Download App

Chapter 33: Bab 33

Editor: EndlessFantasy Translation

Matahari rembang menyinari cahayanya ke bumi. Masa menunjukkan ia hampir tengah hari.

Pegawai yang bertugas untuk melakukan pelaksanaan, Ketua Terhormat Huang Qizheng, mendekati dengan badan yang membongkok, lantas menuding jarinya ke arah jam yang berada di tengah-tengah Platform Jiu You, lalu melafazkan dengan penuh hormat, "Putera Yan, masanya telah tiba untuk pelaksanaan hukuman."

Yan Xun ketawa kosong, bersedia untuk bertindak jika diperlukan, lantas melibas hujung lengan bajunya dan membalas, "Ketua Terhormat Huang, silakan."

Huang Qizheng berdiri tegak, mengekalkan postur yang yakin. Suaranya bergema lantang dan kedengaran jauh, menyatakan, "Masa telah tiba. Keluarkan banduan-banduan untuk dijatuhkan hukuman!"

"Jalankan hukuman bunuh!" seseorang melaungkan.

Satu bunyi yang lantang bergema kuat. 3000 orang telah berkumpul di Dataran Jin Chi, yang terletak di bawah Platform Jiu You. Mereka bersorak dengan kuat secara serentak, lantas memberikan aura yang mengerikan. Bunyi dentum-dentam itu terus bergema kuat, dan pintu gerbang berwarna emas keunguan itu terbuka megah, mempamerkan 20 orang tentera berpakaian perisai yang sedang membawa dulang, dihiaskan dengan kain putih. Riak wajah mereka dingin semasa berjalan di sepanjang laluan ke Platform Jiu You yang hitam kegelapan.

Wei Jing lantas mendengus dan memberikan sebuah sengihan mengejek. Dia merenung dingin platform pelaksanaan itu.

Yan Xun mengerutkan wajahnya ketat. Suatu firasat telah mengatakan sesuatu yang buruk akan menimpa tidak lama lagi, dan lantas dia menggenggam tombol kerusi dengan kuat, menonjolkan urat-urat di tangan.

20 tentera diraja daripada Dewan Tugasan Tentera berdiri dingin di atas Platform Jiu You. Marsyal Pertama dari maharaja empayar, Meng Tian, melangkah ke atas platform dan lantas menyoal seorang ahli tentera dengan suara yang dalam, "Adakah identiti penjenayah ini telah terbukti?"

Seorang askar, dengan raut wajah yang kosong, merenung jauh ke hadapan dan lantas membalas, "Belum, Marsyal!"

Meng Tian mengerutkan dahinya dan berkata, "Kenapa belum?"

"Marsyal, tiada sesiapa yang dapat menjalankan tugas ini. Istana Sheng Jin telah mengeluarkan perintah supaya pegawai pelaksanaan yang akan bertanggungjawab pada hari ini."

Meng Tian mengangguk faham, berpaling ke arah Yan Xun yang sedang menduduki kerusi utama, dan lantas berkata, "Putera Yan, maafkan kami kerana menyusahkan."

Yan Xun mengeraskan bibirnya dan terus mengerutkan wajah, perasaan tidak sedap hati yang menyelubunginya itu membuak-buak, lantas membuatkan dia kehilangan aura ketenangan yang sering dipamerkan, kini dia terasa susah untuk menguturkan sepatah kata pun.

Chu Qiao yang sedang berdiri di belakang Yan Xun dapat merasakan keadaan emosi pemuda itu yang tidak stabil, lantas gadis kecil ini menghulurkan tangannya yang cerah dan menggenggam lengan pemuda itu dengan erat.

"Buka kotak-kotak itu dan kenal pasti para penjenayah!"

20 pengawal diraja melangkah ke hadapan dengan teratur, dan lantas menarik kain putih yang berada di atas dulang yang dibawa, mempamerkan 20 kotak-kotak berharga yang diperbuat daripada emas. Kotak-kotak tersebut dibuka perlahan, kunci kotak membuat satu ketikan yang bergema, lantas para tentera membuka penutup kotak sekaligus mendedahkan isi kandungannya di hadapan mata para pemerhati!

