.

"Haha, saya tahu awak ada di sini!" Ketawa Li Ce terbahak-bahak. Dia kemudiannya menoleh lalu berkata, "Teruskan, teruskan. Jangan hiraukan saya. Ha, pemuzik tunggu apa lagi itu? Mainlah muzik!" Putera Li Ce pun melangkah beberapa barisan, langsung tidak menghiraukan jubah miliknya itu telah menjatuhkan cawan lantas menumpahkan wain yang berada dalam cawan tersebut. Dia hanya meluru terus ke astaka utama untuk bertemu Chu Qiao.

Pada masa yang sama, wanita-wanita bangsawan yang berada di astaka kedua mengalihkan perhatian mereka kepada Chu Qiao kerana terperanjat.

"Qiao Qiao, awak minum wain ke? Hilangkan kesedihan dengan minum wain hanya menambahkan masalah sajalah!"

Chu Qiao menyandar ke tempat duduknya kembali sambil berkerut. Tumpuan yang tertumpu padanya hanya mengeruhkan keadaan sahaja. Oh, sesungguhnya dia tiada masa untuk menghiburkan hati tuan putera yang seorang ini! Gadis itu kemudiannya berkata dengan nada yang dingin, "Putera Li, dengan status bangsawan awak itu, awak tak sepatutnya berkelakuan seperti itu jadi tolonglah pergi."

"Saya terharulah, Qiao Qiao. Awak selalu ambil berat tentang saya," Balas Li Ce dengan senyuman. Dia mahu duduk di sebelah Chu Qiao namun gadis itu tidak berganjak langsung untuk memberikannya peluang untuk melabuhkan punggung. Li Ce kemudiannya berjalan ke tempat duduk sebelah Chu Qiao setelah melihat seorang gadis yang identitinya tidak diketahuinya itu dan lantas berkata dengan muka yang manis, "Si cantik, boleh tak kalau saya duduk di sini?"

Gadis itu kelihatan berusia tidak lebih dari 14 tahun, hanya terpegun kerana dia tidak pernah melihat pemandangan seperti ini sebelum ini jadi dia pun berdiri lalu memberikan tempat duduknya kepada Li Ce. Kemudian, Li Ce berterima kasih kepadanya dan terus duduk di tempat tersebut. Pegawai-pegawai dalam astaka yang berkhidmat dalam hal ehwal astaka utama pun cepat-cepat membawakan perkakas peribadi Li Ce kepadanya sejurus itu.

Chu Qiao hanya dapat mengeluh kerana kini astaka kedua kelihatan lebih meriah dari astaka utama pula. Orang-orang di astaka utama yang melirik pandangan mereka kepada Li Ce di astaka kedua tiba-tiba perasan akan kehadiran Zhuge Yue yang turut duduk bersebelahan dengannya. Maka timbullah pelbagai spekulasi di situ.

"Tuan Keempat Zhuge, kita berdua memang lelaki yang bijak. Demi meraikan perkahwinan Putera Yan," Ujar Li Ce dengan semangat sambil mengangkat cawannya ke arah Zhuge Yue dan melangkau Chu Qiao.

Zhuge Yue hanya membalas dengan senyuman kecil sambil mengangkat cawannya untuk mengajukan minum ucap selamat tanpa mengujar apa-apa.

Pada masa yang sama, bunyi gendang mula berdentum dari depan astaka. Semua orang memandang ke arah astaka emas yang gah itu dan melihat Maharaja yang memakai jubah emas yang sedang keluar dengan perlahan. Chu Qiao mengikuti tingkah laku mereka yang lain untuk berlutut hormat kepada Maharaja, kemudian gadis itu mendongak sedikit dan sepertinya Maharaja nampak lebih kurus dan rambutnya pula mula memutih. Kepalanya sudah mengendur dan wajahnya pun sudah tidak dapat dibezakan lagi.

Li Ce berdiri di samping kerana dia merupakan seorang perutusan dari empayar lain dan seorang putera jadi dia tidak perlu berlutut seperti orang lain. Apabila orang lain sibuk berteriak ungkapan "Hidup Maharaja", lelaki itu malah berbisik pula, "Jangan takut dengan dia. Dia hanya orang tua yang sama dengan orang tua di rumah saya saja, pandai berpura-pura."

Kalau diikutkan, habis putera itu dikerjakan lagi dengan Chu Qiao di situ tetapi nasib baiklah itu hanya bermain dalam fikirannya sahaja. Setelah tamatnya adat-istiadat itu, para tetamu kembali ke tempat duduk mereka. Maharaja Xia membuat ucapan pembukaan sambil memandang ke arah astaka kedua dan tersenyum, "Putera Li, kenapa awak duduk di situ? Awak tak suka dengan tempat duduk yang saya sediakan ke?"

