Download App

Chapter 52: Bab 52

Editor: EndlessFantasy Translation

Gadis muda itu berpakaian bulu musang putih dan rambutnya hitam pekat dengan sepasang mata sehitam dakwat pen, kepalanya tertunduk namun matanya dijeling dingin ke arah Tuan Wei yang mempunyai riak wajah terkejut dan lantas senyuman berpuas hati terukir di wajah Chu Qiao.

"Berhenti di situ!" Ketua pengawal pintu gerbang, Song Que, serta-merta melangkah ke hadapan untuk berkata, "Siapa yang berani memulakan pergaduhan di dalam istana? Semua orang, berhenti!"

Chu Qiao memandang Wei Jing yang masih pucat dengan renungan mata yang mengejek sambil menyimpan pedangnya.

"Song Que," Wei Jing yang tercungap-cungap berkata, "Siapa dia yang berani untuk membawa senjata di dalam istana?"

Song Que menyedari yang Wei Jing tidak berkata apa-apa tentang siapa yang telah memulakan sengketa namun hanya berkata tentang Chu Qiao yang memiliki senjata dan tidak boleh menahan dirinya daripada berkerut. Walaupun Song Que seorang yang degil, namun dia bukanlah bodoh. Dia masih mahu terus hidup di dalam kawasan istana, jadi dia tidak boleh menaikkan amarah keluarga-keluarga ternama dan juga berpengaruh jadi dia cuba untuk membotolkan perasaan curiganya terhadap Wei Jing dan terus berpaling ke arah gadis muda itu dan berkata, "Cik Chu, bolehkah awak terangkan sebab awak membawa senjata ke dalam istana?"

Chu Qiao meraih keningnya ringan dan menoleh pandangannya ke arah pedang dan juga busur silang milik Wei Jing. Tanpa berkata apa-apa, dia mampu menyampaikan mesej mengenai pihak lawan yang mempunyai senjata juga.

Pipi Song bertukar menjadi kemerahan namun pemuda itu masih tidak dapat berbuat apa-apa.

Wei Jing terus menempik kuat, "Siapa kau berbanding dengan aku? Bukan saja kau bawa senjata ke dalam istana, tapi kau juga berani untuk memulakan pergaduhan dengan seorang putera. Mari kita tengok siapa yang akan berpihak dengan engkau: Song, apa pendapat kau tentang situasi ini?"

Song Que berkerut namun tidak berani untuk menyinggung perasaan Tuan Wei yang telah menjadi seorang yang baran setelah kehilangan jarinya. Namun apabila dia ingin membuka mulut untuk membalas, sebuah suara lantang tiba-tiba kedengaran datang dari belakang Song Que dan lantas menerkejutkan semua orang yang terus menoleh pandangan mereka ke arah suara itu.

"Saya yang telah menyuruh dia untuk membawa pedang itu."

Seseorang yang tinggi yang sedang terduduk di atas kuda datang untuk mendekati mereka. Zhuge Yue memakai kot sabel mendekati mereka dan lantas menghulurkan tangannya ke arah gadis di tanah dan berkata, "Berapa lama kamu nak buat aku tertunggu-tunggu? Bagi pedang itu kepada aku."

Tanpa berkata apa-apa, Chu Qiao merenung matanya yang acuh tak acuh itu. Angin sejuk bertiup semasa kedua pasang anak mata mereka bertembung dan segala kemusykilan dan kebencian yang ditanam pada masa dahulu telah diungkit kembali dan tidak mungkin akan dapat dilupakan. Masa bagaikan berlalu dengan sangat lama sebelum Chu Qiao menghulurkan kembali tangannya dan memberikan pedangnya kepada Zhuge Yue.

"Song Que, inilah sebab mengapa aku menyuruh kamu untuk mencari dia. Aku tertinggal pedang ini di Istana Ying Ge milik Putera Yan, dan aku hendak pembantu rumah ini pergi dapatkannya untuk dipulangkan kepada aku."

Song Que lantas mengangguk dan membalas, "Oh begitu. Barulah saya faham sekarang."