Mata Yan Xun menjegil, urat-urat di dahi ditonjolkan, dan lantas mengeluarkan satu ngauman yang ganas bagaikan seekor binatang buas, melonjak dari kerusinya dalam sekelip mata ke platform. Tentera diraja dari kedua-dua arah meluru ke hadapan untuk menghalang putera muda ini, bunyi pedang yang sedang dikeluarkan dari karungnya bergema kuat, pantulan cahaya terpancar dari pedang mereka. Pergerakan kedua-dua belah pihak pantas bak kilat yang menyabung. Pada masa itu juga, sebuah bayang-bayang kecil muncul di hadapan semua orang. Dengan bunyi yang mersik, gadis kecil itu telah melucutkan senjata seorang pengawal diraja. Mengerutkan dahinya, dia melonjak ke hadapan Yan Xun, tidak membenarkan sesiapa untuk mendekati putera muda itu.

Angin mula bertiup kencang, langit bertukar menjadi kekuningan dan awan gelap mula menebal. Burung-burung gagak di udara mengeluarkan teriakan yang tajam semasa melintasi platform tersebut. Semua orang lantas mengangkat lengan baju mereka untuk menghalang angin sejuk yang salju daripada bertiup terus ke muka mereka. Hanya beberapa orang sahaja yang kekal kaku, mata mereka tajam merenung pertumpahan darah yang akan berlaku di atas platform tidak lama lagi. Secara kiasannya, ia seumpama dewa seni mempertahankan diri sedang mengetawakan mereka dengan penuh bongkak, suara mereka menembusi hati-hati manusia di bawah, mengaburi aksiom kepada alam fana.

Meng Tian yang berperisai tebal melaungkan lantang, "Situ Yundeng, namakan mereka!"

"Ya!" Jeneral muda yang mempunyai seekor burung yang tersulam pada bahunya itu melangkah ke hadapan, lantas menuding ke arah kotak emas pertama yang mengandungi kepala manusia bersama kesan darah yang kering. Dia lantas berlaung kuat dan tegas, "Keturunan raja feudal Yan Bei! Generasi ke-24 waris kepada Maharaja Pei Luo! Kedudukan tablet ke-576 di dalam Kuil Cheng Guang di Istana Sheng Jin! Raja Yan Bei- Yan Shicheng-telah dihukum bunuh pada hari ke-16 bulan keempat di Dataran Huo Lei di Yan Bei!"

Menghabiskan ayatnya, dia lantas melangkah ke arah kotak kedua dan menyambung, "Keturunan putera Yan Bei! Generasi ke-25 waris kepada Maharaja Pei Luo! Naib perwakilan kepada Bandar Utara empayar maharaja! Kedudukan tablet ke-578 di dalam Kuil Cheng Guang di Istana Sheng Jin! Anak lelaki ketiga Yan Shicheng, Raja Yan Bei, Yan Xiao, telah dihukum bunuh pada hari ke-16 bulan keempat di Dataran Huo Lei di Yan Bei!"

"Keturunan puteri Yan Bei! Generasi ke-25 waris kepada Maharaja Pei Lio! Kedudukan tablet ke-579 di dalam Kuil Cheng Guang di Istana Sheng Jin! Puteri sulung Yan Shicheng, Raja Yan Bei- Yan Hongxiao- yang telah membunuh dirinya di dalam tasik pada hari ke-16 bulan keempat setelah hanyut dalam kemurungan!"

"Keturunan putera Yan Bei! Generasi ke-24 waris kepada Maharaja Pei Luo! Pemangku komander kepada Pasukan Tentera Utara empayar maharaja! Kedudukan tablet ke-580 di dalam Kuil Cheng Guang di Istana Sheng Jin! Adik Yan Shicheng, Raja Yan Bei- Yan Shifeng- telah dihukum bunuh pada hari ke-9 bulan keempat di Tanah Tinggi Shang Sheng di Yan Bei!"

"Keturunan… Yan Bei…" kata Situ Yundeng.

Senarai nama yang dilaungkan akhirnya tamat. Angin kencang menghembus ganas di Platform Jiu You. Meng Tian berdiri di atas platform batu, merenung Yan Xun dengan tajam dan berkata, "Lafazan nama telah selesai! Putera Yan, sila kenal pasti para penjenayah!"