"Tidaklah," Jawab Li Ce sambil ketawa. "Sini lebih nyaman!"

Maharaja Xia hanya mengangguk lalu berkata, "Kalau begitu, Zhuge Yue tolong temankan Putera Li ya."

Dengan satu ayat sahaja maruah keluarga Zhuge telah diselamatkan. Zhuge Yue tidak berani untuk menoleh ke arah Zhuge Muqing yang berdiri di atas astaka. Dia hanya mampu membalas dengan nada dalamnya sahaja, "Ya, Tuanku."

"Kereta kuda Putera Yan sudah tiba di bandar?"

Seorang pegawai membalas, "Tuanku, kami tak terima sebarang khabar lagi dari pengawal di pintu bandar."

Maharaja Xia pun berkerut.

Jantung Chu Qiao pula mula berdegup kencang pada saat itu. Maharaja Xia mengangguk dan menambah, "Hari ini hari lahir saya dan hari perkahwinan anak perempuan saya. Yan Xun dah membesar di depan mata saya jadi saya mempertunangkan anak saya kepadanya. Setiap orang di empayar ini sangat berharga walaupun Yan Bei pernah memberontak suatu ketika dahulu tapi saya sangat sayangkan Yan Xun. Kini Yan Bei akan mempunyai seorang raja baharu. Sila berikannya tunjuk ajar dan kerjasama untuk memperkukuh empayar kita lagi."

"Ya, betul itu. Tuan Putera Yan Bei memang berbakat jadi dia pasti menjadi seorang pemimpin yang hebat kelak."

"Tuanku memang seorang yang murah hati dan suka melakukan amal kebaikan. Putera Yan pasti akan taat pada Tuanku untuk balas budi baik Tuanku itu."

"Puteri Chun pula seorang yang mulia dan jelita. Tuan Putera Yan memang beruntung, Tuanku. Dia pasti taat pada negaranya."

"Jika bersama Tuanku, Empayar Xia pasti aman makmur selama ribuan tahun."

Pujian yang melambung-lambung dilontarkan pada Putera Yan dan Maharaja. Chu Qiao pula sibuk memerhatikan astaka utama namun tiada satu pun kelibat keluarga Batuha di situ. Namun, yang menghairankannya lagi ialah puteri sulung Huai Song juga tidak berada di situ dan hal itu mula membuatkannya berasa cuak.

Pada masa yang sama, seorang pengawal yang berpakaian hijau berjalan memasuki astaka kedua sambil tertunduk, menghampiri Chu Qiao dari belakang gadis itu lalu berbisik sesuatu kepadanya. Pemuda itu seterusnya menerima anggukan daripada Chu Qiao sebelum dia beredar.

Li Ce yang menyedari hal ini memerhatikan gadis itu seketika sebelum berbisik kepada Chu Qiao seolah-olah dia merupakan kenalan rapat gadis ini, "Siapa dia, Qiao Qiao? Dia cakap apa?"

Chu Qiao berkerut dan memandang Li Ce, ingin mengatakan sesuatu namun mengetahui tidak ada gunanya jadi dia pun berpaling dan mengabaikan pemuda itu. Namun begitu, Li Ce tidak berganjak dan terus-menerus bertanya kepadanya, berhenti dan menoleh ke Zhuge Yue pula, "Saudara Zhuge, awak tahu tak?"

Zhuge Yue hanya membalasnya dengan nada yang mendatar, "Kalau Putera Li pun tak tahu, saya lagilah tak tahu."

Li Ce mengangguk. "Betul juga."

Tiba-tiba bunyi riuh-rendah kedengaran dari luar istana. Bunyi yang kedengara seperti tangisan wanita itu membuatkan semua orang di astaka itu cepat-cepat berpaling pada sumber suara. Maharaja Xia berkerut lalu bertanya dengan nada yang dalam, "Siapa di luar itu?"

Salah seorang pengawal mengelap peluh dingin di dahinya sambil berlari ke dalam lalu berlutut dan membalas, "Tuanku, itu…itu Puteri Chun."

Semua orang pun terperanjat. Chu Qiao sudah dapat meneka apa yang berlaku berdasarkan perbualannya dengan pengawal sebentar tadi. Maharaja Xia berkerut lagi, "Chun'er? Kenapa dia ke sini pula?"

"Tuan Puteri…Tuan Puteri cakap dia perlu bertemu dengan Tuanku segera."