Zhuge Yue memandang para lelaki yang terbujur di atas tanah dan berkata dengan tenang, "Aku menyuruh kau untuk ambilkan pedang ini, bukannya untuk berlatih seni mempertahankan diri dengan orang-orang suruhan Tuan Wei, macamlah di istana ini tiada peraturannya. Macam ini ke cara Putera Yan melatih orang-orang suruhan dia?"

Berlatih seni mempertahan diri? Wajah Chu Qiao terus berubah dan serta-merta dia berasa marah. Apabila dia ingin membuka mulut untuk membalas kata Zhuge Yue itu, tuan itu telah berpaling ke arah Tuan Wei dan menyampuk terlebih dahulu, "Tuan Wei, saya akan ambil dia untuk dibawa pergi." Setelah menghabiskan ayatnya, Zhuge Yue berpusing dan bersiap sedia untuk beredar.

"Hal ini tiada kena mengena dengan Tuan Keempat. Kenapa Tuan Keempat hendak membawa dia pergi pula?" Dengus Wei Jing yang tidak berpuas hati.

Zhuge Yue berpaling sekali lagi dengan keningnya yang diraih tinggi, "Tuan Wei nak cakap yang saya ini suka menjaga tepi kain orang lain ke? Awak baru saja dinaikkan pangkat supaya boleh membawa senjata ke dalam istana, tapi awak dah memerintahkan orang-orang suruhan awak untuk membawa senjata. Tuan Wei ini tak reti sabar kot."

Darah Wei Jing mula membuak-buak namun tanpa diberikan peluang untuk bercakap, Zhuge Yue menyambung, "Kalau pergaduhan hari ini diketahui orang ramai, awak takkan meraih apa-apa pun. Tuan Wei lahir sebagai seorang aristokrat, jadi ia amat penting untuk mempertimbangkan buruk baik segala tindakan awak. Awak kena faham apa yang mustahak untuk dilakukan dan timbangkan keburukan tindakan awak. Kalau Tuan Wei Guang ada di sini pada hari ini, pasti beliau tidak akan menyukai berita ini."

Wei Jing berpaling tanpa menguturkan sebarang kata. Dia cukup menyedari akan kesan pergaduhan ini namun dia tidak dapat melupakan mahupun memaafkan perbuatan Chu Qiao lama dahulu, jadi setiap kali dia melihat gadis ini, pasti dia berasa seperti dia ingin membalas dendam.

"Mari kita pergi," Zhuge Yue berkata perlahan apabila dia memusingkan kudanya.

Song menunduk hormat ke arah Zhuge Yue. Chu Qiao merenung mata Wei Jing yang dipenuhi dengan kemarahan sebelum berpaling dan mengekori Zhuge Yue.

Salji turun dari langit yang menghitam dan terus berkepul di kedua-dua belah jalan Jejaka Xuan. Chu Qiao yang membuntuti Zhuge Yue itu sedikit demi sedikit hilang dari pandangan.

Wei Jing mengertap giginya dan melepaskan satu ngauman penuh kemarahan dan lantas menendang perut salah seorang gajinya sebelum beredar dengan geram.

Pemandangan di tasik membiru yang diliputi salji itu kelihatan indah bagaikan sebuah gambar, terdapat sebuah jambatan batu melengkung yang sangat indah merentangi sungai tersebut, disambungkan pula dengan sebuah astaka yang dihuni oleh dua kelibat manusia. Lelaki tersebut sedang memakai kot sabel dengan raut wajah yang kacak berkening lebat dan juga memancarkan aura jahat sedikit manakala wanita itu yang belum berusia 15 tahun pun sedang memakai kot berbulu musang berwarna putih, kelihatan kecil dan halus.

Kedua manusia itu merupakan Zhuge Yue dan Chu Qiao yang baru sahaja meninggalkan jalan Jejaka Xuan.

"Saya tak berniat pun untuk menyelamatkan kamu. Saya hanya berfikir yang Wei Jing itu menyusahkan semua orang, jadi kamu tak perlu berterima kasih kepada saya."

