Ketua kumpulan itu sudah hilang sabar. Dia memberi isyarat kepada anak buahnya untuk menangkap Ning Xi kerana dia sangka Ning Xi dah tak boleh buat apa apa.
Sebaik sahaja mereka bergerak, tiga das tembakan kedengaran. Bang, bang, bang!
Ketiga-tiga lelaki itu rebah dalam sekelip mata!
Ketua mereka memandang anak buahnya. Mukanya berubah menjadi pucat.
Dia nampak Ning Xi memegang sepucuk pistol yang masih berasap muncungnya. Pistol itu sedang diacukan ke arah kepalanya.
"Kamu… bukan ke kamu dah buang pistol kamu" Lelaki itu memandang pistol yang ada di atas tanah dengan rasa tak percaya. Pistol itu masih ada di situ.
Ning Xi memberikan reaksi seakan-akan dia sedang memandang orang yang bodoh. "Siapa kata saya ada satu pistol je?"
Ning Xi beli dua!
Lelaki itu naik marah dan menyumpah, "Tak guna! Liciknya kamu!"
"Kamu tu yang bodoh sangat," Ning Xi mencemuhnya, "Kamu rasa siapa yang lagi pantas, kamu ke saya?"