Download App
14.04% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 41: Bab 41

Chapter 41: Bab 41

Editor: EndlessFantasy Translation

Yan Xun yang tidak layak untuk menghadiri jamuan itu sedang merapikan pokok bonsainya ketika Chu Qiao meluru ke dalam dan waktu itulah Chu Qiao memberitahunya tentang apa yang telah disaksikan tempoh hari. Tanpa rasa terkejut, pemuda itu hanya bergumam sambil membongkokkan badan ke arah pokok.

Chu Qiao menelengkan kepalanya sambil berfikir panjang, dan lantas dia menghulurkan gunting sambil berbisik, "Awak maksudkan yang Zhao Che dah pulang tetapi tak berniat untuk membantu Zhao Jue?"

Yan Xun hanya tersenyum kecil. "Muhe Nayun hanya ada dua orang anak lelaki. Jika Muhe ingin menandingi Wei untuk takhta Putera Mahkota, mereka hanya mampu memilih salah seorang daripada mereka sahaja. Zhao Che menghabiskan masa selama empat tahun di sempadan yang jauh dari ibu negeri. Entah apalah yang difikirkannya. Dalam keluarga empayar, persaudaraan kuat dalam keluarga Zhao, hehe."

Gunting tajam yang digunakan itu dapat memotong batang orkid yang rapuh dengan mudah. Di dalam sebuah bekas terdapat bunga orkid yang sangat berharga, dihantar dari Jalan Nan Jiang ke ibu negeri dengan tunggangan kuda. Bekas itu diletakkan di bilik bunga. Chu Qiao merengek sedih apabila melihat Yan Xun membuang pokok cendarik itu ke hujung, dan lantas pemuda itu mengambil sebuah bekas lain dan mula merapikan pokok bunga sekali lagi.

"Buat masa ini, puak Muhe sama seperti aku; mereka hanya boleh merapikan satu pokok sahaja. Mereka tiada pilihan lain." Yan Xun tersenyum kecil. "Siapa yang mengarahkan kedai bunga untuk menghantar dua bekas pokok orkid ke istana sahaja?"

Di luar rumah, salji memenuhi udara pada malam tanpa bintang mahupun berbulan. Chu Qiao tiba-tiba tersedar rancangan mereka berdua untuk mencelakakan Zhao Che empat tahun lalu telah gagal dengan teruk. Putera yang pada suatu ketika dahulu dibenci oleh kedua-dua keluarga Wei dan Majlis Ketua-ketua Terhormat telah berjaya menaiki takhta dan kembali ke ibu negeri sekali lagi dengan hati yang dipenuhi hasrat dendam dan kebencian. Walaupun dia tidak mengetahui siapa musuh sebenarnya, namun Yan Xun dan Chu Qiao perlu lebih berhati-hati selepas ini.

"Kau tak perlu risau." Yan Xun menepuk lembut bahu Chu Qiao. "Kebangkitan Zhao Che bukanlah sesuatu yang teruk sangat pun. Jika dibandingkan dengan Wei Jing yang kejam dan Zhuge Yue yang kurang mesra, kelemahan putera ini sangat ketara."

Malam itu, Putera Kelapan Zhao Jue yang sangat dimanjakan oleh Maharaja telah dihukum mati secara senyap dalam Kediaman Negeri di ibu negeri dan semuanya berjalan dengan lancar. Tubuhnya dibawa keluar dari ibu negeri melalui pintu pagar Xi An, lenyap di malam hari. Tiada sesiapa yang mengetahui tentang dosa yang telah dilakukan olehnya dan tiada sesiapa yang ingin memperbesar perkara ini. Semua orang mengetahui ini kali pertama Maharaja Zhao Zhengde menjatuhkan hukuman mati itu sendiri setelah peristiwa yang berlaku di Platform Jiu You selepas kematian keluarga Yan. Oleh itu, sudah pasti dia mempunyai sebab untuk mati, sama seperti Yan Shicheng. Bagi pesalah semua kejadian ini, tidak penting lagi untuk mengetahui siapa yang terlibat.

