Ning Xi berbaring semula di atas katilnya selepas meletak telefon.
Walaupun dia telah pastikan aktiviti lelaki itu lebih kerap di Cina tetapi dia tidak berjaya mengumpul banyak maklumat yang berguna melalui panggilan telefon itu. Jika bukan kerana beberapa kejadian dengan barang-barangnya, lelaki itu sudah benar-benar bersedia untuk pulang ke Cina…
Dia mengambil nafas panjang dan akhirnya membalas mesej Lu Tingxiao…
[Ning Xi: Maaf, CEO Lu. Saya ada kerja esok. Saya tidak fikir saya boleh ke sana. Tolong beritahu Si Cilik yang saya minta maaf.]
Dia mencampakkan telefonnya ke tepi kerana tidak berani melihat balasan dari Lu Tingxiao.
…
Awal pagi keesokan harinya.
Bunyi kanak-kanak menangis kedengaran di depan sebuah tadika swasta. Kesemua mereka tidak mahu ke sekolah atau ibu bapa mereka pergi meninggalkan mereka.