"Apa dia?" Ning Xi mendongakkan kepalanya.
Adakah kerana dia menyukai Ning Xi, jadi apa sahaja yang gadis itu lakukan, dia merasakan ia begitu comel? Lu Tingxiao tidak dapat menahan diri daripada menyentuh kepala kecil Ning Xi dengan penuh kasih sayang. "Kamu suka berlian?"
"Ah?" Ning Xi tidak menyangka Lu Tingxiao akan tiba-tiba bertanya soalan pelik seperti itu. "Kenapa kamu tanya?"
"Hari ni hari lahir kamu, jadi Si Cilik tolong saya sediakan sebuah hadiah hari lahir untuk kamu. Nampaknya dia pilih berlian. Saya tolong tanya bagi pihaknya jika kamu tak suka berlian." Lu Tingxiao berlakon normal.
"Oh, macam tu..." Ning Xi menggaru kepalanya dan kemudian menjawab, "Berlian sepatutnya menjadi teman baik seorang gadis, kan? Tapi ini cuma hari lahir dan dia masih seorang budak kecil, dia tak sepatutnya beri saya sesuatu yang begitu mahal, jadi saya terpaksa tolak. Sesuatu yang dibuat sendiri lebih baik!"