Download App
15.75% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 46: Bab 46

Chapter 46: Bab 46

Editor: EndlessFantasy Translation

Zhama terpegun dengan kebolehan memanah Chu Qiao yang sungguh hebat. Dia mengambil masa yang lama untuk bertindak dan akhirnya dia menempik kuat, "Kau! Berdiri situ!"

"Adik," Zhalu yang sedang menahan Zhama berkata, "Majlis sudah bermula. Kita selesaikan perkara ini nanti saja." Kilauan lampu-lampu sudah kelihatan dari jauh dan menandakan bermulanya jamuan Pemburuan Musim Sejuk Empayar Xia yang pertama.

Sebelum memasuki khemah, Ah Jing cepat-cepat menyelinap ke hadapan bersebelahan Yan Xun lantas dia berbisik, "Ada penceroboh yang masuk ke pangkalan. Nak ambil tindakan?"

Yan Xun mengangkat keningnya sambil bertanya, "Siapa?"

"Saya tak tahu tapi sepertinya mereka dari suku keluarga Muhe." Jawab Ah Jing.

Chu Qiao berjalan ke hadapan dan berbisik, "Biar aku pergi tengok."

Yan Xun mengangguk dan berkata dengan nada yang dalam, "Hati-hati. Jangan gunakan seni mempertahankan diri kalau tak perlu. Jamuan dah nak bermula jadi aku tunggu kau."

"Jangan risau. Itu mesti orang-orang Zhalu yang suka menimbulkan masalah. Aku akan kembali." Setelah itu, Chu Qiao bergerak ke pangkalan bersama Ah Jing.

"Ah Chu!" Zhao Song terkebil-kebil setelah melihat Chu Qiao beredar. Dia memanggilnya dengan kuat bahkan sudah bersiap-sedia untuk mengejarnya.

"Tuanku Ketiga belas," Namun, Yan Xun sempat menarik tangan Zhao Song lantas berkata sambil ketawa, "Chu Qiao ada kerja nak diuruskan. Kita pergi dulu. Nanti dia kembalilah ya." Zhao Song dengan berat hatinya membiarkan Yan Xun mengheretnya pergi. Namun, matanya masih melirik ke arah Chu Qiao sewaktu dia berjalan.

Angin dingin meniupkan salji yang turun dan mengenai muka Chu Qiao. Bunyi derapan kuda berkumandang dan obor di tangannya mula terpadam. Hanya gugusan bintang sahaja yang kelihatan di dalam kegelapan yang dingin itu, langit kelihatan nun jauh di atas sana diiringi dengan bunyi burung helang yang terbang melintasi.

Dalam sekelip mata sahaja dia telah menghabiskan masa selama lapan tahun di dalam dinasti yang tidak diketahuinya ini. Nasib tidak pernah menyebelahi dirinya untuk dia berpeluang merasai kesedihan mahupun kegembiraan dalam kehidupannya ini. Kerajaan yang teruk, pembunuhan tanpa henti dan juga pertumpahan darah yang sering berlaku telah memaksa dirinya untuk terus berjuang. Dia tidak tahu apakah jenis halangan yang dia terpaksa tempuhi lagi tetapi yang pasti, masih banyak lagi perangkap dan tipu muslihat di luar sana. Kitaran yang tidak berpenghujung ini telah mendesak dan menghalangnya daripada berhenti mahupun berehat. Dia bukannya perompak dan jauh sekali seorang pembunuh tetapi untuk meneruskan kehidupan, dia terpaksa mengekalkan kebolehannya ini supaya dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.

Dunia ini kejam kerana semuanya dianggap sebagai suatu bentuk pengorbanan bagaikan habis madu sepah dibuang. Pada suatu masa kita sangat berguna dan bernilai tetapi setelah tidak diperlukan lagi, kita dicampak dan dikorbankan seperti tiada nilainya langsung. Oleh sebab itu, perbezaan antara menghapuskan dan menyelamatkan dunia hanya terpisah di antara satu garisan yang nipis sahaja.

"Ayuhlah!" Teriak Chu Qiao. Dia terus mara ke hadapan dengan menunggang kudanya melalui dataran yang bersalji itu.