Chu Qiao meraih mukanya dan berkata dengan ekspresi wajah yang dingin, "Saya tak berniat pun untuk berterima kasih kepada awak,"

Zhuge Yue melepaskan sebuah kekekan dan membalas, "Kamu masih degil seperti dulu, walaupun selepas tujuh tahun. Nampaknya Yan Xun tak mengajar kamu cara-cara untuk menggembirakan orang lain."

"Awak pun masih sama. Nampaknya pendeta-pendeta di Pergunungan Wolong itu tak mengajar kamu maksud bodoh. Awak masih sombong."

Apabila suaranya dimamah angin, Zhuge Yue meraih keningnya dan menegakkan kedudukannya sebelum berundur dengan penuh curiga. Pada masa yang sama, Chu Qiao yang tadinya sedang berdiri dengan tenang, kini meluru ke hadapan dengan taktik yang cekap dan pergerakan yang lincah, ingin mencapai tangan Zhuge Yue, namun pemuda itu menghulurkan lengannya untuk menghalang tindakan gadis itu dan menggenggam pergelangan tangan Chu Qiao puls. Gadis itu berpusing di udara dengan penuh fleksibel dan menendang jejaka itu dan terus Chu Qiao terjatuh ke atas tasik yang membeku. Salji yang tadinya berterbangan di udara kini terduduk diam di atas tanah, bagaikan mengerti apa yang sedang terjadi.

Pedang panjang yang dibaluti kain hitam mempunyai bilah yang tajam berkilau penuh cahaya. Skil bermain pedangnya amatlah menakjubkan membelah udara, mengakibatkan salji di tanah berterbangan di udara sekali lagi.

Zhuge Yue yang tidak mempunyai apa-apa senjata itu meluru ke arah sebatang pokok plum di sebelah astaka dan mematahkan sebatang dahan sebelum bersiap sedia untuk menghadapi lawannya itu.

Di tengah-tengah kawasan berangin dan bersalji ini, tasik yang membeku kini diliputi dengan lapisan salji sementara dua kelibat sedang berlawan dengan penuh semangat. Imejnya amatlah menakjubkan dengan angin yang meniup kabus dan salji dan sekaligus menerbangkan bunga-bungaan di tanah, membuatkan warna di udara menjadi merah dan putih.

Kot berbulu putih milik Chu Qiao berkepak-kepak bersama angin, dan setelah masa yang panjang berlalu, mereka akhirnya memutuskan tiada pemenangnya.

Namun pada masa ini, Chu Qiao tiba-tiba tersadung dan disebabkan oleh ketidakstabilan badannya, Zhuge Yue mampu untuk menepis pedang yang berada di dalam genggaman Chu Qiao.

Chu Qiao terus menjadi panik, dia cuba untuk berdiri dengan sebelah tangan di atas ais namun apabila dia cuba untuk berdiri, dia terdengar satu bunyi retakan yang kuat. Tasik yang membeku itu kini mula meretak dan air yang sangat sejuk mula untuk mengalir keluar.

Chu Qiao yang terkejut itu terus meminta pertolongan. Namun ia terlalu lambat baginya untuk berlari keluar kerana dia sudah mula tenggelam.

Zhuge Yue dengan pantas menggenggam lengan Chu Qiao sebelum terlambat, dan jejaka itu menarik lengan Chu Qiao dengan daya yang sungguh kuat.

"Awak masih bodoh sangat!" Pisau belati yang membeku muncul di leher Zhuge Yue. Chu Qiao kelihatan kejam dan lantas mengejek pemuda itu dengan berkata, "Awak dah ditipu oleh saya dulu dan kini selepas tujuh tahun pun awak masih ditipu lagi?"

Zhuge Yue melepaskan ketawa menyindir apabila hujung bibirnya diangkat sedikit, dan membalas, "Kenapa awak perlu yakin sangat?" Dengan pisau belati di tangan, Zhuge Yue menggenggam pisau belati tersebut ke rompi Chu Qiao, Pisau itu mampu untuk menghiris kulitnya walau dengan pergerakan yang kecil pun.

Hutang darah dibayar darah! Mereka memang setanding, jadi memang sukar untuk menganggar siapa yang akan memenangi perlawanan ini!

