Augustine seakan-akan sudah gila. Dia dah kata dialah raja Philadelphia. Bukan setakat anjing Si Iblis, kalau Si Iblis sendiri muncul pun dia akan mati di situ!
Feng Jin memandang kereta polis yang mengepung mereka. Pintu kereta itu dibuka dan anggota polis mengacukan pistol mereka ke arah kumpulannya melalui bukaan tingkap kereta. Anggota yang selebihnya memegang perisai dan menghalang semua jalan keluar. Mereka dah buat rancangan yang sempurna untuk bunuh Feng Jin dan kumpulannya.
"Hahaha, mereka semua ni orang-orang Si Iblis. Mereka takkan menyerah diri. Jadi apa kata kamu bunuh je mereka semua ni?!"
Augustine memberi isyarat kepada lelaki tegap di belakangnya.
Lelaki itu memahaminya dan segera memandang ke arah Feng Jin untuk menembaknya.
Bam!
Bunyi yang kuat tiba-tiba kedengaran di dataran itu.