Download App
4.07% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 59: Watak Hero Lelaki Kedua ialah Seorang Bintang Besar yang Kacak

Chapter 59: Watak Hero Lelaki Kedua ialah Seorang Bintang Besar yang Kacak

Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun Ning Xi telah membuktikan kemahiran lakonannya kali ini, tetapi reputasinya tidak bertambah baik walaupun sedikit. Oleh sebab prestasinya terlalu baik, hingga berjaya meyakinkan orang lain untuk melihatnya sebagai seorang penggoda. Malah mereka menyangka dia bukannya berlakon, tetapi itu ialah dirinya yang sebenar.

Pengarah Guo takut perasaannya akan tersinggung, lalu cuba memujuk Ning Xi sebelum dia pulang ke rumah. "Ning Xi, bersabarlah. Pelakon bagi watak hero lelaki kedua akan menyertai kita bulan depan, banyak lagi akan berlaku!"

Ning Xi tersenyum pahit. "Pengarah Guo, siapa akan mainkan watak hero kedua? Kamu berahsia tentang hal ini sejak awal lagi, tak berikan apa-apa petunjuk langsung. Saya faham kalau kamu berniat sembunyikan rahsia ini dari media sebagai gimik, tetapi dengan kami juga awak tak boleh beritahu?

"Saya tak boleh cakap. Bagaimana jika ada orang tersilap cakap nanti? Apa yang boleh saya beritahu, watak hero lelaki kedua akan dilakonkan oleh seorang bintang besar!" Quo Qisheng berkata penuh misteri.

Jia Qingqing terdengar kata-kata pengarah itu semasa lalu di hadapan mereka, lalu menggumam dengan jijik. "Hanya watak hero kedua, tidak mungkin dia bintang yang besar! Adakah dia terkenal seperti raja filem Zhao Sizhou? Kak Xueluo, kan?"

Ning Xueluo hanya tersenyum dan tidak menjawab. Namun, ia jelas bahawa dia juga merasakan Pengarah Guo terlalu melebih-lebih.

Ning Xi tidak mengendah ejekan Jia Qingqing. Dia menuruti di belakang Guo Qisheng dengan rapat dan mula bertanya. "Adakah dia kacak? Mesti kamu boleh beritahu bukan? Dalam skrip, hero kedua sepatutnya sungguh kacak sehingga semua gadis di dalam kota berpura-pura sakit supaya berpeluang melihatnya!"

Ning Xi akan melakonkan beberapa babak intim dengan hero kedua. Dia bukan hanya perlu bermain cinta dengannya, ada juga beberapa babak seks. Selain itu, mereka juga akan selalu berpelukan dan bercium. Jadi, memang sukar bagi dia untuk mengendahkan perkara ini.

"Sudah tentu dia kacak, saya rasa kamu akan sangat berpuas hati! Apabila tiba masanya, jika kamu tidak pengsan kerana terlalu gembira, maka ia akan menjadi satu kejutan!"

"Tidak mungkin, Pengarah Guo. Jangan tipu saya! Saya serius dalam hal ini!"

Masa berlalu secepat kilat, dan kini sudah tiba bulan Ogos. Dia telah tinggal di kediaman Lu selama dua minggu dan hubungannya dengan Si Cilik semakin baik dan rapat. Kerjanya di set penggambaran pada masa ini juga turut berjalan lancar.

Ning Xueluo dan Jia Qingqing telah menjadi satu pakatan, dan sekali-sekala, mereka akan bermain helah dengannya. Walaupun dia berjaya melepaskan diri daripada semuanya, menjadi terlalu letih untuk sentiasa berjaga-jaga pada mereka setiap hari. Jadi, dia akan mencari satu peluang baik untuk mengalahkan mereka sekaligus.

Bercakap mengenai perkara ini, terasa pelik, tetapi dia berasa ada seseorang dalam pasukan penerbitan yang selalu membantunya di belakang tabir. Sudah beberapa kali, dia nyaris terkena helah, tetapi berjaya diselamatkan oleh petunjuk kecil yang diberikan kepadanya. Besar kemungkinan, ada orang yang tidak menyukai sikap Jia Qingqing yang dominan dan angkuh. Ning Xi tidak terlalu memikirkannya.

Sekarang, masalah terbesarnya ialah cabaran untuk pergi ke lapangan terbang untuk menjemput seorang lelaki yang sangat menjengkelkan.

Sepanjang hari, semasa dia berada di set penggambaran, lelaki itu tidak henti-henti menghubunginya untuk mengingatkan.

Selepas habis bekerja, Ning Xi terus pulang ke kediaman Lu dahulu untuk mendapatkan peralatannya.

"Kamu dah balik. Sebuah restoran periuk panas baru dibuka. Adakah kita nak bawa Si Cilik keluar malam ini?" Lu Tingxiao duduk di atas sofa sambil membaca surat khabar. Apabila dia melihat Ning Xi telah pulang, dia bertanyakan soalan itu dengan bersahaja, seperti bertanya kepada isterinya sendiri.

Ning Xi terkejut dengan fikirannya sendiri. Hanya lebih dari setengah bulan, tetapi dia sudah selesa bersama dengan Lu Tingxiao.

Kedua-dua mereka, bersama Si Cilik ; terasa seperti mereka hidup sebagai satu keluarga.

Ning Xi menggeleng kepala untuk membuang kesemua pemikiran aneh ini, lalu berkata dengan canggung, "Maaf, malam ini saya sibuk. Saya baru nak ke lapangan terbang untuk berjumpa seseorang, dan saya mungkin akan balik lewat. Si Cilik mahu makan periuk panas? Kenapa kamu tidak bawa dia keluar?"

"Kalau kamu tak ada, dia tidak akan keluar dengan saya."

"Kof…baiklah. Kita makan lain kali ya!"

Lu Tingxiao menurunkan surat khabarnya dan memandang dengan mata gelap yang dalam, "Berjumpa kawan?"

"Er, lebih kurang…" Ning Xi mengangguk teragak-agak.

"Lelaki atau perempuan?"

"Er…" Bukankah soalan ini telah melampaui batas?


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C59
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login