Angin sejuk bertiup bersama salji yang membeku menampar-nampar muka kedua-dua remaja ini yang sedang berdiri dengan rapat antara satu sama lain, pernafasan mereka selari dan kulit yang bersentuhan. Ia kelihatan seperti mereka sedang bercumbuan dengan penuh sayang dari kejauhan dan hanya dari pokok plum itu sahaja boleh dirasa ketegangan suasana sebenarnya.

"Zhuge Yue, di antara kita berdua, takkan ada sehari pun di mana kita dapat memafkan satu sama lain. Satu-satunya sebab kenapa saya tak membunuh awak pada hari ini kerana saya tak mahu menyusahkan Yan Xun. Saya akan beri awak peluang ini untuk tinggalkan kau dengan kepala kau yang masih terlekat pada bahu. Selagi saya masih hidup, kepala awak itu bukan milik awak sendiri."

Zhuge Yue mendengus dan membalas, "Jadi ia milik awak?"

"Ya, saya!" Chu Qiao menguturkan setiap bait kata dengan tegas, "Anak-anak dari keluarga Jing takkan mati sia-sia macam itu saja."

"Baguslah kalau begitu!" Lantas jejaka itu melepaskan Chu Qiao untuk mengambil pedang di atas tanah. Zhuge Yue berdiri di bawah pokok plum dan berkata dingin, "Saya akan tunggu saat itu. Bila awak dah ada keupayaan yang cukup, datang kembali kepada saya untuk mengambil pedang ini."

Angin utara meniup kuat dengan Chu Qiao yang masih tercegat sambil merenung Zhuge Yue yang semakin menjauhkan diri daripadanya dengan penumbuk yang digenggam erat.

Semua yang telah berlaku itu hanyalah sebuah lakonan.

Hari yang ditentukan supaya mereka dapat pulang ke Yan Bei semakin dekat, jadi dia tiada masa untuk melayan Zhuge Yue. Apabila Zhuge Yue melepaskannya dan tidak mendedahkan identitinya sebagai pembunuh sebenar Tuan Besar Zhuge, Xiaoba yang telah dihukum mati sebagai pengganti Chu Qiao dan kini apabila Zhuge Yue telah kembali ke ibu negara, Chu Qiao kembali berada di dalam bahaya.

Biarkan dia tunggu. Selagi Zhuge Yue tidak menyerang ataupun mendedahkan identitinya, Yan Xun akan mempunyai lebih banyak masa untuk menjalankan rancangannya.

Sama ada Zhuge Yue mempercayainya atau tidak, tidak salah kalau mereka mencuba.

Chu Qiao berdiri di astaka tersebut sebelum beredar dari taman pokok plum itu. Di sebelah tasik yang membiru, pokok-pokok yang bunga-bunga bergegar dan Ah Jing dan Yan Xun keluar dari hutan pokok pain.

"Ah Jing, Zhuge Yue ada nampak kamu tak semasa kamu mengumpan dia untuk ke Jalan Jejaka Xuan?"

"Tidaklah." Ah Jing membalas dengan tegas, "Saya sangat berhati-hati."

Yan Xun menganggukkan kepalanya dan berkata dengan suara yang perlahan, "Baiklah kalau begitu."

"Tuan Putera," Ah Jing mengerutkan dahinya dan berkata, "Bagaimana Tuan Putera boleh yakin yang Zhuge Yue akan menolong Chu Qiao?"

"Haha!" Yan Xun melepaskan ketawa riang dan membalas, "Sudah tentu dia pun bertanya soalan yang sama. Kenapa dia akan menolong Chu Qiao?" Yan Xun berkata sesuatu yang membingungkan Ah Jing, "Mungkin saya terlalu mengenali dia jadi saya faham mengapa dia akan berbuat begitu. Ah Jing, lain kali kamu kena beri perhatian yang lebih. Keluarga Zhuge memang dah terlibat pun dan situasi kita sekarang ini semakin rumit. Kita kena tambahkan rondaan malam dan bunuh sesiapa saja yang kelihatan mencurigakan."

Ah Jing terpana dan bertanya dengan penuh terperanjat, "Bunuh? Tuan Putera, boleh ke kalau begitu?"


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C52
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login