Download App
14.38% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 42: Bab 42

Chapter 42: Bab 42

Editor: EndlessFantasy Translation

Chu Qiao berasa terharu lantas dia menepuk lembut bahu Zhao Song sambil berkata, "Jangan risau. Saya ada rancangan saya."

Zhao Song mengeluh. "Sia-sia saja saya risaukan awak padahal awak dah ada rancangan awak sendiri."

"Bukan macam itulah." Chu Qiao ketawa dan berkata, "Saya hanya terharu sebab awak cakap tadi yang awak risaukan saya jadi maknanya awak masih menganggap saya sebagai seorang rakanlah kan?"

"Betul ke ni?" Raut wajah Zhao Song terus berubah dari risau ke ceria. "Kalau begitu, tak payahlah balik ke Yan Bei dengan Yan Xun. Awak tinggal je dekat ibu negeri dengan saya."

"Tak boleh," Chu Qiao bertegas. "Yang lain saya setuju tapi bukan hal tu."

Zhao Song mengeluh sekali lagi dan wajahnya kembali suram.

Mereka berdua telah mengenali antara satu sama lain lebih kurang enam ke tujuh tahun. Sewaktu Yan Xun mula-mula tiba di istana, semua orang menganggap Chu Qiao sebagai seorang pengawal wanita, tiada seorang pun yang mencurigainya mahupun menyiasat latar belakangnya. Semua orang yang mengetahui tentang Yan Xun telah dihapuskan dan tiada seorang pun dari keluarga Zhuge yang berpeluang untuk berjumpa Chu Qiao di istana. Satu-satunya orang yang mengetahui segalanya ialah Zhuge Yue. Namun, dia hanya berdiam diri. Sebulan selepas kejadian tersebut berlaku, dia telah beredar ke Pergunungan Wolong dan tidak pernah kembali ke Zhen Huang lagi.

Semua golongan bangsawan bongkak ini pernah melihat Chu Qiao di medan buruan dari mula lagi tetapi siapa yang hendak pedulikan hamba abdi sepertinya? Sungguhpun Wei Jing sangat membencikan Chu Qiao, dia hanya menganggap Chu Qiao sebagai orang gaji Yan Xun. Jadi, setiap kali dia ingin membalas dendam, dia akan berhadapan terus dengan Yan Xun tanpa diketahui oleh sesiapa.

Namun, hari-hari tenang Yan Xun dan Chu Qiao telah berakhir apabila mereka bertemu dengan Zhao Song. Si putera muda ini mengecam Chu Qiao dari kediaman Zhuge kerana dia sering memperlekehkan putera itu setiap kali mereka berjumpa. Tetapi, dia tidak pernah membuka mulut. Sewaktu golongan bangsawan ingin menjatuhkan Yan Xun, dia malah pergi membantu kedua-dua Yan Xun dan Chu Qiao secara senyap. Jadi, dalam erti kata lain, Zhao Song merupakan satu-satunya rakan Yan Xun dan Chu Qiao dalam ibu negeri.

Malang sekali Zhao Song ialah anak kepada Zhao Zhengde dan Putera Empayar Xia kerana perkara itu sudah cukup bagi Yan Xun untuk membalas dendam.

"Ah Chu," Zhao Song menghulurkan kotak itu dan berkata, "Nah, ini untuk awak."

Chu Qiao terpaku, "Takkan saya nak ambil harta awak ni?"

"Ambillah." Zhao Song terus meletakkan kotak itu ke telapak tangannya. "Ia tak bernilai apa-apa untuk saya. Awak pun tahu yang saya cepat bosan kan? Sebelum saya bagi pada orang lain nanti, lebih baik saya bagi awak sekarang. Badan awak tu lemah. Yan Xun si dingin tu pasti menyuruh awak untuk melakukan tugas walaupun dengan cuaca sejuk macam ni. Dengar kata awak baru pulang dari wilayah utara, kan?"

"Ya." Chu Qiao mengangguk dan berkata, "Saya ke sana atas urusan kecil untuk tuan putera."

