Download App

Chapter 5: Bab 5

Editor: EndlessFantasy Translation

Serigala tersebut mengaum kesakitan lalu melarikan diri ke suatu penjuru, jelas ia telah mengalami kecederaan yang parah.

"Mari ke sini! Awak semua, ke mari!" anak gadis itu berteriak dan mengambil dua batu dari tanah, lalu mengetuk keduanya antara satu sama lain. Lantas, jerami itu mula terbakar akibat percikan api daripada kedua batu tersebut.

Anak gadis itu juga membakar galah kayunya yang kini menjadi obor dan lalu mengangkat obornya itu. Dia berlari sekitar arena untuk cuba menakutkan serigala-serigala yang sedang menerkam sebilangan besar kanak-kanak yang berada di situ. Dia terus menjerit semasa berlari, "Awak semua, berlari ke sini! Awak semua, ke mari!"

Gadis kecil berbilang usia meluru ke arah Jing Yue Er sambil meraung kesakitan, semuanya mengalami kecederaan parah. Ada yang telah digigit oleh serigala, dan ada juga yang telah terkena panahan anak panah. Setelah serangan tidak berperikemanusian itu, lebih kurang dua puluh orang anak gadis sahaja yang terlepas dari ajal mereka.

Kumpulan serigala itu berasa gerun dengan api. Jing Yue Er yang berada di tengah-tengah kumpulan kanak-kanak melindungi mereka dengan obornya, menyebabkan serigala-serigala itu ketakutan dan tidak mengorak langkah walau seinci pun ke arah mereka. Mereka telah kebuluran buat masa yang sangat lama. Melihat kumpulan si mangsa itu kini dilindungi oleh obor itu, serigala-serigala itu berlari pantas ke mayat-mayat yang bertempiaran di dalam arena, melahap anggota-anggota badan sebanyak mungkin.

Mata Zhuge Huai yang sepet dan panjang dikerling setelah melihat apa yang sedang berlaku dan merungut, "Binatang tak guna." Dia lalu menarik busurnya dan melepaskan beberapa panahan ke arah serigala-serigala.

Anak panah-anak panah yang tajam berterbangan ke arah kumpulan serigala itu, menyerang mereka tanpa mereka sedari. Serigala-serigala itu merintih kesakitan, lalu seekor demi seekor jatuh terbaring ke atas tanah dan dalam sekelip mata, tiada seekor pun serigala yang masih hidup.

Kanak-kanak yang terselamat daripada kumpulan serigala itu berasa sangat gembira. Mereka terus bersorak tanpa menghiraukan kecederaan pada anggota badan mereka.

Namun, sebelum sorakan mereka dapat didengari, segelombang anak panah yang banyak telah menghujani mereka, mencucuk pantas dan melolosi tubuh badan mereka yang kecil itu. Ahli keturunan bangsawan daripada empayar itu menembak dengan kejam sekali, dibantu oleh penglihatan mereka yang tajam. Tanpa belas kasihan, mereka mengacukan busur mereka tepat ke arah kanak-kanak di hapadan mereka, pasti mereka akan menjadi mangsa anak panah-anak panah yang mendahagakan darah itu.

Anak panah yang dilepaskan berbunyi laju, menembusi terus kepala seorang anak gadis dengan debakan senyap. Anak panah itu telah menusuki mata kiri kanak-kanak itu dan tercucuk keluar dari belakang kepalanya, dan mata anak panah itu berhenti hanya beberapa sentimeter sahaja daripada batang hidung Jing Yue Er. Darah segar yang masih panas itu terpercik ke mukanya lalu dia membuka mulut dan tiba-tiba menjadi kaku dengan obor panas masih digenggam kuat. Tangisan dan teriakan kanak-kanak masih terngiang-ngiang di gegendang telinganya. Ianya bagaikan sebuah mimpi buruk.

Anak panah-anak panah mula berkurangan setelah Putera Wei dan Mu Yun mula ketawa serentak. Kedua-dua mereka menarik busur mereka, menghalakan ke arah gadis itu, dan melepaskan panahan, membiarkan ia terbang di atas udara.

Zhao Jue mengerutkan dahinya dan mengarah kudanya untuk bergerak hadapan. Semasa mencapai busurnya, dia tersedar bahawa dia hanya mempunyai sebatang anak panah. Dengan dengusan dingin, dia mematahkan anak panahnya kepada dua, dan lantas menempatkan kedua-dua anak panah pendek itu di tengah-tengah busurnya. Dengan panahan yang tepat, dia telah menerbangkan kedua-dua anak panahnya terus ke anak-anak panah yang telah dilepaskan oleh Putera Wei dan Mu Yun dan kesemua anak panah tersebut jatuh ke tanah.