Bunyi telapuk kaki kuda kedengaran dari jauh dan datang menghampiri mereka. Seorang lelaki yang berpakaian serba hitam menderap kudanya di dataran bersalji itu dan menyebabkan Chu Qiao dan yang lain terhenti langkah. Ah Jing berkerut sambil berkata, "Cik, ada yang tak kena dengan orang ini. Dia datang dari arah khemah kita."

Kemudian, salah seorang daripada pengawal Yan berjalan mendekati lelaki yang tidak dikenali itu. "Hei! Kau siapa?" Teriaknya.

Sebelum sempat pengawal itu mengujar lagi, pisau belati yang berkilau terbang menembusi udara sejuk dan melayang ke arahnya. Pisau belati itu bergerak dengan sepantas kilat dan mengeluarkan aura membunuh.

Ah Jing cepat-cepat membidas pisau belati itu dengan pedangnya disertai dengan bunyi lentang-lentung apabila kedua-dua bilah bertembung. Akibat daripada pertembungan itu, sedikit percikan api terpancar dan menghiasi kegelapan malam itu. Ah Jing mara ke hadapan dan berteriak, "Kau ini siapa sebenarnya? Berani betul!"

Setelah orang asing tersebut ternampak kerumunan di hadapannya, dia cepat-cepat berpatah balik dan menderapkan kudanya ke arah barat. Chu Qiao mencebik setelah melihatnya lantas dia pun mengarah, "Kejar dia!" Mereka pun menurut arahan dan mengejar lelaki misteri tersebut.

Hutan tebal yang dikelilingi oleh gunung-ganang itu disambar kegelapan malam manakala dataran bersalji di situ dipenuhi dengan kesan tapak kaki kuda yang seakan-akan seperti tapak kaki seekor raksasa. Salji yang bertiup pula menghasilkan suara yang sayu.

Tiba-tiba, bayang-bayang seakan-akan sekumpulan tentera yang menunggang kuda muncul di hadapan dan menghampiri mereka. Pergerakan mereka yang serentak serta aura untuk membunuh yang keluar daripada kumpulan iu telah berjaya mendiamkan kuda-kuda perang tersebut.

"Siapa di sana?" Suara yang kuat berkumandang. Oleh sebab keadaan yang gelap di malam hari dan juga keberadaan mereka yang jauh daripada bayang-bayang tersebut, mereka tidak dapat mengecam identiti kumpulan asing itu. Namun, bayang-bayang kumpulan itu sudah bersedia untuk menyerang Chu Qiao dan kumpulannya kerana menganggap mereka bersepakat dengan lelaki yang berpakaian serba hitam tadi. Bunyi pedang yang dihunuskan berkumandang di udara diikuti dengan anak panah yang dilepaskan ke arah Chu Qiao dan kumpulannya. Cepat sahaja pihak lawan bersiap-sedia untuk membidas mereka.

"Berhenti!" Ah Jing tiba-tiba menjerit. "Kami bukan…"

Sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya, satu anak panah datang melayang ke arahnya. Chu Qiao seorang yang lincah jadi dia sempat mengimbangi dirinya di atas kuda dengan sebelah tangan dan kemudian membingkasnya dengan menendang bahagian bawah anggota badan Ah Jing dan terus pemuda itu menerima impak yang kuat dan dengan sekilas sahaja, anak panah tadi telah menusuk tubuhnya. Walaupun anak panah tersebut tidak mengenai jantungnya, tetapi ia tertusuk teruk ke dalam bahunya.

Chu Qiao mengerutkan keningnya. Walau bagaimanapun, pihak lawan tetap membunuh sesiapa sahaja kerana mereka sememangnya kejam. Seorang wanita muda yang memakai kot berwarna putih mara ke hadapan dengan kudanya dan membuat balik kuang. Dia melutut di tanah bersama busur di tangannya dengan raut wajah yang serius. Matanya menyerupai seekor harimau kumbang yang merenung tajam dalam kegelapan dataran bersalji di hadapannya. Telinganya peka mendengar tatkala angin sejuk menghembus rambut hadapannya dan begitu juga renungannya yang sememangnya tajam.