"Saya ada kot berbulu yang diberi oleh rakyat Si Se Ee. Kot tu memang sangat panas. Nanti saya suruh orang gaji saya hantar ke tempat awak. Jangan lupa pakai tahu."

"Okey." Chu Qiao tersenyum. "Terima kasih."

"Kalau begitu, saya nak balik dulu."

Chu Qiao berasa hairan dan bertanya, "Awak tak sertai pemburuan tu nanti?"

Zhao Song menggelengkan kepalanya dan berkata, "Buruan tu kan ada banyak hari dan hari ni buruan manusia. Tak naklah saya tengok hamba-hamba muda tu dibunuh seperti tu. Saya ke sini untuk berjumpa awak saja. Dah habis ni, saya nak baliklah."

Chu Qiao mengangguk. Sebelum sempat dia mengujar apa-apa lagi, suara nyaring di belakangnya berkumandang, "Alahai! Bukan itu maksud sayalah!"

Mereka berdua menoleh untuk melihat dua orang remaja yang berusia lebih kurang 16 dan 17 tahun yang berdiri di hadapan khemah Zhao Song. Mereka berdiri sebelah menyebelah dan kelihatan seiras. Salah seorang daripada mereka mempunyai kening yang tebal berserta renungan yang tajam, memakai jubah biru bersama kot di bahunya dan menampakkan dirinya kuat seperti seekor harimau bintang. Seorang lagi memakai kot kelabu berbulu yang nampak lusuh dan pendek kerana ia hanya mencecah paras pahanya sahaja, renungannya dingin dan tajam. Di belakang mereka terdapat beberapa orang gaji tanpa pedati di luar khemah.

Remaja berjubah biru merenung dingin ke arah sida-sida muda dari kelas kedua lantas berteriak, "Kalau kamu tak maksudkannya, maksud kamu apa sebenarnya?"

Sida-sida muda itu ditendang ke tepi dengan kuat dan lantas dia mengerang kesakitan kerana hampir patah tangan dibuatnya. "Maksud saya khemah ini untuk Tuanku ketiga belas. Jadi, Tuanku keenam belas tak boleh gunakannya." Jawabnya sambil menahan kesakitan.

Dengan sepantas kilat, dia menggenggam tengkuk baju sida-sida itu dan mendesaknya, "Dah tu mana tempat aku?" Suaranya dalam dan meremang ketika bercakap.

"Tuanku…Tuanku ditempatkan di sebelah barat hutan."

"Yakah?" Remaja itu mendengus. "Bagus ke tempat tu? Kalau tak silap, ia berada di sebelah kandang kuda dan banyak haiwan."

"Itu…itu…Kami akan berhati-hati supaya haiwan-haiwan itu tidak mengganggu Tuanku keenam belas pada waktu malam."

"Yu Delu!" Remaja itu kemudiannya mengamuk, "Berani betul kau!"

"Enam belas!" Seseorang yang bersuara dalam tiba-tiba bersuara. Remaja yang berkot kelabu menahannya sambil berkata, "Jangan cari masalah."

"Apa pulak?" Dengusnya lagi. "Abang keempat belas, saya tak faham. Kita semua anak ayahanda tapi kenapa setengah dimanjakan dan setengah lagi dicampak macam tu saja? Orang gaji ni semua memperlekehkan kita tahu tak?"

"Berhenti." Tuanku keempat belas kemudian menoleh dan berkata kepada Yu Delu, "Sida-sida Lu, boleh tak tunjukkan jalan ke khemah kami?"

"Ya, boleh." Yu Delu tersandung sewaktu menunjukkan jalan kepada mereka.

"Tunggu!" Zhao Song tiba-tiba menjerit sambil berjalan ke hadapan.

Apabila tuanku keenam belas melihatnya, dia menjeling ke arah Zhao Song dan menuju ke arahnya tetapi tuanku keempat belas sempat menariknya.

