"Saya dapat tahu masa saya melawat kru pada hari kedua penggambaran," Jiang Muye menguap sambil menggaru kepalanya. Dia menjawab dengan jujur.
Kemudian, riak muka Ning Xi berubah.
"Ahem…" Ning Xi mengecilkan matanya dan memandang Jiang Muye. Kemudian, dia meletupkan jari-jari tangannya sambil berjalan menuju ke arah lelaki itu.
"Blondie, kamu datang sini…"
"Saya… saya tak nak!" Apabila Jiang Muye melihat riak wajah Ning Xi yang garang, rasa mengantuknya terus hilang. Malah, dia rasa menyesal. Tak guna, dia dah tersalah cakap!
"Berani kamu tak bagitau saya yang kamu dah tahu semuanya!?" kata Ning Xi sambil mencekak pinggangnya. Kemudian, dia melompat dan mula menggigit lelaki itu.
"Saya dipaksa! Pakcik saya yang ugut! Kenapa kamu tak salahkan pakcik saya je?! Hey! Janganlah pukul muka saya…"
…
Apabila Lu Jingli melihat Jiang Muye dipukul, dia berasa berpuas hati kerana ada orang lain yang turut menderita bersamanya.