"Hari ini hari perkahwinannya. Kenapa dia melanggar tradisi dan berani nak datang ke sini pula? Bawa dia pulang dan beritahu dia yang Putera Yan dah nak masuk ke bandar," Permaisuri Bangsawan Shu yang duduk di sebelah Maharaja mengujar dengan nada yang dingin.

"Chun'er pasti risau menunggunya." Permaisuri Bangsawan Xuan tersenyum dan kemudian menekup mulutnya. Dia mendongak dan memandang tepat pada Maharaja Xia lalu menambah lagi, "Lagipun, Chun'er baru berusia 16 tahun kan. Dia pasti sedang rasa takut."

"Sebagai seorang puteri diraja, dia tak boleh sesuka hati melanggar adat istiadat! Kamu semua bawa Tuan Puteri pulang dan jatuhkan hukuman berat kepada orang-orang gaji yang bertugas untuk menjaganya."

Setelah mendengar hal ini, air mata Permaisuri Bangsawan Xuan menitis. Dia kemudiannya berkata, "Maharani Muhe baru saja meninggal dunia. Saudari Shu, awak akan kecewakan mereka saja kalau berkelakuan begitu terhadap anak Maharani." 

"Ayahanda! Chun'er ada sesuatu yang nak dikatakan!" Suara nyaring tiba-tiba bergema di luar pintu lalu semua orang di astaka memandang ke luar dengan perasaan terkejut. Maharaja Xia pun berfikir panjang sebelum membuat keputusannya. "Biar dia masuk."

Lantas dengan itu, angin memasuki ke dalam astaka melalui pintu tersebut. Zhao Chun'er memakai jubah merah yang terang dengan rambutnya yang sudah tidak terurus lagi kerana berlari ke astaka tersebut, mukanya pula sudah pucat jadi sewaktu dia memasuki astaka itu, pastinya semua pandangan tertumpu padanya. Walaupun dia kelihatan serabut tetapi dia masih anggun.

"Ayahanda!" Gadis itu berdiri di astaka lalu menyembah hormat dengan bersungguh-sungguh. "Tolong tarik balik perintah ayahanda. Chun'er dah tak nak kahwin lagi!"

Seluruh astaka berasa terperanjat setelah mendengar khabar ini lantas dengan itu, seluruh Astaka Fang Gui itu senyap sepi seketika tanpa sebarang bunyi. Namun, lama-kelamaan, bunyi perbualan mula kedengaran di udara dan menenggelami kata-kata Zhao Chun'er sebentar tadi.

"Jangan mengarut!" Permaisuri Bangsawan Shu mendengus dan raut wajahnya kelihatan begitu dingin. Setelah kematian Maharani Muhe, perkahwinan Zhao Chun'er telah diambil alih olehnya seorang jadi apabila mendengar kata-kata durjana puteri itu, darahnya mula membuak-buak.

Zhao Chun'er yang masih lagi berlutut mendongak dengan mata yang merah dan wajah yang pucat. Dia terus-menerus menyembah kepada Maharaja sambil mengulangi kata-katanya lagi, "Ayahanda, tolonglah tarik balik perintah itu. Chun'er tak nak kahwin lagi."

Permaisuri Bangsawan Shu bersuara lagi, "Pengiring Putera Yan dah tiba. Mereka berada di pintu bandar sekarang. Perkahwinan kamu dah diuar-uarkan lebih dari sebulan dan kini depan semua orang kamu nak batalkan perkahwinan kamu begitu saja? Saudari Muhe ajar kamu macam itu ke?"

"Awak tak perlu sebut nama orang yang dah tiada, Saudari Shu." Zhuge Lanxuan memandang ke arah Zhao Chun'er sambil tersenyum. "Chun'er, kamu tak sanggup nak lepaskan ayah kamu ke? Tak mengapalah. Kalau kamu kahwin pun, kamu masih boleh berjumpa dengan Tuanku juga nanti."

"Cik Puan Xuan, bukan itu maksud Chun'er. Chun'er cuma rasa tak nak berkahwin lagi. Tolong Chun'er merayu kepada Ayahanda untuk tarik balik perintahnya." Zhao Chun'er yang masih berlutut mendongak dengan air mata yang berlinangan Dia sudah nekad.

"Pengawal, bawa Tuan Puteri pergi. Pakaikan dia pakaian yang elok-elok dan tunggu rombongan Yan Bei datang." Maharaja Xia langsung tidak memandangnya. Di bawah cahaya yang terang, wajah Maharaja tidak dapat dibezakan lagi. Suaranya begitu dingin sepertinya dia tidak mendengari apa-apa yang diujarkan oleh Zhao Chun'er sebentar tadi. Pembantu-pembantu rumah di luar pintu pun lantas masuk ke dalam astaka lalu membawa Zhao Chun'er pergi.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C75
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login