"Abang ketiga belas." Zhao Song mengangguk dan berkata ke Yu Delu, "Sida-sida Lu, saya tak ambil bahagian dalam pemburuan hari ni. Biar adik keempat belas dan enam belas tinggal di dalam khemah saya."

Yu Delu terkesima dan memandang Zhao Song dengan curiga. "Kalau macam itu, esok dan lusa pun? Tuanku ketiga belas memang tak nak datang ke sini ke?" Soalnya.

Zhao Song hanya ketawa dan berkata, "Esok kita bincang lain. Saya okey je kalau nak tinggal di sebelah haiwan. Waktu kecil kan saya tidur di kandang kuda. Okey je."

"Itu…" Sebelum Yu Delu bercakap, tuanku keempat belas menyampuk. "Terima kasih, abang ketiga belas atas kebaikan abang tu. Adik keenam belas ni masih muda dan naïf, tetapi khemah ni milik abang. Jom pergi, dik." Lantas dia berpaling dan meninggalkan khemah itu sambil mengheret putera keenam belas bersamanya. Yu Delu masih terpegun tetapi cepat-cepat mengejar mereka sebaik sahaja tersedar.

"Itu adik keempat belas saya, Yang. Dia tu payah sikit nak diuruskan. Awak mesti tak pernah jumpa dia sebab ibunya diberikan kepada maharaja oleh rakyat Han Jia. Jadi mereka lahir dengan status rendah dan sering berkeliaran dalam istana Xi Wu. Rasanya tak pernah ke tempat awak pun."

Chu Qiao hanya mengangguk. 

"Okeylah, saya pergi dulu. Awak baliklah ke Yan Xun. Hati-hati dengan Zhuge Yue. Saya ternampak dia semalam, dia bukan macam dulu lagi jadi awak hati-hatilah ya."

Chu Qiao mengangguk dan berkata. "Faham."

Zhao Song mengumpulkan pengawalnya sewaktu menunggang kuda. Sebelum beredar, dia menoleh untuk mengingati Chu Qiao lagi, "Kalau tak buat apa-apa, jangan keluar. Jing Han dan yang lain kenal awak. Jangan sampai mereka nampak awak pula. Lagipun Wei Jing dah kembali jadi awak dan Yan Xun perlu berhati-hati bila jumpa dia. Kalau ada apa-apa, cepat-cepat hantar orang untuk beritahu saya."

Chu Qiao hanya mampu mengeluh panjang dan berkata, "Ya saya tahu. Sudahlah, pergi cepat."

"Ingat! Kalau apa-apa berlaku, cepat-cepat hantar orang untuk beritahu saya. Jangan jadi bodoh dan cuba untuk menyelesaikannya seorang diri pula."

Chu Qiao tidak tahu sama ada dia patut ketawa atau menangis lantas dia pun berkata, "Baliklah cepat, sudah hendak malam ini."

"Ceh." Zhao Song akhirnya pergi sambil menggumam, "Saya tahulah awak nak saya pergi tapi jangan keras hati sangat boleh tak? Lambat-laun pasti awak sedar siapa yang lebih pedulikan awak." Dengan sekali teriakan, Zhao Song pergi meninggalkannya bersama orang-orang suruhannya.

Chu Qiao melihat susuk tubuh Zhao Song yang menunggang kuda perlahan-lahan menghilang dari pandangannya. Tiba-tiba, kehangatan senja barat menyebabkannya terlupa akan angin barat yang dingin.

Chu Qiao merentasi hutan barat untuk pulang. Dari jauh, dia ternampak putera keempat belas, Zhao Yang dan putera keenam belas, Zhao Xiang sedang mendirikan khemah bersama orang gaji mereka. Chu Qiao memastikan dia mengecam wajah mereka dan setelah itu barulah dia berjalan pulang ke khemah Yan Xun.

Apabila dia membuka penutup itu, bau rumput menusuk hidungnya. Yan Xun tidak menoleh ke arahnya kerana dia kelihatan seperti sedang menulis sesuatu. Kemudian barulah dia bertanya, "Zhao Song dah pulang?"

