Download App
4.41% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 64: Pengunjung Lewat Malam

Chapter 64: Pengunjung Lewat Malam

Editor: EndlessFantasy Translation

Jiang Muye dengan pakar memasang semua peralatan permainan video dan berjaya mencari beberapa beg jeli, keropok dan ikan kering dari entah mana datangnya, lalu mengeluarkan sebotol wain yang bagus dari rak wain bilik di bawah tanah sambil berdengung dengan gembira.

Selepas semua selesai, dia duduk di atas lantai sambil menyilang kaki dan menggosok tapak tangan. Baru saja dia ingin membiasakan diri dengan permainan video tersebut, loceng pintu di luar tiba-tiba berdering.

Wajah Jiang Muye terus bertukar suram. Dia tidak bangkit untuk menjawab pintu, dan sebaliknya, terus membuat panggilan telefon kepada Lei Ming dan mula memarahinya, "Berhenti deringkan pintu! Bukan saya sudah janji akan tiba tepat pada masanya esok pagi? Hari-hari membebel dan mengheret saya ke sana sini seperti haiwan peliharaan. Sekarang pun kamu tak bagi saya main permainan video. Kamu mahu saya buang semua ini dan berhenti?"

"Huh? Deringkan apa?" Lei Ming keliru.

Jiang Muye terkejut dan berhenti sejenak, "Bukan kamu yang deringkan loceng pintu saya?"

"Saya agak jauh dari tempat kamu sekarang dan saya sedang memandu!" Lei Ming tidak bersalah.

"Kalau macam itu, siapa pula di pintu…tak ramai orang tahu saya tinggal di sini…" Jiang Muye merungut curiga.

"Adakah alamat kamu sudah bocor? Hati-hati, jangan buka pintu itu. Macam mana kalau itu media! Ning Xi masih di sana!" Lei Ming serta merta bertukar cemas.

Jiang Muye tersengih, tidak ambil perduli. "Jadi, kenapa kalau itu media! Apa salahnya kalau wartawan dapat tahu Ning Xi ada di sini?"

Lei Ming menjawab lemah, "Muye, Saya bukan mahu membebel. Tapi walaupun kamu ingin membantunya, dia yang kena terima pertolongan kamu terlebih dahulu! Sekarang, nampaknya jelas Ning Xi tidak mahu naik kapal lanun kamu…"

Jiang Muye meletup serta-merta. "Apa kapal lanun! Siapa yang kamu panggil kapal lanun!"

Loceng pintu masih berdering, lima saat sekali dengan konsisten.

"Saya tak mahu cakap dengan kamu lagu. Saya mahu buka pintu! Sudah lewat begini, siapa pula yang berada di luar…" Jiang Muye memutuskan talian dan berjalan ke ruang tamu luar dengan tidak sabar.

Jiang Muye memeriksa monitor elektronik terlebih dahulu untuk melihat siapa di luar, dan sungguh terkejut, seperti melihat hantu.

Alamak! Lu Tingxiao!! Kenapa dia datang…"

Lelaki di luar pintu memakai pakaian rumah yang berwarna kelabu dan sepasang selipar. Dia sedang memegang beberapa barang di tangannya. Walaupun pakaiannya sangat santai, atas sebab tertentu, Jiang Muye merasakan seperti satu tiupan angin dari glasier sedang menghembus ke lehernya, begitu sejuk sehingga menggigil.

Seperti arnab yang baru saja melihat seekor serigala, Jiang Muye berjalan berulang-alik dalam bulatan penuh kegelisahan. Selepas loceng berbunyi dua kali lagi, dia menarik nafas panjang, lalu membuka pintu.

Ketika dia membuka pintu, sikapnya terus berubah menjadi penuh hormat. "Eh, kenapa kamu di sini…"

"Untuk melawat kamu." Lelaki itu menjawab tanpa emosi.

"Oh…silakan masuk! Sila masuk…" Jiang Muye menjemput mesra.

Lu Tingxiao melihat alat pengawal permainan di atas lantai, dan juga makanan ringan dan wain. Kemudian, dia duduk di sofa.

Apabila terlihat reaksi Lu Tingxiao, Jiang Muye batuk kecil dan menjelaskan, "Kof, kerja sangat meletihkan, jadi jarang ada masa untuk saya rehat."

Ini langsung tiada kaitan dengan Lu Tingxiao. Dia bertanya biasa, "Bila kamu sampai?"

"Baru sahaja." Jiang Muye mencari seketika dan akhirnya terjumpa seuncang daun teh. Namun, tiada air panas di rumahnya. Dia keluarkan sebotol air mineral dari peti sejuk lalu bertanya, "Saya tak sempat masak air panas, ini boleh?"

"Tak perlu susah payah, saya tak duduk lama." Lu Tingxiao menuding jari ke beberapa kotak yang dibawanya. "Semua ini dari ibu kamu."

"Dia sepatutnya pesan pada orang lain untuk membawanya ke sini. Kenapa dia mengganggu kamu untuk datang sini pada waktu malam!" Di dalam hatinya, Jiang Muye menyalahkan ibunya seratus kali ganda. Kenapa ibunya, tanpa petunjuk atau sebab, memesan kepada lelaki ini untuk membawa barangnya ke sini! Kan ibunya tahu, orang ini paling ditakutinya? … Baiklah, jelas sekali, ibunya menghantar Lu Tingxiao untuk memeriksa keadaannya…


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C64
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login