Zhuge Huai ketawa terbahak-bahak lalu berkata, "Hebat kau memanah!"

Sehabisnya ayat itu, segala teriakan telah berhenti dan angin dari utara itu menghembus sejuk ke dalam arena yang bersalji itu, dan secara tidak langsung membawa bau hanyir bersama-sama. Arena itu dipenuhi warna merah darah dan satu-satunya anak gadis yang masih hidup ialah Jing Yue Er. Rambutnya kusut, bercampur dengan rumput-rumput kering, bajunya bagaikan telah dicelup ke dalam darah merah dan riak wajahnya pucat. Dia masih lagi menggenggam obor yang sudah tidak berapi itu dan kakinya terpaku di atas tanah. Dia melopong melihat mereka, seperti tidak percaya dengan apa yang baru terjadi.

Zhao Jue berkata, "Saudara ketujuh masih yang terbaik. Semua anak panah saya telah habis. Saya dapat merasakan bahawa awak akan menang pada hari ni."

Putera Wei mengangkat kedua belah keningnya, lalu menjenguk tabung anak panahnya, kemudian tabung anak panah kepunyaan Mu Yun, dan akhirnya berpaling ke arah Zhuge Huai.

Zhuge Huai tersenyum bergaya dan memberitahu, "Anak panah aku dah lama habis."

"Yan Shizi masih mempunyai beberapa anak panah, kan? Masa belum lagi tamat. Kita masih belum tahu rusa tu akan mati ditangan siapa." Mu Yun berkata tiba-tiba.

Semua mata tertumpu kepada Yan Xun.

Zhao Jue memandang dingin ke arah Yan Xun dan berkata tanpa sebarang emosi, "Yan Shizi seseorang yang sering memberi kejutan bila kita langsung tidak menduga."

Kayu colok itu hanya dibakar separuh, tetapi semua orang telah menggunakan kesemua anak panah mereka. Hanya ada satu anak panah bersalji dan berbulu putih di hujungnya berada di dalam tabung anak panah Yan Xun. Dia duduk megah di atas kuda. Walaupun Yan Xun hanya berumur tiga belas tahun, namun badannya kuat dan tegap, dengan keningnya yang tebal dan kemas terbentuk, bersama sepasang mata yang berkilauan. Hidungnya tajam dan dia juga mempunyai renungan yang boleh menusuk hati. Pakaiannya yang segak dan rapi membenarkan semua orang untuk membezakannya daripada rakyat biasa, juga membuatkan dia kelihataan kacak namun dingin. Dengan riak wajah yang dingin, dia menggerakkan kudanya ke hadapan dan menarik busurnya menghala anak gadis yang berdiri di tengah-tengah arena itu.

Angin sejuk meniupi carikan baju dan rambut kusut anak gadis itu. Dia masih kecil, umurnya sudah pasti tidak melebihi enam atau tujuh tahun, dan kelihatan seperti dia kekurangan zat akibat kebuluran, tidak ubah daripada seekor anak serigala tidak berbulu yang baru saja dilahirkan. Lengan, tengkuk, dan betisnya dilumuri darah kesan daripada luka teruk, dan kecederaan di bahunya berhampiran dengan lokasi arterinya. Dia berdiri di tengah-tengah Arena Xiu Luo yang mengerikan, dengan cebisan anggota-anggota badan bertebaran merata-rata. Darah segar masih lagi mengalir keluar daripada badan mayat, dan bau darah yang hanyir itu memenuhi setiap pelosok udara. Tahap kekejaman yang ditonjolkan pada hari itu telah mematahkan semangat anak gadis itu.

Anak panah berkilauan dihala perlahan ke arah leher anak gadis itu. Pemuda itu duduk tegap di atas kudanya. Dengan renungan tajam dan kerutan dahi, urat di tangannya tersembul semasa dia menarik busur.

Jing Yue Er tidak mempunyai tempat untuk bersembunyi. Mindanya menjadi kelam-kabut, terlalu banyak persoalan dan misteri tidak akan dapat dijawab akibat pembunuhan secara besar-besaran ini. Dia dengan perlahan mengangkat wajahnya. Renungannya sangat dingin, memancarkan rasa kebencian dan dendam yang membuak-buak ke arah pemuda-pemuda di hadapannya itu tanpa sedikit pun rasa takut.