Chu Qiao memandang ke arah Yan Xun sambil melabuhkan punggungnya di sebelah pendiang untuk memanaskan tangannya. "Kau memang bijak."

Yan Xun mengeluh lantas meletakkan dokumen yang sedang ditulisnya itu. Setelah meletakkan pennya, dia berkata, "Dia memang tak suka permainan seperti ini sejak kecil lagi jadi tak hairan pun kalau dia pulang."

Setelah mendengar Yan Xun menggunakan perkataan 'permainan' untuk menggambarkan pemburuan itu, Chu Qiao berasa sesuatu yang dingin di dalam hatinya. Dia pun berkata, "Dia tak sanggup nak main permainan ni. Kau pula?"

Yan Xun mengerutkan dahi dan berkata, "Masa lampau atau sekarang?"

"Semua."

"Ah Chu," Yan Xun berjalan ke arah Chu Qiao dan berlutut di sebelahnya, "Kau tahu kenapa ayah aku gagal?"

Chu Qiao memandangnya tanpa sebarang kata-kata.

Yan Xun tertawa kecil bersama senyuman kelat yang tersirat dengan perasaan kejam. "Dia tewas kerana dia terlalu baik hati dan percaya sangat pada persahabatan. Dia dah ada peluang untuk menggulingkan maharaja sekarang dan merampas takhta tu untuk dirinya sendiri dengan membawa suku keluarga Yan kembali ke keturunan suku keluarga Zhao dulu, tapi dia tak lakukannya. Lepas itu dia dah ada peluang untuk bunuh Jeneral Meng Zhen yang menawannya tapi dia tak lakukan. Akhirnya tengoklah apa yang terjadi. Zhao Zhengde membunuh seluruh keluarganya dan penggal kepalanya. Sebaik saja aku jejakkan kaki aku di istana Sheng Jin, aku bersumpah yang aku takkan jadi seperti dia."

Pemuda Yan Xun berdiri dengan megah dengan renungan yang gelap bak laut dalam. Dia berjalan keluar dan berhenti sejurus dia mengangkat langsir khemah. "Kalau kau tak boleh terima, duduk dalam khemah. Jangan keluar tengok." Katanya dengan nada yang dalam.

Bulan penuh menghiasi langit malam yang tidak berbintang. Laungan muzik berkumandang di udara, disertai dengan tarian di arena pemburuan utama. Empayar Xia menghormati seni mempertahankan diri dan rakyatnya begitu teguh, jadi bagi memperingati semangat nomad nenek moyang mereka, empayar tersebut akan mengadakan dua pemburuan dalam setahun iaitu pada musim bunga dan pada musim luruh.

Namun begitu, sekarang masih lagi awal musim bunga. Di Hong Chuan, salji akan turun berterusan sehingga bulan Mei atau Jun pada setiap tahun. Musim sejuk mereka tersangatlah panjang tetapi musim panas mereka hanya sekejap. Sekali sekala suara orang berbual terdengar di hutan yang berdekatan dan Chu Qiao tahu suara-suara itu datang daripada askar-askar yang memburu harimau dan beruang supaya pemburuan esok dapat berjalan dengan lancar.

Jing Yue'er memakai jaket mink putih dengan kot berbulu di bahunya. Butnya juga berwarna putih dan menampakkan rambut dan renungannya lebih gelap dari biasa. Dia nampak berusia walaupun raut wajahnya tidak kelihatan begitu matang. Namun begitu, Jing Yue'er akan menjadi seorang yang jelita dan mengeluarkan daya tarikan dan aura kejelitaannya sendiri.

Walaupun pendiang mengeluarkan kehangatan di sekitar khemah, tapi dia mempunyai angin yang tidak baik dan tidak dapat digambarkan dalam dirinya. Dia berjalan ke sebelah barat laut kawasan perkhemahan dan berasa resah setelah mendengar laungan muzik di udara. Terdetik satu perasaan dalam dirinya yang sudah lama terpendam.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C42
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login