Sesaat kemudian, gadis itu membuka mata sepenuhnya.
Sebaik sahaja susuk tubuh lelaki itu kelihatan dalam matanya yang lemah dan letih, awalnya dia hanya terpaku kerana keliru, kemudian matanya mula bergenang dengan air mata. Selepas itu, beberapa titis air mata mengalir turun dari pipinya satu demi satu, seperti air terjun yang tidak berkesudahan...
"Ning Xi..." Lu Tingxiao sangat terkejut dengan tangisan gadis itu. "Kenapa? Sakit dekat mana? Saya minta maaf saya lambat… Jangan menangis… Saya akan bawa kamu ke hospital… Kamu… Tolong jangan menangis..."
Jantung Lu Tingxiao terasa seperti hampir terhenti.
Mata Ning Xi merah dan air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia mendepakan tangannya, tetapi menjatuhkannya kembali di pertengahan jalan.
"Kamu nak bangun?" Lu Tingxiao serta-merta menghampirinya untuk membantunya duduk.