Download App
2.41% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 35: Keremajaan Itu Tidak Wujud Lagi

Chapter 35: Keremajaan Itu Tidak Wujud Lagi

Editor: EndlessFantasy Translation

Sehingga hari ini, masih ada lagi orang yang bergurau tentang waktu anak perempuan Ning Yaohua telah minum air lemon untuk mencuci tangan, dan waktu dia memakai pakaian palsu apabila menghadiri jamuan makanan. Sekiranya orang mendapat tahu tentang kejadian itu, ke mana dia hendak letak maruahnya?

Apabila mendengar kata-kata Ning Yaohua, Ning Xi terus menjadi pucat.

Malam itu, orang asing itu, bayi yang mati itu…

Ini semua kelemahannya.

Pada masa itu, keluarga Ning telah meyembunyikan segala-galanya kerana takut akan malu. Ning Xueluo pula berdiam diri kerana takut akan mendedahkan perbuatannya. Namun, ia masih mimpi ngeri paling gelap buat Ning Xi.

"Aku akan bagi peluang supaya kamu sendiri menarik diri dari watak ini. Tetapi, kalau kamu enggan, jangan salahkan saya jika saya tidak mengiktiraf hubungan ayah-anak kita."

"Oh, jadi masih ada hubungan ayah-anak antara kita…"

"Ayah, Xiao Xi…apa yang berlaku?" dari belakang Ning Xueluo bertanya dengan suara yang terkejut.

Dengan kemunculan Ning Xueluo, Ning Yaohua terus beralih kepada wajah yang penuh kasih sayag. "Usah kamu bimbang. Apabila kamu balik nanti, minta syarikat kamu untuk mencari heroin kedua yang lebih baik."

Makna tersuratnya ialah Ning Xi harus digantikan.

Ning Xueluo amat gembira, tetapi masih gementar. "Ayah, kenapa? Watak heroin kedua sudah pun diberikan kepada Xiao Xi!"

"Sudah cukup baik untuk dia melakonkan watak kecil dan kameo, tetapi mana mungkin dia boleh menjayakan watak yang begitu penting? Saya tidak melabur 30 juta yuan dalam drama ini untuk dia bermain!"

"Tapi Ayah, Xiao Xi telah berusaha keras untuk mendapatkan watak ini…"

"Xueluo, jangan bela dia lagi. Saya sudah beritahu kamu sebelum ini, jangan membantunya, tapi kamu tidak pernah dengar nasihat saya! Kamu masih lagi memuji dia di depan wartawan! Adakah dia patut dapat semua pujian itu?"

"Tapi Xiao Xi masih..."

"Senyap, perkara ini tidak patut disebut. Saya sudah katakan sebelum ini, kamu seorang saja anak perempuan saya."

"Ayah, janganlah marah. Saya tak kata apa-apa lagi, okey?"

"Saya masih ada urusan perlu saya selesaikan, saya beredar dulu. Kalau kamu ada masa, tolonglah ayah meyakinkan dia supaya tidak begitu degil!" Ning Yaohua memberi satu pandangan terakhir yang dingin kepada Ning Xi seperti menyeru supaya menjaga tindak-tanduknya. Kemudian, dia berpaling dan beredar.

Selepas Ning Yaohua beredar, riak wajah manis dan patuh Ning Xueluo terus berubah, dan bercakap tanpa rasa bersalah, "Ning Xi, jangan kata kali ini saya yang menyusahkan kamu. Pada mulanya, saya mahu beri peluang kepada kamu. Sayang sekali…"

"Ha…" Ning Xi tidak dapat menahan ketawa. Tetapi bunyi yang terkeluar kedengaran menyedihkan.

Siapa sangka akhirnya, orang yang memusnahkan segala usaha dan membuangnya ke tepi adalah ayahnya sendiri.

Dia telah lama bekerja keras dan menumpukan semua perhatiannya untuk persediaan watak ini, tetapi untuk apa?

Sekelip mata, semuanya telah berakhir…

Apabila majlis perasmian itu berakhir, waktu sudah pun menjangkau sebelas malam.

Nampaknya betul orang kata, sangat senang mabuk jika kamu berasa kecewa.

Ning Xi berasa dia tidak minum begitu banyak malam itu. Tapi, apabila dia bangun, tubuhnya tidak stabil dan kepalanya berdenyut sakit.

Jadi, sudah tentu pada saat ini, muncul orang yang membuatnya lebih tidak senang hati…

Su Yan…

Di sisi Ning Xi, semua pelakon dan kru, terutama wanita yang hadir, riuh menyatakan betapa terkejutnya mereka apabila melihat orang yang mendekati mereka.

"Ah! Tuan Muda Su! Dia sungguh kacak! Dia nampak seratus kali lebih tampan berbanding apa yang dikhabarkan!"

"Sudah tentu dia datang untuk menjemput Ning Xueluo balik! Cemburunya! Ning Xueluo mempunyai kerjaya hebat, dan berasal dari keluarga yang baik. Tambahan pula, teman lelakinya begitu tampan! Apa yang dijangka dari seorang Pemenang dalam Kehidupan!"

"Orang seperti ini sudah menjadi pemenang sejak mereka dilahirkan. Sampaikan kita tiada hak untuk iri hati kepadanya!"

...

Ning Xi bersandar pada dinding untuk mendapat sokongan. Pandangannya tepat pada lelaki yang menuju ke arah Ning Xueluo.

Keluarga Su telah berjaya beberapa tahun kebelakangan ini. Status Su Yan seperti bot di gelombang lautan yang tinggi. Sebaliknya, Ning Xi hanya seperti bayangan pudar masa silamnya.

Budak dari zaman silamnya yang menetap di kawasan desa untuk menyembuhkan penyakit paru-parunya, yang telah menjadi Abang Yan yang lembut dan selalu membaca kepadanya. Budak itu sudah mati mengikut masa yang berlalu.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C35
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login