Download App
2.27% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 33: Mahu Jatuhkan Aku? Tidak Semudah Itu!

Chapter 33: Mahu Jatuhkan Aku? Tidak Semudah Itu!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Xueluo, Ning Xi ialah junior kamu. Apa pendapat anda terhadap keupayaannya untuk melakonkan watak Meng Changge?" Seorang wartawan mengaju soalan kepada Ning Xueluo.

Wajah Ning Xueluo segera bertukar santai dan elegan ketika menjawab, "Junior saya ini memang berbakat. Saya percaya dia tidak akan mengecewakan semua orang…"

Apabila ditanya mengenai Ning Xi, Ning Xueluo penuh dengan kata-kata pujian.

Sesiapa yang tidak tahu apa-apa akan menganggap dia hanya memuji juniornya. Namun, Ning Xi sangat kenal dengan isi hati Ning Xueluo.

Dia bukannya mahu membantunya, sebaliknya sedang mengatur perangkap supaya dia jatuh.

Majlis perasmian belum bermula lagi, namun pujian Ning Xueluo kepadanya sudah menjejak syurga. Dengan harapan setinggi gunung ini, satu kesilapan terkecil akan menyebabkan kekecewaan yang besar.

Malangnya untuk Ning Xueluo, Ning Xi tidak akan benarkan pelan jahatnya berjaya.

Setelah berlatih dengan keras selama lima tahun ini, dia seikhlas hati percaya dia dapat meyakinkan semua orang lain terhadap keupayaannya.

Mahu jatuhkan aku? Tidak semudah itu! Tunggu dan lihat!

Setelah sesi temu duga berakhir, Ning Xi menghela nafas lega. Chang Li memilih waktu itu untuk mendekatinya.

"Ning Xi, dari mana kamu dapat pakaian ini? Jangan kamu fikir syarikat akan menanggung kos ini! Kamu cuma heroin kedua, bagaimana kamu boleh mencuri perhatian seperti ini? Kamu tak tahu ikut peraturan?" marah Chang Li sebaik sahaja melihatnya.

Sambil bermain dengan rambut hitamnya, Ning Xi menjawab dengan selamba, "Ini bukan keinginan saya, tetapi siapa suruh Kak Chang buat saya lambat ke majlis ini?"

"Kamu…" Oleh kerana ramai orang di sekeliling mereka, Chang Li terpaksa menjaga tutur katanya. "Baik kamu jaga perangai kamu waktu makan malam nanti. Jangan bercakap bukan-bukan yang akan memalukan syarikat kita. Xueluo tidak boleh minum dengan banyak. Jadi, kamu kena ingat untuk minum bagi pihaknya! Dengar tak?"

Ning Xi tidak dapat menahan ketawa. "Kamu mahu saya minum bagi pihak dia? Cik Zhang, kamu mimpi? Kamu patut gembira saya belum curahkan wain ke atasnya!"

Chang Li dengan jelas berpihak pada Ning Xueluo. Jadi, walaupun dia memarahi atau merayu kepadanya, Ning Xi pasti akan menolak. Ning Xi akan lebih tegas dalam keputusannya, dan Chang Li masih tidak akan berani untuk melampaui batasannya.

Chang Li sungguh marah. "Ning Xi, kamu keterlaluan. Kamu cuma dapat watak kecil seperti heroin kedua, tetapi sudah lupa diri?"

Kesabaran Ning Xi tidak cukup untuk melayani Chang Li, lalu dia berpaling untuk beredar.

Chang Li melihat Ning Xi beredar. Walaupun cuma bayangan belakangnya, dia masih memukau.

Tiba-tiba, dia terasa cemas.

Malah sebelum ini, dia sudah syak mereka mungkin tidak akan dapat mengawal Ning Xi lagi.

Wanita ini memang dilahirkan untuk menjadi pelakon.

Sekiranya dia mula bersinar dan mula dikenali ramai, Ning Xueluo tidak mungkin dapat bersaing dengannya.

Memandangkan situasi sudah pun sampai ke tahap ini, dia hanya boleh terus mencuba mengawal dan menghalang segala peluang Ning Xi untuk berkembang.

Selepas majlis perasmian, maka tibalah masa makan malam.

Semua pelakon telah berkumpul di dewan jamuan untuk makan, minum dan saling berkenalan. Suasana kelihatan amat santai dan meriah.

Apabila ternampak ketibaan Ning Xi, penulis skrip, Ye Linglong merupakan orang pertama berdiri, menarik dia ke tepi dan duduk di sisi Ning Xi. Jelas kelihatan betapa gembiranya dia kepada Ning Xi.