Satu anak panah kemudiannya dilepaskan dari busur Chu Qiao menembusi udara dan menandakannya sebagai sesuatu amaran. Hujung mata anak panah itu berwarna, bercahaya dan kelihatan seakan-akan boleh menghasilkan api di udara. Ia kemudian melayang ke jarak yang jauh.

Dengan sekelip mata, bunyi busur dan panah yang seolah-olah boleh menghancurkan bumi itu kedengaran dari arah kegelapan yang bertentangan. Satu anak panah lagi melayang ke arah Chu Qiao seperti membalas serangannya sebentar tadi. Dua anak panah tersebut melayang ke arah yang sama dan diiringi dengan bunyi desiran yang kuat dengan kelajuan yang sangat pantas dan apabila kedua-dua anak panah ini bertembung di udara, ia luluh lalu jatuh ke atas dataran bersalji yang luas itu.

Chu Qiao cepat-cepat mengubah posisi memanahnya dengan pelbagai gaya mengikut kehandalan lantas telah melepaskan tujuh panahan dan setiap satu daripadanya dilepaskan ke tempat berlainan dengan kelajuan yang berbeza. Pihak lawan cuba menentang dengan kehandalan yang lebih kurang setanding dengan Chu Qiao kerana pihak lawan juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Chu Qiao. Dengan itu, bunyi pertembungan anak panah bergema di udara dan menghiasi malam tersebut. 

Namun, bunyi tersebut hilang buat seketika. Chu Qiao kemudian merenung dengan tajam. Anak panahnya hanya tinggal tiga dalam bekas anak panah jadi dia perlu menunggu masa yang sesuai untuk menyerang.

Angin kencang tiba-tiba bertiup dan menerbangkan salji-salji ke udara. Semua orang memejamkan mata mereka tanpa disedari untuk melindungi diri daripada ribut salji tersebut. Namun, hanya dua orang yang masih berusaha keras, berdiri dan memecut dengan serentak dalam kegelapan tersebut. Tiga anak panah terbang melayang ke hadapan seperti tahi bintang dan cahaya yang terpancar daripadanya sememangnya menakjubkan.

Empat anak panah bertembung sesama sendiri dan luluh sambil menghasilkan bunyi desiran. Sebaik sahaja angin mula bertiup, anak panah terakhir melayang seperti peluru berpandu. Dalam keadaan yang bersalji, anak panah tersebut menghampiri kawasan persembunyian pihak lawan dari dua arah dengan kelajuan yang pantas bak kilauan meteorit.

Deruan adrenalin mengalir laju dalam tubuh Chu Qiao lantas pergerakannya menjadi lebih kuat seperti raksasa yang baru terjaga. Dia melemparkan busurnya ke tepi dan membingkas dengan menggunakan kekuatan abdomennya dan tangan kanannya sebagai sokongan. Walau bagaimanapun, anak panah tersebut berjaya bergeser dengan lehernya dan sudah tentu sekali meninggalkan kesan luka padanya.

"Cik!" Pengawal-pengawal Yan yang terkejut cepat-cepat berlari ke sisinya. Chu Qiao berdiri dan cuba menggunakan tangannya untuk menghentikan luka yang meleleh keluar dari lehernya. Dia tidak berkata apa-apa dan hanya sekadar menjeling dingin ke arah kegelapan yang bertentangan. Dia tahu pihak lawan juga cuba untuk mengelak "peluru berpandu" miliknya dan turut tercedera.

Kesenyapan mula melanda malam itu. Tiada tanda-tanda atau sebarang bunyi dan Chu Qiao boleh merasai yang pihak lawan sedang menjeling ke arahnya dengan dingin dan kejam sekali di malam yang kelam itu.

Bunyi burung helang tiba-tiba bergaung di langit. Dalam kegelapan yang memisahkan dua kumpulan itu, bayang-bayang tadi tiba-tiba muncul. Orang asing yang berpakaian serba hitam dan berada dalam posisi meniarap sebelum ini, tiba-tiba bangun dan memecut seperti meriam untuk melarikan diri.