Hari tersebut berlaku pada tahun 770, hari ke-4 dalam bulan yang pertama mengikut kalendar Bai Cang. Rakyat Zhen Huang baru sahaja menyambut perayaan Tahun Baru. Dalam arena memburu maharaja yang terletak di pinggir Bandar Zhen Huang, ia adalah kali pertama mereka berdua bertemu.

Masa telah diputarkan dan sedang menjalani sejarah sekali lagi, membuka pintu gerbang kepada masa dan ruang. Dua jiwa yang tidak ditakdirkan untuk bertemu telah ditemukan.

Yan Xun mengait keningnya rapat. Dengan gerakan jari yang sederhana, dia telah melepaskan anak panah itu.

Anak panah panjang itu dilepaskan, terbang merentasi udara sejuk. Semua mata tertumpu kepada anak gadis itu yang masih tercegat di tempat yang sama.

Dengan bunyi anak panah yang laju, garisan darah pada badan anak gadis itu bertambah apabila anak panah itu menggores lehernya. Kakinya yang tegap berdiri itu kini bergegar sedikit, tetapi dia masih berdiri.

"Ha ha! Tahniah saudara ketujuh!" Zhao Jue ketawa kuat.

Zhao Che memandang Yan Xun dengan penuh angkuh dan tersenyum sinis, "Yan Shizi telah menghabiskan banyak masanya dengan menyanyi, menari, dan juga berpuisi. Dia dah lupa cara keturunan puak Zhao memegang busurkah?"

Yan Xun meletakkan busurnya kesisi dan berpaling. Dengan nada bersahaja, dia membalas, "Dah cukup kalau ahli keturunan Keluarga Zhao saja yang mengetahui cara memegang busur, aku tak perlu nak masuk campur dalam urusan keluarga kau."

Zhuge Huai ketawa terbahak-bahak lalu berkata, "Sementara semua orang di sini, nampaknya pemenang bagi pertandingan ini ialah Tuanku Diraja Ketujuh. Saya telah menyediakan makanan malam untuk kalian semua di kediaman saya. Marilah kita minum di rkediaman saya."

Mereka semua bersetuju dan menunggnag kuda masing-masing bersama, seolah-olah apa yang berlaku tadi hanyalah suatu permainan biasa dan bagaikan tiada sesiapa yang telah tercedera.

Angin yang bertiup kencang melintasi mereka, mengibarkan hujung jubah pemuda-pemuda ini. Bau hanyir udara masih lagi memenuhi setiap ruang udara kawasan bersalji itu. Dari kejauhan, Yan Xun menoleh kebelakang, melihat anak gadis yang dilumuri darah itu. Dia telah berdiri di tengah-tengah kawasan itu sepanjang waktu, renungannya tajam tertumpu ke arah mereka buat masa yang lama.

Langit lama-kelamaan menjadi biru gelap. Dengan angin utara yang meniup kuat, angin sejuk menikam tubuh mereka sehingga ke tulang rusuk. Ia juga telah menerbangkan salji-salji halus di atas tanah.

Para jejaka daripada keluarga Zhuge sedang membersihkan arena itu, menyodok mayat-mayat kecil dan mencampakkan tubuh mereka ke dalam gerobok di belakang mereka. Tidak jauh daripada kawasan itu, terdapat sebuah lubang bersaiz sederhana yang baru sahaja digali, dengan daun herba yang mengeritik akibat api di dalam lubang itu. Kepulan asal tebal menari-nari ke langit. Lubang ini digali untuk menanam mayat kanak-kanak itu, dan juga serigala-serigala ganas itu. Kehidupan mereka langsung tidak bernilai di mata pemuda-pemuda ini bagaikan ianya sebentuk bola. Tuan mereka yang kaya akan bermain dengan mereka apabila masih baru, dan membuang mereka apabila sudah jemu.

Jing Yue Er memakai guni lusuh pada bahunya, menutupi pakaiannya, kepalanya tertunduk bisu sambil berehat di sebelah sangkar dengan senyap. Lelaki gagah juga pasti akan terngadah jika mengalami keperitan yang dialami oleh Jing Yue Er, namun anak gadis ini tetap terdiam. Dia telah mengalami kecederaan yang sangat parah.