Tujuh hari kemudian, Putera Li Ce dari Empayar Tang akan mengetuai utusan untuk melawat ke Empayar Xia. Pada masa yang sama, dia juga akan memilih sendiri salah seorang puteri Maharaja Xia untuk dijadikan sebagai isteri. Ini hak yang diperjuangkan setelah berkali-kali dia cuba untuk membunuh diri dengan menggantung diri dan juga menelan toksin. Selaku anak tunggal kepada Maharaja Tang, Li Ce kambing hitam dalam keluarga maharaja, dia tidak pernah hiraukan kuasa ataupun autoriti dan dia hanya sukakan sajak dan wanita cantik. Hanya orang yang tidak pernah melalui kepayahan dan penderitaan sahaja yang boleh hidup senang-lenang sebegitu.

Sewaktu putera-putera Empayar Xia senyap-senyap berperang sesama sendiri, Putera Li Ce, yang menggelarkan dirinya sendiri sebagai bakat terunggul Empayar Tang menghampiri Ibu Negeri Zhen Huang.

Chu Qiao meletakkan buah caturnya yang terakhir dan memenangi potongan kek yang terakhir terletak di belakang Yan Xun. Dia mengujar perlahan, "Walaupun aku terpaksa berteka-teki siapa yang akan membunuh paling ramai orang di arena Xiao Wu esok, aku tahu yang kau mesti kelaparan malam ini."

Yan Xun ketawa lembut sambil mengalihkan pandangannya ke luar jendela. Dia ternampak pokok pear yang berdiri megah di timbunan salji, mengeluarkan daya tarikannya sendiri.

"Ah Chu, kau masih ingat lagi tentang botol Yu Lan Chun yang kita tanam di bawah pokok itu tiga tahun lepas?"

"Mestilah ingat." Chi Qiao tersenyum. "Kita membuat pakatan untuk minumnya sehari sebelum kita pulang ke Yan Bei."

Yan Xun menutup matanya perlahan-lahan dan menghidu. "Aku rasa aku boleh menghidu bau wain sekarang. Aku ini tergopoh sangat ke?"

Chu Qiao menggelengkan kepalanya dan berkata, "Kau tak pernah tergopoh. Kau hanya dah menunggu saat ni buat masa yang sangat lama."

Apabila tergelincirnya matahari, lantai yang dipenuhi salji diganti dengan warna kemerah-merahan. Angin utara Zhen Huang pun bertiup, menandakan musim bunga yang sejuk kembali lagi. Hutan menjadi sejuk, begitu juga daratan yang dipenuhi salji.

"Xi Er." Sekumpulan askar berarak bersama seorang lelaki berpakaian cantik yang terduduk di atas pedati mewah di sepanjang jalan yang dipenuhi salji . Dia menghulurkan tangannya yang putih dan runcing sambil melemparkan jelingan yang nakal kepada wanita yang mempunyai susuk tubuh yang menawan dan rupa paras yang cantik. Lelaki itu berkata, "Tangan saya sejuk."

Xi Er tertawa kecil sambil perlahan-lahan membuka lapel bajunya, menampakkan buah dadanya yang besar. Bajunya yang nipis membuatkan putingnya terserlah. Kemudian dia memikat, "Biar Xi Er panaskan."

Lelaki itu mencapai ke dalam lapel bajunya dan lantas menggenggamnya dengan lembut. Dengan tercungap-cungap dia bertanya, "Xi Er, ini apa?"

Wanita itu mendesah dan terjatuh ke dalam pangkuan pemuda itu, renungannya penuh menggoda diiringi dengan tawa kecilnya, "Puteraku, inilah 'alat pemanas'."

"Ya ke?" Lelaki itu mengerutkan mukanya sambil mengusap wanita itu lembut dengan jari-jemarinya. "Bagusnya 'alat pemanas' ni." Suaranya mula menjadi serak, "Mari panaskan aku, si cantik manis."

Perjalanan begitu sukar untuk ditempuhi pada waktu malam. Bagi keluarga-keluarga terhormat, terdapat pelbagai cara bagi mereka untuk menikmati masa tidur mereka.

Ibu negeri Zhen Huang menjadi semakin meriah. Setelah lapan tahun, dia kini kembali.

Dataran bersalji tiada penghujungnya. Chu Qiao menunggang kuda bersama kenangan lampau yang menyelubungi fikirannya. Lapan tahun lalu, di dataran bersalji inilah kali pertama dia melihat tanah barat Mongolia untuk kali pertamanya. Bau darah dan pembunuhan yang menyayat hati memenuhi udara dan bertiup ke arahnya. Dia berpakaian selekeh dan hanya mampu berlari berkaki ayam seumur hidupnya dalam keluasan tanah ini. Tetapi masa lampau telah berlalu dan dia kini sedang menunggang kuda, menghadap sangkar yang penuh dengan kanak-kanak yang menggigil ketakutan. Busur yang dipegangnya kelihatan seperti hancur berkecai.

