Download App
2.34% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 34: Pertunjukan Indah antara Seorang Bapa Berhati Besar dan Puterinya yang Taat

Chapter 34: Pertunjukan Indah antara Seorang Bapa Berhati Besar dan Puterinya yang Taat

Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya tak sangka Pengerusi Ning akan meluangkan masa dari jadual yang sibuk untuk menghadiri majlis perasmian kami! Ini satu penghormatan besar!" kata Pengarah Guo.

"Mari, Pengerusi Ning. Jemput duduk di sini!" Pengusaha filem Wang menawarkan tempat duduknya kepada Ning Yaohua supaya dia boleh duduk bersebelahan dengan anak perempuannya.

Wajah Ning Yaohua penuh dengan kasih sayang seorang bapa apabila menatap wajah Ning Xueluo. "Kamu terlalu sopan, Pengarah Guo. Anak perempuan saya berada di bawah jagaan kamu."

"Pengerusi Ning, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Puteri kamu sudah sedia hebat, dia tidak perlukan penjagaan saya!"

"Anak ini selalunya sibuk, saya jarang melihatnya. Jika bukan kerana kehadiran saya ke majlis ini, ayah ini tidak akan dapat melihatnya langsung!" Walaupun Ning Yaohua kelihatan merungut, namun wajahnya begitu bahagia sekali.

"Hahaha, Xueluo sangat rajin, Pengerusi Ning boleh tumpang gembira. Tapi Xueluo, kamu juga bersalah, tidak balik ke rumah untuk menjenguk ibu bapa, tak kira betapa sibuknya kamu!" Pengarah Guo menegur.

"Ya, Pengarah, saya bersalah! Ayah, janganlah marah. Malam esok saya akan pulang untuk makan malam!" Ning Xueluo bermanja dengan Ning Yaohua sambil memeluk lengannya, seperti anak yang patuh.

"Lihat, kena minta tolong Pengarah Guo juga untuk menasihati puteri saya ini untuk meluangkan masa menjenguk saya!"

"Ayah, ada ramai orang di sini. Bagilah muka sikit!"

"Ya, ya, ya. Kamu bintang besar sekarang, saya tidak berkuasa mengatakan apa-apa lagi!"

Ning Xi sangka dirinya sudah cukup cekal. Namun, apabila dia melihat pertunjukan indah antara bapa berhati besar dan puterinya yang taat, dadanya terasa lemas sehingga dia ingin melarikan diri.

Walaupun emosinya sedang bergolak, dia bersyukur dapat mengekal riak wajah yang tenang. Dia berbual dengan penulis skrip di sisinya, seperti tidak sedar terhadap apa yang berlaku di sekeliling.

Dia boleh berpura-pura untuk tidak perasan, tetapi ada yang tidak sependapat dengannya. Renungan tajam Ning Yaohua seperti pisau menusuk hatinya. Penampilannya di majlis perasmian itu memalukannya.

Akhirnya, Ning Xi berjaya melarikan diri dari bilik itu dengan alasan untuk ke tandas. Dia berjalan ke tepi jendela yang terbuka di hujung koridor untuk menghirup udara yang segar.

Dia mengeluarkan sekotak rokok dan pemetik api dari beg. Namun, selepas berfikir sejenak, dia akhirnya menyimpannya kembali.

Dia cuba untuk berhenti merokok.

Hari ini merupakan kali pertama dalam masa yang lama dia teringin merokok.

Angin malam meniup mukanya dan menenangkan dirinya sedikit.

Pada ketika itu, kedengaran bunyi derapan kaki dari belakang.

Ning Xi membeku, tetapi apabila dia berpaling ke belakang, riak wajahnya tidak boleh dibaca, seperti topeng. "Pengerusi Ning datang mencari saya?"

Ning Yaohua memandangnya dengan riak wajah serius. Dia kelihatan amat tidak senang dengan cara pemakaiannya.

Ning Xi memandang ke bawah dengan senyuman kecil. "Ah, Pengerusi Ning, di bilik itu tadi kamu asyik memandang saya. Kamu tak takut orang lain akan salah faham?"

Lagipun, kepada orang luar, dia penaja dan Ning Xi seorang selebriti cantik yang kurang dikenali. Memang mudah untuk memulakan tanggapan palsu kepada hubungan mereka.

"Anak sial, apa yang kau cakap ni?" Ning Yaohua naik berang.

Ning Xi mengerut kening dan menjawab "Jelas sekali saya bercakap bahasa manusia. Adakah Pengerusi Ning tidak memahami bahasa manusia?"

"Kau…" Ning Yaohua mengangkat tangannya.

Sebelum tangannya jatuh, satu tangan halus memegang kejap tangan Ning Yaohua.

Tidak mungkin Ning Xi akan membiarkan Ning Yaohua memukulnya lagi.

Dia tiada hak.

Dengan marah, Ning Yaohua merentap tangannya dari genggaman wanita itu. "Baik kamu tarik diri dari watak ini sekarang. Kamu hanya akan terus memalukan saya jika kamu berterusan seperti ini di khalayak ramai!"

Riak wajah Ning Xi bertukar dingin, "Saya mendapat watak ini dengan cara terhormat, mengapa ia memalukan?"

"Kamu selalu mahu mengikut apa yang Xueluo mahu lakukan. Lihatlah diri kamu, kamu tidak mungkin dapat bersaing dengannya. Kamu meluru masuk ke industri hiburan, kamu mahu orang lain mula tahu tentang kejadian yang memalukan keluarga Ning?" Ning Yaohua mencerlung kepadanya, matanya penuh dengan rasa jijik.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C34
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login