Download App
16.09% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 47: Bab 47

Chapter 47: Bab 47

Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun ia hanyalah luka cetek, namun lehernya kembali berdarah. Chu Qiao menggeleng-gelengkan kepala dan berkata selamba. "Tak apa. Ia cuma geseran kecil saja."

"Bagaimana awak boleh jadi cuai sangat?" Zhao Song berkata dengan penuh bimbang, mengerutkan keningnya. "Saya akan panggil doktor sekarang juga, ini kena dirawat dengan betul."

"Tak perlulah." Chu Qiao menghalangnya. "Luka kecil saja. Tak perlu jadikan perkara ini sekepal segunung, setitik menjadi laut."

"Mana boleh." Zhao Song berkerut tidak puas hati, namun dia mengerti kata-katanya bukanlah penting sangat pun bagi Chu Qiao. Jadi dia berpaling ke arah Yan Xun dan berkata, "Putera Yan, apa pendapat awak?"

Yan Xun meraih keningnya perlahan, melihat wajah pucat Chu Qiao. Keserasian di antara mereka setelah beberapa tahun ini telah membenarkan Yan Xun untuk memahami apa yang telah berlaku sebenarnya. Tanpa bertanya dengan lebih lanjut dan hanya bertanya, "Kau benar-benar okay?"

Chu Qiao mengangguk dan berkata dengan tegas, "Aku baik-baik saja."

Zhao Song merenung kedua-dua mereka, tiba-tiba terasa seperti terdapat jurang di antara mereka dan disisihkan dalam perbualan tersebut, terus mencari topik lain untuk dibicarakan, berkata, "Jadi saya akan pergi mencari ubatan." Menghabiskan ayatnya, dia terus berpaling dan beredar.

Chu Qiao mengambil tempat duduknya di belakang Yan Xun, dan lantas membongkok ke hadapan untuk berbisik kepada Yan Xun, "Orang Zhalu yang datang, mereka mencuri peti besi di kem kau tapi aku dah bunuh mereka."

Yan Xun membalas, "Benda itu tak bernilai langsung dan memang hanya digunakan sebagai umpan. Kenapa kau hendak merisikokan nyawa kau sebegitu?"

"Orang-orang suruhan Zhalu tak layak memakan umpan itu!" Chu Qiao menyentuh lukanya ringan dan menambah, "Ada satu kemalangan kecil yang berlaku saja. Ada mana-mana ahli terkemuka yang hadir di ibu negara baru-baru ini?"

"Ahli terkemuka di ibu negara?" Yan Xun berkerut, cuba untuk memahami apa yang dimaksudkan Chu Qiao. "Tiada sesiapa yang kurang pun."

"Abang Xun!" Sebuah suara manja tiba-tiba kedengaran datang daripada khalayak ramai. Seorang wanita muda yang sedang berpakaian serba ungu mendekati pemuda itu dengan gembira bersama beberapa orang suruhan di belakangnya. Senyumannya terus pudar apabila wanita itu semakin mendekati Yan Xun dan memandang dingin ke arah Chu Qiao yang terduduk di belakang Yan Xun, lantas berkata dengan penuh biadap, "Kenapa dia ada dekat sini?"

Chu Qiao terus berdiri dan menunduk hormat kepada Zhao Chun, "Puteri Kelapan."

Zhao Chun langsung tidak menoleh ke arah Chu Qiao dan terus terduduk di atas kerusi bersebelahan dengan Yan Xun dan menyatakan dengan penuh kejengkelan, "Awak tak pergi jumpa saya pun beberapa hari ini. Sebab dia dah pulang kah?"

Yan Xun serta-merta berdiri dan melangkah ke sisi Chu Qiao, berkata bersahaja, "Yan Xun risau dia akan mengganggu Tuan Puteri ketika Tuan Puteri sedang beristirahat."

"Oh sekarang bila dia dah balik awak panggil saya 'Tuan puteri'? Zhao Chun menuding jari ke arah Chu Qiao dan berkata dengan penuh kedinginan di suara, "Siapa yang benarkan kau, seorang hamba abdi, untuk masuk ke dalam tempat ini?"

Apabila dia mengucapkan kata-katanya itu, Yan Xun memberikannya pandangan yang sangat dingin dan lantas memasamkan mukanya sambil membalas, "Tuan puteri, memandangkan status tuan puteri, bagaimana tuan puteri boleh menyumpah seranah sebegitu? Saya yang membawa dia ke sini. Jangan bagitahu saya yang tuan puteri nak menghalau saya keluar juga?"