"Ah Chu." Yan Xun mengawal kudanya untuk bergerak ke hadapan sambil memandang ke arah Chu Qiao. Dia mengerutkan mukanya dan berkata, "Apa yang terjadi?"

"Tiada apa-apa." Chu Qiao menggelengkan kepala dan membalas, "Aku okey."

Sorakan yang gemuruh disertai dengan bunyi deruman gendang. Walaupun dengan keadaan cuaca yang sangat sejuk, lelaki tanpa sebarang baju yang berada di atas platform sedang memukul gendang dengan penuh semangat dan bunyi deruman gendang yang kuat seolah-olah dapat menggetarkan jiwa dari kejauhan. Sekumpulan lelaki itu sudah dibasahi peluh dan mempunyai reben merah yang diikat di kepala ketika mereka menggendang dan bersorak. Orang gaji dari suku keluarga Muhe berteriak serentak, dengan setiap seorang daripada mereka mengenakan baju zirah Hai Sha Qing yang berkualiti tinggi, berserta tali pinggang keemasan yang diikat di pinggang mereka. Mereka berdiri bersama, memantulkan cahaya matahari daripada tali pinggang dan sekaligus menyilaukan mata orang yang melihatnya. Mereka nampak berkuasa dan kaya namun mereka juga kelihatan seperti sekumpulan orang gasar yang berlagak.

"Suku keluarga Muhe layak digelar keluarga utama dalam Majlis Ketua-ketua Terhormat. Orang gaji mereka pun dipakaikan baju zirah Hai Sha Qing. Memang terbukti kekuasaan dan kekayaan mereka."

Chu Qiao berpaling ke sisinya. Di sebalik bendera, dia ternampak seorang putera kacak dengan mata yang kecil yang sedang terduduk di bawah khemah ungu. Dia masih belum berusia 19 tahun. Kulitnya begitu putih serta berambut hitam lebat. Dia memakai kot yang diperbuat daripada bulu burung Nan Huang, serta bersulamkan burung helang di kolar baju lantas kelihatan lebih menyerlah. Chu Qiao sudah berkenalan dengan lelaki ini malah dia berjumpa dengan pemuda itu di sini dan dalam musim yang sama, tetapi pada masa itu lelaki itu telah menghalakan anak panahnya terus kepada Chu Qiao.

Tuan kedua Wei menghirup tehnya sambil tersenyum dan bergerak ke arah anak Raja Ling lalu berkata, "Zhong Yan, Raja Ling dianggap kaya, tapi dia mempunyai kebolehan untuk mempersenjatai pengawal peribadinya dengan Batu Hai Qing ke?"

Zhao Zhongyan berusia dalam lingkungan 20 tahun dan kelihatan seperti seorang lelaki yang berbudi bahasa. Setelah mendengar apa yang diuturkan, dia lantas tertawa dan berkata, "Kami hanyalah sebuah negara kecil yang bersempadan dengan Sungai Ling, bagaimana kami boleh memperoleh duit sebanyak itu? Kau pasti bergurau kan, Wei Jing?"

"Batu Hai Qing bukanlah apa sangat pun. Jika saya persiapkan angkatan tentera dengan Kasa Bi Luo menjelang esok, barulah hebat."

Putera kedua Wei dan putera kepada Raja Ling tertawa kecil. Anak lelaki sulung kepada Jeneral Yueying, Le Yi menepuk bahu anak muda itu sambil ketawa dan berkata, "Tuanku yang ketiga belas, jika Tuanku betul-betul mempersenjatai angkatan tentera dengan Kasa Bi Luo, Putera Tang pun pasti akan menyerah kalah."

Zhao Song mengerut dahinya. Sebelum dia mula bercakap, dia ternampak kelibat seorang jejaka kacak yang kurus kering di sebalik bendera yang dikawal rapi. Dia cepat-cepat bangun dari tempat duduknya dan berlari keluar. Sambil berlari, dia berteriak, "Kita akan bincang perkara tadi apabila aku kembali!"

