Beberapa hari kemudian di resort percutian di Empayar, Naib Presiden Syarikat Hiburan Keagungan Dunia telah menganjurkan majlis makan malam. Dia telah mejemput ramai pelabur dan rakan kongsi untuk menghadiri majlis itu.
Sudah tentu beberapa orang artis yang terkenal juga dijemput dan Ning Xi merupakan salah seorang daripadanya.
Selalunya, majlis makan malam yang penting sebegini akan menjadi persaingan buat para artis terkenal. Ning Xi pasti tidak akan mendapat peluang ini tetapi Yi Xudong telah menjemputnya secara khusus. Nampaknya, dia mahu Ning Xi menjadi lebih menonjol sekarang.
Bagi Su Yimo pula, kejadian pada malam sambutan ulang tahun itu telah reda sedikit, jadi selepas berfikir, Yi Xudong turut menjemputnya. Mereka telah melabur terlalu banyak untuknya dan tidak boleh membiarkan dia menjadi sia-sia.