Zhao Chun mencebikkan bibir, matanya merah dan lantas menghentak-hentakkan kakinya ke tanah tanpa menjawab persoalan Yan Xun. Dia menuding ke arah Chu Qiao dan memekik, "Kau tunggu sajalah nanti!"

Dia terus beredar selepas menguturkan kata-katanya itu. Puteri-puteri yang mengekori Zhao Chun memberikan pandangan yang hina kepada Chu Qiao sebelum mengejar tuan puteri kelapan.

Chu Qiao mengeluh dan berkata dengan penuh muram, "Kenapa kau buat dia marah? Aku boleh saja keluar dari sini."

Suara pemuda yang garau itu seakan-akan mata air yang mengalir dari pergunungan-perlahan, dan lantas dia menjawab, "Aku terpaksa melayan dia semasa aku muda sebab aku tiada pilihan lain. Kalau aku masih harus melayan dia sekarang ini, maksudnya segala usaha aku selama beberapa tahun ini menjadi sia-sialah." Yan Xun terduduk di atas kerusi dan menghirup wainnya dengan perlahan. Dia kelihatan tenang, dengan bentuk muka yang jelas terpancar kekacakannya, memakai pakaian serba putih. Ditambah pula dengan rambutnya yang hitam pekat, dia kelihatan seperti sebuah lukisan di dalam potret.

Pada ketika ini, angin bertiup terus menghembus ke dalam khemah, dan semua orang lantas menoleh ke arah bertentangan apabila tirai khemah digerak-gerakkan. Seorang pemuda yang sedang memakai jubah putih keunguan melangkah ke dalam, kelihatan megah bersama kening yang seakan-akan sebilah pedang. Riak wajahnya dingin bagaikan sebuah lambang kekacakan, bagaikan sebilah pedang yang baru sahaja digilap, memberikan aura menakutkan. Namun, parut berdarah di lehernya tidak sesuai dengan seseorang yang memberikan aura sebegitu. 

Anak mata Chu Qiao mengecil apabila dia melihat jejaka itu dan lantas mengerutkan mukanya dengan ketat!

"Tuan Keempat!" Putera Kedua Wei dan juga beberapa orang putera lagi terus bergegas ke sisi pemuda itu dan berkata dengan teruja, "Dah tujuh tahun, tapi Tuan Keempat nampak lebih mengagumkan dari sebelum ini!"

Zhuge Yue tersenyum dan lantas menegur semua orang secara individu, gerak-gerinya penuh dengan kesopanan, ketawa dan juga berbual dengan orang ramai, bukan lagi seorang yang suka menyendiri akibat paranoid seperti dahulu kala. Dalam tempoh tujuh tahun, dia telah bertukar dari sebilah pidang biasa kepada pedang berharga yang mampu memancarkan kegilapannya pada bila-bila masa.

Suasana yang meriah memenuhi setiap ruang di dalam khemah di bawah cahaya yang terang-benderang. Zhuge Yue yang baru sahaja selesai bersalaman dan menegur setiap orang di dalam khemah itu terus mengesan persekitarannya dan akhirnya matanya tertumpu ke penjuru di belakang sekali.

Yan Xun sedang menghirup cawannya dengan senyap, kepalanya langsung tidak diraihkan, dadanya yang tegap telah menghalang kesemua gadis yang berada di belakangnya dan lantas menghentikan renungan mata Zhuge Yue yang dingin kepadanya.

"Putera Yan apa khabar?" Sebuah suara garau kedengaran.

Yan Xun akhirnya meraih pandangannya, melepaskan gelakan dan lantas berdiri. "Lama kita tak berjumpa, Tuan Muda Keempat Zhuge."

Zhuge Yue tersenyum dan hanya melepaskan ketawa dingin, melentokkan kepalanya sedikit untuk melihat belakang Yan Xun, lantas berkata serius, "Xing Er dah tak ingat aku ke?"

Chu Qiao mengangkat wajahnya dengan penuh ketenangan, bibirnya diraih membentuk sebuah senyuman dan lantas merenung tuan lamanya dan berkata penuh mesra, "Tuan Muda Keempat kan terkenal di seluruh dunia. Siapa saja yang tak kenal tuan?"

Setelah menghabiskan ayatnya, sebuah loceng dibunyikan dengan sembilan deringan yang panjang dan lima deringan pendek yang telah berkumandang pada setiap gegendang telinga sesiapa saja dalam lingkungan sepuluh batu. Khemah tersebut serta-merta menjadi senyap sepi dan terus semua orang melutut ke tanah dan khemah bergaung, "Daulat Tuanku!"

