Ning Xi membiarkan rumah itu berada dalam keadaan gelap gelita. Ia sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan ada kemungkinan yang pembunuh-pembunuh upahan itu telah memanggil bantuan. Dia memakai kaca mata penglihatan malam dan berjalan menuruni tangga dengan berhati-hati.
Ning Xi menggeledah barang-barang pembunuh upahan yang telah mati itu untuk mengenal pasti identiti mereka.
"Kelas B..." Gumam Ning Xi dengan rasa terkejut. Pembunuh-pembunuh upahan itu rupanya adalah pembunuh upahan kelas B dari sebuah kumpulan bernama "Dosa".
Sejarah Dosa bermula sejak akhir Zaman Pertengahan. Ia adalah sebuah kumpulan pembunuh upahan yang terkenal di seluruh dunia. Kemuncak zaman kegemilangan mereka adalah sewaktu peperangan dunia yang lalu.
Pembunuh upahan dari kumpulan Dosa bukan sahaja menjadi orang kuat yang melindungi keluarga-keluarga yang berpengaruh besar, tetapi mereka turut diupah oleh beberapa negara-negara kecil.