Para jejaka daripada keluarga Zhuge itu beranggapan bahawa Jing Yue Er akan mati tidak lama lagi, tetapi setelah sekian lama, mereka dapati yang dadanya masih bergerak ke atas dan ke bawah, walaupun dengan pergerakan yang amat kecil. Mereka menyedari bahawa Jing Yue Er masih hidup kerana gerakan dadanya itu dan terdapat suatu sumber misteri yang memberikannya kekuatan untuk terus bernafas. Jadi, mereka mengambil tindakan untuk tidak menghumbannya ke dalam lubang perkuburan yang besar itu. Sebaliknya, mereka mencampakkannya ke dalam sangkar itu kembali sebelum mereka beredar.

Sangkar yang dahulunya sempit dek kanak-kanak itu kini kelihatan luas dan besar. Semua anak-anak gadis di dalam sangkar ini telahpun mati, hanya seorang sahaja lagi yang masih hidup. Kagum dengan nasib anak gadis ini, mereka tidak dapat menahan keinginan mereka untuk mendekati anak gadis ini dengan lebih rapat, namun berhati-hati.

Walaupun mereka tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya, mereka dapat merasakan bahawa anak gadis itu telah berubah daripada sebelum permainan baru bermula.

Rumah kediaman Zhuge mempunyai tanah yang lapang dan luas. Mereka memasuki kediaman itu melalui pintu belakang, lalu Zhu Shun menempatkan Jing Yue Er di bawah jagaan dua orang pekerja. Setelah memberikan beberapa arahan kepada mereka, para pemuda itu mengambil pandangan terakhir ke arah Jing Yue Er, dan memalingkan badan mereka dan beredar.

Dengan suatu ketipan, kunci pada salah satu bilik telah dibuka dan Jing Yue Er ditolak kasar masuk ke dalam salah sebuah bilik. Pintu tersebut tertutup rapat dan dikunci sebelum Jing Yue Er sempat bangun daripada lantai.

Hanya kegelapan memenuhi setiap ruang di dalam bilik itu, bersama sebuah longgokan kayu api. Boleh kedengaran desiran tikus yang sedang menyelinap melalui saluran udara dari bilik ke bilik. Anak gadis itu tidak menjerit ketakutan, malah dia duduk di tengah-tengah bilik, menanggalkan guni yang berada di bahunya. Dia menggunakan giginya untuk mengoyak cebisan kain guni itu, lalu membalut luka pada badannya dengan khusyuk, teknik yang digunakan juga amat cermat dan cekap.

Masa yang lama sebegitu pastinya cukup buat seseorang ejen untuk berasa lega, dan mula berfikir dengan rasional dan tenang untuk menangani apa jua halangan yang bakal dihadapi, walaupun situasi itu sangat mencabar.

Benarlah, Jing Yue Er sebenarnya ialah Mejar Chu Qiao, komander kanan divisyen 11, yang telah mengorbankan nyawanya untuk negara. Takdir, seperti dalam banyak situasi, kadangkala memang tidak masuk akal, seperti sekarang ini. Mungkin dengan terjatuh tebing, ia bukan bermaksud bahawa kamu akan mati, tetapi ia juga mungkin bermaksud bahawa kamu dapat hidup kembali.

Chu Qiao mengangkat lengannya. Menggunakan cahaya samar-samar dari luar, dia melihat kedua tapak tangannya yang kecil itu. Sebuah kesedihan dapat dirasakan di sudut hatinya, tetapi tidak mengerti bahawa kesedihan itu dirasakan untuk dirinya atau untuk diri anak gadis yang malang itu.

"Tiada sesiapa dekat sini untuk tengok aku. Aku boleh berasa sedih dan takut, tapi aku tak boleh terus berasa macam ni."

Anak gadis itu berbisik seorang diri dengan air mata yang berlinangan di permukaan kulitnya yang kurus dan kotor itu. Memeluk lututnya, dia menundukkan kepalanya, meletakkannya ke atas lengan. Dengan senyap, tulang belakangnya mula menggigil.

Ini adalah malam pertama Chu Qiao bermalam di Empayar Xia; di dalam kesejukan, dengan kayu api yang banyak di kawasan kediaman Zhuge itu. Inilah juga kali pertama dia menangis seorang diri kerana kelemahan dan ketakutannya sendiri. Dia memberikan dirinya satu jam untuk meratapi takdirnya yang malang itu, berfikir tentang masa hadapan, dan untuk menyesuaikan dirinya dengan tubuh badan barunya itu. Setelah satu jam berlalu, dia bukan lagi Chu Qiao, komander khas daripada divisyen 11, tetapi dia ialah seorang hamba kanak-kanak yang lemah, cuba untuk menyelamatkan dirinya dari empayar yang tidak berperikemanusiaan dan huru-hara ini.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C5
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login