Tirai khemah lantas dibuka apabila angin utara menghembus masuk ke dalam khemah lantas mengelip-ngelipkan cahaya api obor yang menerangi kawasan tersebut. Di tengah-tengah kesepian khemah itu hanya kedengaran bunyi tapak kaki yang bergerak dengan penuh teratur di luar khemah dan lantas sekumpulan tentera mengelilingi kawasan khemah tersebut dengan aroma perisai besi yang telah menyelubungi setiap ruang khemah, mengatasi bau daging.

Chu Qiao mendongak ke atas dengan penuh hati-hati, namun hanya ternampak sepasang kasut but yang diperbuat daripada kulit rusa yang sedang menginjak-injak di atas permaidani berbulu beruang. Kasut tersebut bersaiz manusia biasa, disulamkan dengan corak naga yang berwarna-warni di kedua-dua belah kasut. Lelaki tersebut berjalan dengan perlahan.

"Sila bangun," Sebuah suara yang dalam namun bukanlah lantang mahupun tegas bergema daripada atas, tetapi kedengaran agak garau, bertenaga seolah-olah deruan ombak besar, menyelubungi setiap rongga khemah yang tersangatlah bising sebentar tadi. Semua orang lantas berdiri namun tiada sesiapa yang berani untuk meraihkan pandangan mereka.

Suara Maharaja Xia bergema dengan dalam daripada atas, "Sila duduk. Qi Er, teruskan."

Putera Maharaja Ketiga, Zhao Qi, membalas dengan penuh hormat, "Baiklah, ayahanda." Terus dia melangkah ke hadapan dan melaungkan, "Jamuan pada malam ini dimulakan secara rasminya. Semua orang, sila ambil tempat duduk masing-masing."

Bunyi sizhu dimainkan serta-merta, dan sekumpulan penari-penari yang berpakaian mendedahkan dengan bentuk badan yang menggiurkan mula untuk keluar dari kedua-dua belah laluan, raut wajah mereka kelihatan sangat menawan dengan kulit yang putih melepak. Tarian mereka penuh menggodakan, meliang-lentokkan lengan baju mereka yang panjang itu sambil makanan dihidangkan di atas meja. Suasana mula menjadi meriah kembali dengan teriakan gembira dan gelak ketawa.

Zhuge Yue berdiri di hadapan meja Yan Xun, renungan matanya tajam dan riak muka yang dingin menoleh ke arah gadis muda di sebelah Yan Xun itu, melihat mukanya yang tenang dan biasa dilihat namun masih degil itu. Lantas dia mengangguk perlahan, berpaling dan terus beredar tanpa mengujarkan sepatah kata, jubah yang dipusingkan mengikuti tuannya itu telah menguakkan angin hingga menyebabkan air wain yang berada di dalam gelas Yan Xun untuk berombak sedikit.

Chu Qiao tiba-tiba berasa seram sejuk yang mengalir di jari-jemarinya, emosi yang ingin dilupakan mula untuk membotol di dalam diri dan telah menyebabkan dia berkerut dengan ketat. Wanita muda itu memejamkan matanya perlahan-lahan dan lantas mengambil sebuah helaan nafas yang dalam sebelum melabuhkan punggungnya.

Secara tiba-tiba Chu Qiao terasa sebuah tangan yang menyapa bahunya, lantas dia mendongak dan bertembung dengan anak mata Yan Xun yang sedang merenung gadis itu. Pemuda itu tetap berdiam diri namun gadis is mengerti maksud yang cuba disampaikannya. Setiap kali mereka berasa sedih mahupun murung pada malam-malam yang penuh dengan kebencian seperti kini selama beberapa tahun ini, mereka sering menenangkan diri masing-masing dengan menggunakan cara ini: Teruskan bersabar dan bertolak ansur, pasti akan cahaya di hujung terowong yang gelap.

Chu Qiao mengangguk lemah di tengah-tengah kemeriahan dan perbualan yang sedang gamit itu, terus gadis itu memandang ke arah utara khemah yang sangat terang bercahaya sehingga ia boleh membutakan, dan memejamkan matanya. Setelah gadis itu membuka matanya kembali untuk melihat jejaka di hadapan lampu sorot, lampu terang itu telah membayangi dirinya dan membuatkan mukanya sukar untuk dilihat. Hanya naga-naga berwarna-warni itu sahaja yang boleh dilihat dan ia kelihatan seperti sedang menuju ke arah setiap orang yang menyimpan niat buruk, memberi amaran kepada mereka.

