Boleh tak kamu berhenti buat baik dengan saya setiap masa?
Gadis itu menunduk, matanya seakan-akan guli yang telah hilang sinarnya.
Ning Xi memendam perasaannya sebelum aura negatif itu terdedah.
Ning Xi merangkul leher Lu Tingxiao. "Lu Tingxiao..."
"Hmm?" Lu Tingxiao betul-betul sukakan kelakuan Ning Xi yang seperti itu. Rambut Ning Xi yang lembut jatuh di bahunya dan membuatkan dia berdebar-debar. Dia betul-betul mahu berikan seluruh dunia ini kepadanya.
Ning Xi berbisik ke telinga Lu Tingxiao, "Kenapalah saya sangat sukakan kamu? Bila saya buat keputusan untuk bersama dengan kamu, saya ingat saya dah cukup sukakan kamu..."
Sebelum itu, dia tidak pernah terfikir dia akan bersama dengan sesiapa. Dia tidak akan mengambil keputusan itu jika dia tidak betul-betul sukakan lelaki itu.
"Tapi sekarang saya sedar yang cara saya sukakan kamu tu hanyalah sebahagian kecil je daripada perasaan saya untuk kamu..."