Semua orang di dalam organisasi itu memiliki kemahiran yang tersendiri. Tang Lang handal berlawan. Tang Ye pula mempunyai kemahiran pengurusan perniagaan yang luar biasa selain daripada berlawan. Feng Xiaoxiao pula sememangnya ada pengkhususan dalam tugasan membunuh sementara Annie ialah pakar dalam bidang perubatan. Feng Jin mahir merancang strategi dan Ning Xi ialah penembak tepat.
Semasa mereka di luar negara, tidak keterlaluan untuk katakan yang tiada sesiapa berani menghampirinya selagi ada pistol di tangannya.
Walau bagaimanapun, situasi di sini berbeza. Pistol dilarang sepenuhnya di China.
Ditambah pula dengan kerjayanya sebagai pelakon, ia akan beri kesan yang teruk kepada kerjayanya jika dia diketahui membawa pistol sepanjang masa. Oleh sebab itulah dia perlu berlatih berlawan dan meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang di luar kemahirannya.
Itu agak sukar untuknya.