Dengan dentuman yang kuat kedengaran, tabernakel di pintu hadapan khemah yang rumit dan cantik itu ditarik buka dan angin sejuk terus memenuhi setiap ruang udara di dalam khemah. Barisan demi barisan obor api boleh dilihat di dataran di luar dan dalam tiga ratus buah meja dapat dilihat dengan sepintas lalu. Sesiapa yang dianggap tidak layak untuk memasuki khemah akan menunggu di diluar mengelilingi khemah utama itu. Mereka beredar dari dataran itu lantas meninggalkan satu kawasan yang tandus. Suasana di sana amatlah mengagumkan melebihi suasana dari dalam khemah, dan orang ramai di luar bersorak apabila tirai khemah dibuka.

Pada masa ini, bunyi derapan telapak kaki kuda yang sedang menderu mula bergema dari kejauhan, lantas semua mata di dataran itu menghala ke arah bunyi tersebut untuk melihat ratusan ekor kuda pertempuran yang sedang megah meluru ke arah orang ramai dengan kelajuan yang amat menakjubkan. Seratus orang askar berperisai putih keluar dari formasi mereka dan lantas menerkejutkan semua mata yang memandang, pasukan tentera itu melonjak naik ke udara daripada tempat dirian mereka ke atas kuda-kuda pertempuran dengan satu lonjakan yang teratur dan selaras.

Pihak diraja dan juga bangsawan yang sedang melihat juga memberikan sebuah sorakan mengagumkan. Di tengah-tengah pasukan tentera yang sedang menunggang kuda itu, salah seorang daripada mereka yang menonjol. Askar tersebut bergerak ke tengah-tengah dataran sambil memegang sebilah parang di tangan kirinya dan juga memegang peisai di tangan kanan, mengekang kudanya menggunakan kedua belah kaki dan terus memaparkan pelbagai gaya dan juga pergerakan yang berbeza. Gerak-geri askar tersebut lemah gemalai seolah-olah air yang mengalir namun masih mempamerkan skil yang ganas seperti dalam peretempuran. Ia merupakan sebuah aksi yang tidak dapat dilupakan. Jeneral yang sedang mengekang kuda di tengah-tengah dataran itu masih muda, sedang memakai topi keluli di kepala dan langsung melindungi wajahnya daripada dilihat, arahan yang diberikannya juga amatlah tegas dan lancar sambil mengekalkan postur badan yang tegak, sememangnya lambang seorang pahlawan yang gagah perkasa.

Setelah mengutarakan perintah, askar-askar yang lain serta-merta mengeluarkan parang mereka dan meletakkan perisai-perisai mereka di belakang kuda, seterusnya mengeluarkan busur silang yang tersemat di pinggang, mengisi busur silang tersebut dengan anak panah sambil masih menstabilkan diri mereka dengan kaki. Dengan badan yang terbalik, mereka melepaskan panahan dengan posisi mereka di bawah badan kuda dan dengan sebuah bunyi swoosh, seratus anak panah telah melayang ke arah sasaran yang telah ditetapkan.

Dengan sebuah bunyi menakjubkan, panahan-panahan tersebut yang mengandungi daya yang kuat bukan sahaja telah mematahkan papan sasaran itu kepada dua, namun ia juga telah melayangkan papan sasaran tersebut dan terus memahatkannya ke atas sebuah pokok pain gergasi. Banyak panahan yang telah menembusi anak panah-anak panah yang lain, melapiskan panahan demi panahan di atas papan sasaran.

Pada saat itu, suasana di dataran menjadi senyap sepi dan para askar kembali ke tempat duduk asal mereka di atas kuda, dan ketua kumpulan askar tersebut melonjak turun dari kudanya dengan membuat balik kuang, membuka topi keledar kelulinya dan terus melutut ke tanah sebelum mengujarkan dengan suara yang dalam dan serak, "Zhao Che berharap Ayahanda hidup dalam penuh kemakmuran dan dipanjangkan umur!"

Serta-merta orang ramai memberikan tepukan yang gemuruh kepada para pemanah yang telah menunjukkan sebuah aksi yang sangat menakjubkan.

"Che'er, Ayahanda lihat kamu dah bertambah baik setelah beberapa tahun berlatih di sempadan," Maharaja Xia yang sedang terduduk di atas takhtanya di atas berkata dengan senang hati.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C47
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login