Pada masa yang sama juga, Chu Qiao dan pihak lawan masing-masing menghunuskan pedang dari pinggang mereka lantas melemparkannya ke arah lelaki tersebut. Lelaki tersebut bergegar dan matanya terbeliak. Dia melihat ke bahagian bawah tubuhnya dan mendapati dua bilah pedang telah tertusuk padanya. Dia akhirnya jatuh berdebup di dataran yang bersalji itu. 

Masa bergerak begitu perlahan. Kedua-dua pihak hanya terdiam, kemudian salah seorang pembantu mara ke hadapan. Setelah melihat pihak lawan tidak memberikan tindak balas, dia menjerit, "Wahai sahabat di sebelah sana, kita sedang cuba untuk menangkap pencuri. Apa yang terjadi tadi hanyalah salah faham."

Pihak lawan tidak membalas.

Pembantu yang lain iaitu Zuo Tang, menunggang kudanya ke hadapan dan dengan sekelip mata bunyi tapak kaki kuda kedengaran di arah bertentangan.

"Cik," Zuo Tan kembali dengan segera dan melompat turun dari kudanya. Dia memulangkan pedang Chu Qiao dan berkata dengan nada yang dalam, "Ini pedang cik."

Chu Qiao hanya berkerut. "Dari mana mereka datang?"

"Entahlah," Balas Zuo Tang. "Mereka di sebelah sana nampak seperti berpakaian hitam dan tak dikenali. Saya tak pernah jumpa mereka sebelum ini."

Chu Qiao hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Dia hanya berkerut sewaktu mengambil pedangnya kembali.

Ini pedang yang ganjil. Pedang tersebut mempunyai rupa purba serta sangat nipis dan ringan. Kesan tompokan darah pun masih tercalit padanya. Matanya pula tajam dan bersinar bak merkuri setelah dipantulkan oleh cahaya bulan yang terang manakala pemegangnya pula dibaluti dengan sutera emas bersama dua perkataan purba "Po Yue" yang terpahat padanya.

Chu Qiao mengerutkan dahinya lagi sambil menyentuh pemegangnya. "Ini bukan pedang saya." Zuo Tang terperanjat dan cepat-cepat membalas, "Saya akan mencari mereka dan pulangkannya kembali." Setelah itu, bunyi tapak kaki kuda bergema lagi dari arah bertentangan dan menyebabkan salji bertaburan buat kali terakhir sebelum mereka yang dari arah bertentangan segera menghilangkan diri.

"Kamu tak akan mampu untuk mengejar mereka," Chu Qiao berkata sambil memasukkan pedang itu kembali ke dalam sarungnya. Dia berasa terkejut apabila pedang tersebut padan dengan sarung pedangnya.

"Bawa balik mayat itu. Ah Jing, pergi balik ke khemah dan rawat luka kamu. Yang lain semua ikut saya ke khemah diraja." Chu Qiao berkata dengan semangat lantas mengetuai yang lain ke destinasi mereka. Sebaik sahaja tiba di dataran hadapan khemah diraja, mereka berasa seperti sudah memasuki dunia lain kerana bau daging dan gelak tawa telah memenuhi rongga udara. Chu Qiao kemudiannya menyerahkan senjatanya kepada pengawal lalu ditemani masuk ke dalam.

Khemah diraja sangat besar dan terdapat 36 buah meja terbentang di dalamnya. Hampir semua orang sudah tiba sewaktu Chu Qiao tiba dan oleh sebab Maharaja belum lagi tiba, khemah tersebut agak riuh-rendah.

Chu Qiao hanyalah seorang gaji jadi dia tidak boleh merayau sesuka hati. Dia memerhatikan keadaan sekeliling dan berjalan ke kawasan yang kekurangan orang dan seperti yang dijangkakan, dia ternampak Yan Xun yang begitu segak dengan jubah putihnya. Dia mempunyai ekspresi muka yang tenang sambil menghirup teh di tempat duduknya itu. Zhao Song berdiri di sebelahnya sambil menggaru telinga dan dia kelihatan begitu resah.

"Tuanku." Chu Qiao menuju ke arah mereka. Sebelum dia sempat berkata lagi, Zhao Song sudah menyampuk dan mula membuat kecoh, "Ah! Ah Chu, kenapa dengan awak? Awak tercedera?"


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C46
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login