Dengan bunyi yang kuat, angin yang ganas telah menumbangkan pokok tua di sebelah Platform Jiu You. Dahan-dahan pokok bersaiz gergasi berterbangan di udara, dan lantas mendarat di tengah-tengah Dataran Jin Chi dengan dentuman yang bergema kuat. Namun, semua mata yang meliar dengan situasi yang tidak diduga-duga ini telah tertumpu pada pemuda yang berdiri tegak di atas platform! Kebencian yang dirasakan dalam dirinya membuak-buak sehingga tidak terbayang!

Yan Xun memejamkan matanya dengan perlahan dan ia kemerahan setelah dibukakan kembali!

Bunyi kilat sabung-menyabung kedengaran datang dari langit. Angin utara meniup dengan suram, awan kehitaman seolah-olah boleh dicapai tangan, ribut yang berlaku membantutkan penglihatan.

Ketua kejam Puak Meng menyambung, ekspresi wajahnya membeku, "Putera Yan, sila kenal pasti para penjenayah."

Satu tiupan angin ganas mula untuk menghembus, mengibarkan bendera-bendera hitam yang tertera, membuatkan corak naga yang berada di atas bendera tersebut kelihatan seolah-olah ia sedang bergerak. Pemuda itu lantas mengetap giginya, dengan mata yang kemerahan, mukanya bertukar hijau akibat keberangan yang tidak terhingga. Menggenggam tangannya erat dan membuat sebuah penumbuk, sebuah perasaan berkobar-kobar terbit dalam hatinya. Secara tiba-tiba Yan Xun menjerit lantang! Seumpama seekor harimau kumbang yang sedang mencari mangsanya, dia menyerang seorang pengawal diraja dengan satu tumbukan, merampas senjatanya dan mula untuk melibas pedangnya itu pada sekumpulan tentera, dan lantas memberi laluan ke platform.

Satu tarikan nafas kedengaran pada masa itu. Pengawal diraja dari khemah kuning mula untuk meluru keluar, seperti air terjun. Chu Qiao yang berdiri di belakang Yan Xun memasamkan wajah, dan lantas memusingkan badannya dan menendang seorang askar di kaki. Dia menggunakan tenaga kaki sebagai papan anjal, dan melonjak tinggi ke udara dan mencapai tali tiang bendera di atas platform perlaksanaan tersebut. Dengan satu bunyi swoosh, barisan bendera hitam diturunkan, lantas meliputi semua orang yang berada di sana.

"Tangkap dia!" tengking Wei Jing, orang pertama yang tersembul keluar dari seliputan bendera-bendera itu, menuding jarinya ke arah Yan Xun, yang sedang melarikan diri dari platform. "Jangan biarkan anjing liar dari Yan Bei itu melepaskan diri!"

Para tentera dari Dataran Jin Chi meluru dengan pantas. Chu Qiao menggenggam tangan pemuda yang sedang berang itu sambil memegang senjatanya di tangan yang sebelah lagi. Dengan satu libasan, penakung arang di sebelah Platform Jiu You tumbang satu persatu, arang dan minyak bergelempangan di tanah, dan api mula membara di atas tanah bersalji.

"Mari kita pergi!" Chu Qiao berlaung, menarik tangan Yan Xun ke arah Laluan Zhu Wu. Namun, pemuda itu melepaskan genggaman tangan gadis kecil itu dengan kekuatan yang tidak semena-mena, dan melonjak kembali ke arah platform yang kini dipenuhi dengan pengawal tentera itu!

"Yan Xun!" Topi di atas kepala Chu Qiao tercabut, mendedahkan rambutnya. Sambil memasamkan muka, dia berteriak, "Kau ni gila! Datang ke sini kembali!" Pada masa itu, darah terpercik merata-rata dan mayat bergelimpangan di setiap penjuru platform. Putera Yan telah menetap di Zhen Huang sepanjang masa ini, dia seorang yang nekad dan tidak terkawal, namun tiada siapa yang pernah lihat putera ini mengamuk begini. Malah ahli-ahli terhormat, seperti Zhuge Huai, juga tidak menyedari akan baran Yan Xun, dan melihat aksi lincah dan ganas pemuda tersebut dan raut wajahnya yang mendahagakan darah kini, veteran perang juga dapat terasa kengeriannya.