"Ha, kau pun berada di sini!" Dia sempat menarik tangan seorang gadis daripada sekerumunan manusia itu sambil berteriak keterujaan.

Yan Xun yang berdiri di belakang Chu Qiao mengecilkan matanya. Lantas dia menunduk dengan lembut, "Tuanku yang ketiga belas." 

"Putera Yan, dah lama tak berjumpa, kamu apa khabar?"

Yan Xun hanya tersengih sambil mengangguk. "Saya cuma seorang yang bebas, merayau di Istana Ying Ge tanpa sebarang tujuan sepanjang hari ."

"Hehe, janganlah terlalu merendahkan diri," Zhao Song berkata sambil tersenyum dan menampakkan giginya yang putih berseri itu. "Beberapa hari lepas Encik Fu datang dan membawa sajak kamu dan membacanya kepada kami." Dia mengeluh. "Kenapa kamu perlu gunakan perkataan-perkataan yang sukar nak difahami? Saya tak faham apa yang kamu cuba sampaikan walaupun setelah melihatnya hampir separuh hari. Akhirnya, saya dihukum dan terpaksa menulis sajak kamu sebanyak 200 kali. Orang gaji saya, Dezi masih menolong aku menulisnya di istana sekarang ini."

"Oh? Tuanku yang ketiga belas masih belum mendapat ijazah dari Kolej Diraja?"

"Saya masih ada tiga bulan lagi," ujar Zhao Song lalu berpaling ke Chu Qiao. Dia tertawa dan berkata, "Akhirnya saya akan berusia 18 tahun dalam masa tiga bulan lagi. Kemudian bolehlah saya berkahwin dengan puteri dan bina sebuah keluarga."

"Ya ke?" Yan Xun berkata, "Kalau begitu, saya patut ucapkan tahniah kepada Tuanku."

"Tak perlu pun selagi kamu bawakan saya hadiah yang besar," kata Zhao Song sambil tertawa kecil dan menarik lengan baju Chu Qiao. "Putera Yan, boleh saya pinjam orang gaji kamu sekejap?"

Yan Xun memandang Chu Qiao. Dia nampak seperti tidak membantahnya jadi Yan Xun senyum dan mengangguk.

"Haha! Terima kasih banyak, Putera Yan! Ah Chu, jom ikut saya!"

Kedua-dua mereka lenyap di sebalik sekerumunan orang dalam sekelip mata. Yan Xun memakai jubah hitam bersama rambutnya yang bersinar serta renungannya bak lautan yang tiada penghujungnya. Namun begitu, pandangan matanya terus berubah dingin setelah Chu Qiao menghilang dari pandangan.

"Ah Chu, cuba kamu tengok, apa benda ini?"

Chu Qiao mengangkat kotak emas yang dilindungi oleh Zhao Song dengan berhati-hati dan ternampak banyak batang panjang yang mempunyai serbuk merah di atasnya setelah gadis itu membukanya. Nampak seperti biasa dilihat.

"Mancis?" Dia mengerutkan dahinya dan berkata, "Untuk menghasilkan api?"

"Ah! Ah Chu, kamu ini bijak sangatlah!" Zhao Song mengangkat ibu jarinya, menandakan tanda bagus walaupun dirinya sendiri tidak tahu menahu. "Bagaimana kamu tahu? Ini hadiah daripada rakyat Folang Mosa yang datang ke negara kita dari Laut Barat. Tengok ni, kamu boleh nyalakannya dengan semudah ini. Hebat, kan?"

Chu Qiao hanya mengangguk ringan sambil menjentik dahi Zhao Song. Dia tertawa dan berkata, "Ya, memang hebat. Kamu patut simpan benda-benda begini di tempat yang selamat."

"Ah Chu!" Zhao Song merengek sambil memegang dahinya, "Saya dah beritahu kamu supaya jangan jentik saya." 

Chu Qiao hanya mengangkat bahunya dan berkata, "Baiklah kalau begitu."

"Ah Chu," Zhao Song berjalan ke hadapan Chu Qiao dan berkata dengan serius, "Saya ada perkara serius yang hendak saya tanyakan kepada kamu. Kenapa kamu datang ke medan buruan bersama Yan Xun? Kamu tak tahu yang Zhuge Yue dah kembali? Kalau dia nampak kamu, habislah kamu. 


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C41
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login