Ban Kecil tanpa sedar memandang ke arah ibunya.
Ning Xi tersenyum dan mengucup pipi gebu Ban Kecil. "Pergi! Pergi main dengan Atuk sekejap!"
Dia betul-betul terkejut dengan cadangan Lu Jingli dan berasa agak bimbang bila memikirkan anak-anak lelaki itu kelak!
Ban Kecil mengangguk selepas mendengar kata-kata ibunya. Selepas itu, dia berjalan terkedek-kedek ke arah Tuan Tua Song. Tadi, dia perasan yang bilik bacaan lelaki tua itu mempunyai banyak lukisan dan sekarang dia tidak dapat menahan dirinya daripada merenung lukisan-lukisan itu.
"Kamu suka?" soal Song Jin sambil memerhati kekaguman yang terpancar pada wajah kanak-kanak kecil itu. Riak wajahnya serta-merta berubah lembut.
Ban Kecil mengangguk sebagai tanda minatnya terhadapnya seni.
"Kamu tahu kaligrafi? Maksud saya... Menulis menggunakan berus kaligrafi, kamu tahu caranya?" soal Song Jin lagi.
Ban Kecil mengangguk buat kali kedua.