Terdapat sebuah kuasa yang tidak dapat dipelajari melalui seni mempertahankan diri, kebijaksanaan, mahupun keganasan, tetapi melalui hasrat dendam yang telah lama dipendam, perasaan yakin, dan juga campuran kegilaan dan juga keazaman yang tidak boleh dihentikan manusia biasa mahupun dewa.

Angin terus meniup kencang, menerbangkan rumput-rumput yang tajam. Dahan pokok yang patah sebentar tadi memberikan satu bunyi mersik yang kedengaran seolah-olah suara tangisan roh-roh. Rambut depan pemuda itu telah menutupi dahinya, kesan darah di bahu kelihatan jelas apabila jubahnya agak senget, dengan urat-urat di tangan yang tersembul keluar. Anak matanya jelas terpancar akan seekor binatang buas yang sedang terdesak. Sambil memegang pedang yang dilumuri darah, Yan Xun bergerak, selangkah demi selangkah, ke atas Platform Jiu You.

Pasukan tentera yang berada di kedua-dua belah platform teragak-agak, pinggang mereka separa tertunduk hormat, tanpa menyedari apa yang mereka sedang lakukan. Ribuan ahli tentera elit, namun tiada seorang pun yang berani untuk menentang pemuda yang mempunyai raut wajah kegilaan ini. Sebuah aura membunuh menyelubungi udara, menarik perhatian burung hering yang sedang berlegar-legar tinggi di utara, menunggu saat untuk menerkam mangsa di bawah.

Dengan satu bunyi halus, kedua belah kaki pemuda itu melangkah ke atas tangga terakhir platform, selangkah lagi dan dia akan menjejaki lantai platform. Pada masa itu, Meng Tian bersuara dingin, "Putera Yan, adakah anda di sini untuk mengenal pasti penjenayah?"

Yan Xun meraih kepalanya perlahan, setitis darah milik ahli tentera yang tidak dikenali menitik turun dari rahangnya yang jelas kelihatan, dan lantas membalas dengan suara yang serak, "Tepi!"

Satu bunyi yang lantang bergema kuat. Walaupun ia musim sejuk, namun masih ada petir! Salju berselerak mengikuti arus angin, pemuda itu meraih pedangnya yang dipenuhi dengan kesan darah, menuding mata pedangnya ke arah Jeneral Meng Tian dengan dingin. Dia menguturkan hanya sepatah kata, "Berambus!"

Dengan satu dentuman perlahan, jeneral tersebut melonjak ke udara, menghantar satu tendangan ke dada pemuda tersebut. Pada masa itu, Yan Xun terpelanting ke udara, membuat satu balik kuang sebelum terhempas ganas di atas platform batu itu, meludahkan air liur yang penuh dengan darah.

"Yan Xun!" teriak Chu Qiao, meluru ke arah Yan Xun dengan pedangnya. Para tentera akhirnya tersedar dari panaan pada masa itu dan dengan pantas bergerak mengelilingi Chu Qiao. Lagipun, dia seorang anak kecil yang lemah, membuatkan ia lebih sukar baginya untuk menghalang terlalu ramai tentera, dan dia juga telah mengalami kecedaraan yang banyak setelah berlawan dalam masa yang singkat. Semasa badannya terkulai layu, dia telah ditahan oleh lebih sepuluh bilah pedang yang sedang diacukan ke lehernya.

"Yan Xun!" tangis Chu Qiao dengan terdesak. Matanya kemerahan dengan tangan yang diikatkan ke belakang, membuatkan ia mustahil bagi Chu Qiao untuk melepaskan diri.

Masa berlalu dengan pantas semasa kesepian tiba, angin kencang terus mengganas di dataran itu. Semua orang di setiap penjuru Bandar Zhen Huang sedang menahan nafas mereka, merenung pemuda ini yang bajunya dilumuri darah. Setelah beberapa ketika, Yan Xun terbongkang di atas lantai, jarinya digerakkan sedikit. Dengan ganas dia menggenggam tanah bersalji di bawahnya, dan lantas berdiri, selangkah demi selangkah dengan anak matanya yang jelas terpancar kedegilan diri. Terhuyung-hayang sedikit, pedangnya masih tersemat di dalam genggaman, Yan Xun terus menuju ke arah platform.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C33
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login