Download App
5.59% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 81: Rusa Kecil Itu Pening

Chapter 81: Rusa Kecil Itu Pening

Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila Ning Xi terdengar kata-kata mereka, hatinya mula berdebar.

'Abang besar, bertenang, bagaimana kamu tahu cara Lu Tingxiao menatap aku berbeza?'

Bahkan seperti dia menatap isterinya…?

"Kof, kof. Penglihatan Abang Besar itu mungkin kurang baik!" Ning Xi berkata kepada Lu Tingxiao.

Sebaik sahaja Ning Xi mengeluarkan kata-kata tersebut, wanita itu mengangguk setuju. "Kamu betul, memang benar! Lihat dengan teliti kepada budak lelaki itu, dia kelihatan seperti ayahnya, tapi matanya sebenarnya sangat mirip dengan mata ibunya, terutamanya apabila dia tersenyum…"

Bagaimana mungkin Ban Kecil miripnya? Dia bukan ibu Ban Kecil!

Lu Tingxiao memandang ke mata Ning Xi dengan tenang. Sebenarnya, mereka agak mirip.

Dia sudah perasan sebelum ini, apabila Si Cilik senyum, ciri-ciri dan riak wajahnya sama dengan Ning Xi.

Jika ia secara kebetulan, ia memang nasib yang gembira…

Episod kecil ini berlalu dengan cepat.

Selepas mencari tempat duduk, Ning Xi mengeluh selesa. "Ah! Makan periuk panas dalam bilik penghawa dingin di musim panas memang paling syok! Si Cilik sayang, saya janji kamu akan suka perasaan ini!"

Ini kali pertama dalam jangka masa dua tahun sejak Si Cilik makan di luar rumah. Dia melihat semua barang dengan perasaan ingin tahu, dan sibuk melihat ke sana sini, tetapi masih perlu memegang tangan Ning Xi sepanjang masa untuk berasa tenang.

Ning Xi membaca menu dan bertanya pendapat Lu Tingxiao. "Kamu tak boleh makan pedas, apa kata kita pesan periuk itik mandarin1?"

"Kamu tentukan." Lu Tingxiao mengangguk sambil menanggalkan kotnya. Sebelah tangannya disandar ke belakang kerusi dengan santai.

Ia satu perbuatan biasa tetapi cara dia melakukannya memaparkan tahap kelakian yang begitu tinggi sehingga rusa kecil ini mula melompat dengan gila.1

Untuk sebab-sebab tertentu, situasi seperti ini sering berlaku kebelakangan ini. Rusa kecil ini semakin pening kerana melompat terlalu banyak!

Adakah Lu Tingxiao sengaja melakukannya?

Periuk panas dan makanan yang dipesan tiba dengan cepat. Ning Xi menolak semua perkara itu ke belakang benak fikirannya supaya dapat memuaskan selera makannya dengan segera.

Raja Segala Syaitan Lu makan periuk panas dengan sangat teliti. Dia mengira segala-galanya dengan tepat: hidangan mana perlu dimasak terlebih dahulu, yang mana kemudian, berapa lama setiap hidangan harus dididih dalam periuk. Dia melayan Ning Xi dan Ban Kecil dengan sekata sepanjang sesi makan malam, malah lebih profesional dibanding dengan kali terakhir mereka makan di rumahnya.

Ning Xi tidak pernah makan periuk panas dengan begitu selesa sebelum ini, sekadar dapat makan saja sudah cukup memuaskan baginya. Semua hidangan dimasak dengan betul, tidak seperti masakannya, yang selalunya terlalu masak atau kurang masak.

Sambil menjamu selera, Lu Tingxiao tiba-tiba bertanya, "Kamu berlakon dengan Muye dalam filem yang sama?"

Ning Xi agak terkejut sebelum dia menjawab. Jiang Muye ialah idola paling disukai ramai dalam Syarikat Hiburan Keagungan Dunia. Dia juga anak saudara Lu Tingxiao. Jadi, tak hairan jika Lu Tingxiao mengetahui situasinya sekarang. Ning Xi mengangguk. "Ya, dia baru menyertai krew hari ini. Sebenarnya, saya hanya tahu hari ini, dan sangat terkejut melihatnya…"

Lu Tingxiao memberi satu bebola ikan dan bertanya dengan selamba, "Kamu berdua mempunyai hubungan yang baik?"

Ning Xi menggaru kepalanya dan merasakan tiada apa-apa yang perlu disembunyikan, jadi dia terus menjawab, "Itu… hubungan saya dengan dia agak susah untuk dijelaskan. Kami pernah berpancaran untuk seketika, tetapi sudah lama kami putus. Sekarang, kami hanya kawan! Tapi saya rasa persahabatan kami juga akan berakhir tak lama lagi. Lelaki ini, sejak balik, sudah menyebabkan saya dibenci semua orang, dia akan menjadi punca jika saya dibunuh…"

"Jika dia buli kamu, beritahu saya." Lu Tingxiao berkata.

Ning Xi ketawa. "Haha, dia tak akan. Saya yang buli dia dalam semua babak kami. Untuk di luar penggambaran, hmph, kalau dia berani buli saya, saya akan terus jadi mak ciknya, dan guna status saya untuk menindasnya!"

Sebaik saja dia menghamburkan kata-kata itu, kedua-dua Ning Xi dan Lu Tingxiao terkejut.

Ning Xi benci dia tidak dapat menghancurkan kepalanya di lantai. Kenapa. Dia. Tak. Boleh. Mengawal. Mulut. Longgarnya. Yang. Suka. Menggoda!

  1. Periuk mandarin merupakan periuk panas yang telah dibahagikan kepada dua bahagian, satu untuk asas sup pedas dan satu lagi untuk asas sup ringan.
  2. Pening kerana terlalu gelisah.

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C81
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login