"Tiga! Dua! Satu! Action!"
Dalam adegan ini, keenam-enam pelakon terlibat dan ini merupakan klimaks dalam cerita ini. Untuk menghasilkan kesan yang lebih baik, Chen Mian sengaja meletakkan adegan ini di penghujung penggambaran supaya para pelakon mempunyai masa untuk menjadi lebih rapat dengan satu sama lain.
Tempat yang ditetapkan: bilik karaoke.
Watak yang terlibat: Si Xia, Ji Feixue, Ling Yu, Yin Qianli, Jiang Xiaomei, Ji Yumeng.
Dengan pertolongan watak utama wanita iaitu Ji Feixue, akhirnya Si Xia dapat bersama dengan wanita idamannya iaitu Yin Qianli dan mereka menjalinkan hubungan mesra. Hari itu merupakan hari lahir Yin Qianli dan Si Xia telah menjemput beberapa orang kawannya untuk meraikan hari lahir wanita itu.