Ada seseorang di situ yang mengambil peluang ini untuk membodek Su Yimo, "Mana mungkin? Gaun Yimo tu adalah gaun edisi terhad! Kalau gaun dia rosak, maknanya dah kurang satu dalam dunia ni!"
Riak wajah Su Yimo kelihatan kembali tenang selepas mendengar kata-kata orang itu. Dia berkata dengan tanpa berdaya, "Macam mana kalau sama gred?"
Liang Biqin serta-merta membulatkan matanya. Wajahnya menunjukkan riak tidak puas hati. "Kak Yimo! Kamu ni baik sangat! Tapi, kalau kamu biarkan hal ini begitu sahaja, makin melampaulah pengacau-pengacau ni!"
Semua yang ada di situ bersetuju.
"Kamu berdua tunggu apa lagi? Cepat cakap terima kasih pada Kak Yimo!"
"Kamu berdua bernasib baik kali ni!"
"Nasib baik Kak Yimo baik hati lepaskan kamu berdua senang-senang macam ni!"
...
Bai Lu melutut kaku di atas lantai. Mulutnya terkunci.
Hah, suruh dia cari baju bergred sama pun tiada gunanya juga....