"Oh, betul juga. Saya lupa nak cakap, orang tu mesti bukan dari jantina yang sama. Dia mesti datang dari jantina yang berbeza!" Pelakon itu menambah.
Orang ramai semakin teruja selepas mendengar kata-kata pelakon itu. "Kalau macam tu, macam mana kalau orang yang masuk tu adalah seorang lelaki miang yang hodoh?"
"Hahaha, Ning Xi tak akan bernasib malang sampai macam tu sekali, kan?"
...
Ning Xi tidak tahu bagaimana dia harus berdepan dengan situasi ini. Pilih seseorang dari bilik yang sama akan menimbulkan kejanggalan, tetapi kalau dia pilih orang asing yang akan masuk nanti tak pula?
Tetapi, dia tidak ada pilihan lain. Dia hanya boleh meneruskan permainan kerana peraturan sudah pun ditetapkan seperti itu.
Ketika itu, walaupun orang ramai yang ada di dalam bilik itu sedang meneruskan permainan, sebenarnya hati mereka tidak henti-henti memikirkan siapa orang seterusnya yang akan masuk ke dalam bilik itu.