Download App
2.62% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 38: Kamu ialah Raja Segala Syaitan

Chapter 38: Kamu ialah Raja Segala Syaitan

Editor: EndlessFantasy Translation

CEO Lu bernasib baik. Kerana sudah larut malam, tidak ada orang lain di dalam tandas wanita. Dia terus ternampak Ning Xi yang sangat mabuk, duduk di atas lantai sambil bersandar pada pintu tandas.

Dia menendang kasut tumit tingginya ke arah yang berbeza, dan kandungan begnya telah tumpah dan berselerak diatas lantai. Rambutnya berserabut. Dia seperti orang yang sangat berbeza daripada penampilannya yang sempurna tadi.

Sedetik rasa kasih singgah ke mata Lu Tingxiao ketika dia memungut begnya dari lantai dan satu demi satu, mengumpul baranyan yang berselerak di atas lantai. Kemudiannya, dia memungut kasut tumit tinggi dan meletakkan tangannya di pinggang wanita itu untuk meyokong badannya.

Sebelum dia sempat mengangkatnya, Ning Xi tiba-tiba memegang pintu tandas dengan kuat dan enggan melepaskannya. Dia nampak begitu terperanjat dan sangat mabuk ketika menatap wajah lelaki di depannya itu. "Kamu ialah…"

"Lu Tingxiao."

"Lu Tingxiao…" Ning Xi terpesona seketika. Tiba-tiba dia melaung, "Kamu penipu Kamu ingat saya bodoh? Ini tandas wanita!"

Adakah perempuan terlalu mabuk atau berpura-pura mabuk? Dia seperti masih boleh berfikir dengan waras.

"Saya tidak tipu kamu."

"Penipu…Saya tak nak ikut…Saya tak nak ikut kamu…" Ning Xi yang mabuk kelihatan seperti seekor landak kecil ketakutan, penuh berwaspada.

Ning Xi enggan beredar, jadi Lu Tingxiao terpaksa menurunkan barangannya dan cuba memujuk. "Apa yang saya perlu lakukan supaya kamu percaya kepada saya?"

"Tunjukkan kad pengenalan kamu!" Ning Xi kelihatan seperti seorang polis yang memeriksa pemandu yang mabuk.

Bibir Lu Tingxiao membentuk senyuman, dan seperti orang awam yang baik, dia mengeluarkan dompet kulitnya untuk mengeluarkan kad pengenalan lalu dihulurkan kepada wanita itu.

Ning Xi memegang kad kecil itu dengan tangan yang bergetar. Matanya hampir menyentuh tulisan di atas kad itu sewaktu dia cuba membaca, "Lu…Ting…Xiao…kamu betul adalah Lu Tingxiao…"

Lu Tingxiao mengangguk kepalanya sambil bertanya, "Adakah kita boleh beredar sekarang?"

"Saya tak nak pergi! Saya tak nak pergi dengan kamu! Kamu adalah Raja Segala Syaitan… tak nak pergi. Tak nak pergi. Tak nak pergi…" Ning Xi lebih resah.

"Raja Segala Syaitan…" wajah Lu Tingxiao berubah menjadi gelap. Jadi ini apa yang wanita ini fikir tentangnya. Lu Tingxiao rasa dia sudah melayannya dengan cukup baik.

Kedua-dua mereka buntu. Tiba-tiba, satu bunyi derapan kaki datang dari luar tandas.

"Ning Xi…Ning Xi, kamu ada di dalam?"

Lu Tingxiao kaku. Sekiranya seseorang terjumpanya di dalam tandas wanita, dia tidak akan dapat menunjukkan wajahnya di ibu negara ini lagi.

Langkah kaki semakin dekat sehingga mereka hampir boleh melihat pakaian orang itu. Lu Tingxiao menyumpah tanpa suara dan kemudian memungut beg dan kasut Ning Xi lalu menariknya ke belakang pintu yang dipegangnya.

Orang di luar tandas itu ialah penulis skrip, Ye Ling Long.

Ning Xi masih orang baru di dalam industri hiburan dan tidak mengenali sesiapa dalam kru filem. Hanya Ye Ling Long yang perasan kehilangannya setelah pergi ke tandas untuk waktu yang lama, dan tidak kembali. Jadi, dia memutuskan untuk datang mencarinya.

Ning Xi amat terperanjat selepas ditarik ke dalam tandas kecil dengan tiba-tiba, dan cuba untuk melepaskan diri dari pelukan Lu Tingxiao. Ye Ling Long jelas menyedari pergolakan yang berlaku di dalam tandas.

"Ning Xi, adakah kamu di dalam?"

Apabila mendengar orang itu semakin rapat, muka Lu Tingxiao bertukar hitam seperti bahagian bawah periuk. Ketika itu, Ning Xi menggigit tangan Lu Tingxiao yang menutup mulutnya. Ia terlalu menyakitkan sehingga keningnya berkerut.

Lu Tingxiao rasa seperti mahu pengsan. Adakah dia pernah berada dalam keadaan yang lebih sukar daripada ini?

Selepas menghela nafas yang dalam, Lu Tingxiao berkata dengan suara garau dan serak, "Jangan tergesa-gesa…saya berikan kepada kamu sekarang…"

Ye Ling Long yang hampir mengetuk pintu itu tergamam untuk seketika apabila dia terdengar suara lelaki. Dia berhenti sejenak untuk memahami keadaan, dan kemudiannya mukanya menjadi merah dan dia bergegas keluar dari tandas itu dengan secepat mungkin.

Siapa sangka dia akan terjumpa satu pasangan menjalankan 'perniagaan' di sana?

Ini sebuah hotel. Kenapa mereka tidak dapatkan satu bilik jika mereka mahu melakukannya? Mustahil untuk memahami pilihan sesetengah orang!

Selain daripada itu, tandas wanita memang kosong. Ning Xi, ke mana pula dia pergi?

Ye Ling Long tidak jangka bahawa wanita yang 'menjalankan perniagaan' di dalam bilik tandas kecil itu ialah Ning Xi yang sedang dicarinya.

Setelah mendengar bunyi derapan kaki yang semakin menjauhi, Lu Tingxiao menghembuskan nafas lega.

Dia duduk di atas mangkuk tandas dan melonggarkan tali leher sementara wanita kecil yang buat perangai itu duduk di atas lututnya. Dia berkata dengan dingin, "Berhenti buat bising!"

Jika tidak, lakonan ini akan menjadi nyata.

Nada lelaki ini terlalu mengerikan sehingga mengejutkan Ning Xi. Dia mula tersedak dengan kuat dan wajah seperti telah dianiaya.

Setelah menakutkannya, Lu Tingxiao cuba memujuk dengan menepuk belakangnya "Minta maaf, saya tidak patut menakutkan kamu."

Namun, orang di dalam pelukannya menjadi lebih sedih dan air matanya mula jatuh.

Dia berasa tidak terdaya.

Kenapa wanita ini jauh lebih sukar untuk dijaga berbanding dengan Si Cilik?


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C38
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login