Download App
3.59% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 52: Ciuman Penyembuhan

Chapter 52: Ciuman Penyembuhan

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kamu rasa bagaimana saya dapat watak ini?" Ning Xi menyilang lengannya dan bersandar pada kerusinya sambil bertanya selamba.

Nampaknya Su Yan sudah hilang kesabaran, dan menampar meja. "Ning Xi! Kamu lebih tahu dengan situasi yang biasa dialami oleh gadis seperti kamu dalam industri hiburan! Kenapa kamu begitu keras kepala dan masih mahu menempuhinya?

"Heh, gadis seperti saya…" Ning Xi tersenyum sinis. "Apa hak Tuan Muda Su untuk maki saya dengan kata-kata ini?"

Sekiranya dia masih muda seperti dahulu, dia pasti sudah histeria mendengar kata-kata lelaki ini.

Pada masa itu, Su Yan telah berulang kali memberitahu dia tidak mahu bakal isterinya terlibat dengan industri hiburan. Namun, lain pula ceritanya dengan Ning Xueluo. Dia telah menyokong sepenuhnya. Malah kini, dia masih berani mengkritik Ning Xi dengan pilihan hidupnya.

"Xiao Xi, walaupun kita telah berpisah, saya telah melayan kamu seperti adik sendiri. Saya hanya mahu membantu kamu. Boleh tak kamu jangan begitu degil? Ambil duit ini dan batalkan kontrak kamu dengan Cahaya Bintang. Tinggalkan dunia hiburan!" Su Yan menasihatinya bersungguh-sungguh.

"Heh, bantu saya?" Mata malas Ning Xi serta-merta bertukar dingin. "Sekarang bila saya fikir semula, saya memang perlukan pertolongan Tuan Muda Su dalam satu perkara! Saya harap Tuan Muda Su boleh bantu saya untuk memberitahu perkara sebenar kepada keluarga Ning, dan memberi keterangan di mahkamah bahawa Ning Xueluo telah merasuah dua orang lelaki untuk merogol saya. Boleh tak kamu bantu saya?

"Xiao Xi, saya…" Muka Su Yan menjadi pucat. "Kalau saya lakukannya, kerjaya Xueluo pasti akan hancur… Paling tidak, tindakannya pada masa itu hanya boleh dianggap sebagai cubaan jenayah. Kamu sendiri telah memasuki bilik yang salah dan tidur dengan orang lain…"

Walaupun Ning Xi dapat menjangka itu jawapannya, hatinya tetap perit mendengarnya. Dia mengejek, "Jadi, apa yang kamu katakan, pada masa itu, kamu berdua langsung tidak bersalah? Semuanya salah saya kerana saya telah diberikan dadah, salah saya, saya dirogol, salah saya, saya mengandung anak luar nikah dan salah saya, bayi saya lahirkan mati!"

Su Yan mengerut dahinya. "Xiao Xi, itu bukan maksud saya! Saya dan Xueluo sudah memohon maaf daripada kamu untuk perkara ini. Kami juga berusaha sedaya upaya untuk membetulkan kesalahan kami beberapa tahun ini. Kenapa kamu tidak boleh melupakannya?"

Ning Xi mengangkat begnya dan berdiri, "Heh, kamu suruh saya lupakan? Apabila Xueluo kamu dirogol oleh orang lain dan mengandung anak luar nikahnya, kamu boleh berjabat tangan dengannya dan menjadi pak sanggup kepada anak luar nikah itu dengan gembira, barulah kamu boleh datang dan tanya saya sekali lagi!"

Wajah Su Yan berubah serta-merta. "Ning Xi! Bagaimana kamu boleh cakap macam ini!"

"Huh, saya hanya cakap sahaja, dan hati kamu sudah sebegini sakit. Kamu tak akan tahu betapa sakitnya sehingga kamu mengalaminya sendiri. Kamu harap saya boleh memaafkan kamu berdua? Saya tak akan maafkan kamu dengan begitu senang!" Ning Xi meluru keluar dengan marah.

Memang nasib buruk!

Dia tidak patut melayan Su Yan. Hatinya sakit dan rasa sungguh meluat sehingga rasa laparnya mati begitu sahaja.

Dia perlu bergegas balik dan memeluk Ban Kecil untuk menyembuhkan hatinya.

Sebaik sahaja dia sampai ke pintu kediaman Lu, dia melihat satu ban kecil yang putih lagi lembut berlari ke arahnya.

Nampaknya, dia telah menunggunya ketibaannya di tepi tingkap.

Hati Ning Xi sembuh serta-merta, dan dia memberi Ban Kecil satu ciuman besar seperti biasa.

"Sayang, kamu sudah makan belum? Saya ada hantar mesej beritahu kamu tidak perlu tunggu Mak Cik, dan kamu harus makan dulu. Ada kamu buat?"

Ban Kecil mengangguk.

"Budak baik!" Ning Xi mencium Ban Kecil sekali lagi sebagai ganjaran.

"Kamu pergi main dulu, Mak Cik mahu naik ke atas untuk tukar pakaian dan mandi!"

Ban Kecil mengganguk.

Mereka berdua berjalan masuk rumah sambil berpegangan tangan.

Lu Tingxiao yang berdiri di tepi jendela tingkat kedua memandang adegan yang berlaku di bawahnya dan berasa hiba. Dia tidak pernah tahu dia seorang yang kuat cemburu.

Malah, dia juga mula cemburu dengan anaknya sendiri.

Sebaik sahaja Ning Xi kembali, wanita itu telah mencium anaknya, bukan sekadar sekali, tetapi dua kali.

Manakala dia hanya boleh melihat dari jauh.

Perkara pertama yang dilakukan oleh Ning Xi apabila dia kembali ke bilik tidurnya ialah untuk. Membuka. Branya!

Terlalu menyeksakan untuk memakai benda ini pada musim panas yang begitu hangat ini.

Dia mencapai ke belakang untuk menanggalkan kancing, lalu mula menarik keluar branya. Separuh jalan sebelum dikeluarkan, pintu di belakangnya tiba-tiba terbuka.

"Ning…" Lu Tingxiao belum sempat menghabiskan kata-katanya dan terus tergamam. Tangannya masih di tombol pintu bilik, dan muka yang terpana melihat situasi di dalam bilik.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C52
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login