"Bercakap pasal kebetulan, kedua-dua pelakon cantik kami datang dari syarikat yang sama dan turut mempunyai nama terakhir yang sama!" Ucap pembantu pengarah, Zhang Rui dengan begitu bersemangati.

Ning Xi senyum dingin.

Haha, ya satu kebetulan.

Syarikat yang sama, di bawah pengurus yang sama, tetapi keadaan mereka jauh berbeza.

Seorang bintang Cahaya Bintang, manakala seorang lagi masih cuba memanjat anak tangga dari tangga terbawah.

Ketika mereka berbual, pengeluar dan pengarah filem tiba-tiba berdiri dan berjalan menuju ke pintu. Penaja terbesar mereka, iaitu pengerusi lembaga pengarah Antarabangsa Ning, Ning Yaohua, telah tiba.


Chapter 34: Pertunjukan Indah antara Seorang Bapa Berhati Besar dan Puterinya yang Taat

Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya tak sangka Pengerusi Ning akan meluangkan masa dari jadual yang sibuk untuk menghadiri majlis perasmian kami! Ini satu penghormatan besar!" kata Pengarah Guo.

"Mari, Pengerusi Ning. Jemput duduk di sini!" Pengusaha filem Wang menawarkan tempat duduknya kepada Ning Yaohua supaya dia boleh duduk bersebelahan dengan anak perempuannya.

Wajah Ning Yaohua penuh dengan kasih sayang seorang bapa apabila menatap wajah Ning Xueluo. "Kamu terlalu sopan, Pengarah Guo. Anak perempuan saya berada di bawah jagaan kamu."

"Pengerusi Ning, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Puteri kamu sudah sedia hebat, dia tidak perlukan penjagaan saya!"

"Anak ini selalunya sibuk, saya jarang melihatnya. Jika bukan kerana kehadiran saya ke majlis ini, ayah ini tidak akan dapat melihatnya langsung!" Walaupun Ning Yaohua kelihatan merungut, namun wajahnya begitu bahagia sekali.

"Hahaha, Xueluo sangat rajin, Pengerusi Ning boleh tumpang gembira. Tapi Xueluo, kamu juga bersalah, tidak balik ke rumah untuk menjenguk ibu bapa, tak kira betapa sibuknya kamu!" Pengarah Guo menegur.

"Ya, Pengarah, saya bersalah! Ayah, janganlah marah. Malam esok saya akan pulang untuk makan malam!" Ning Xueluo bermanja dengan Ning Yaohua sambil memeluk lengannya, seperti anak yang patuh.

"Lihat, kena minta tolong Pengarah Guo juga untuk menasihati puteri saya ini untuk meluangkan masa menjenguk saya!"

"Ayah, ada ramai orang di sini. Bagilah muka sikit!"

"Ya, ya, ya. Kamu bintang besar sekarang, saya tidak berkuasa mengatakan apa-apa lagi!"

Ning Xi sangka dirinya sudah cukup cekal. Namun, apabila dia melihat pertunjukan indah antara bapa berhati besar dan puterinya yang taat, dadanya terasa lemas sehingga dia ingin melarikan diri.

Walaupun emosinya sedang bergolak, dia bersyukur dapat mengekal riak wajah yang tenang. Dia berbual dengan penulis skrip di sisinya, seperti tidak sedar terhadap apa yang berlaku di sekeliling.

Dia boleh berpura-pura untuk tidak perasan, tetapi ada yang tidak sependapat dengannya. Renungan tajam Ning Yaohua seperti pisau menusuk hatinya. Penampilannya di majlis perasmian itu memalukannya.

Akhirnya, Ning Xi berjaya melarikan diri dari bilik itu dengan alasan untuk ke tandas. Dia berjalan ke tepi jendela yang terbuka di hujung koridor untuk menghirup udara yang segar.

Dia mengeluarkan sekotak rokok dan pemetik api dari beg. Namun, selepas berfikir sejenak, dia akhirnya menyimpannya kembali.

Dia cuba untuk berhenti merokok.

Hari ini merupakan kali pertama dalam masa yang lama dia teringin merokok.

Angin malam meniup mukanya dan menenangkan dirinya sedikit.

Pada ketika itu, kedengaran bunyi derapan kaki dari belakang.

Ning Xi membeku, tetapi apabila dia berpaling ke belakang, riak wajahnya tidak boleh dibaca, seperti topeng. "Pengerusi Ning datang mencari saya?"

Ning Yaohua memandangnya dengan riak wajah serius. Dia kelihatan amat tidak senang dengan cara pemakaiannya.

Ning Xi memandang ke bawah dengan senyuman kecil. "Ah, Pengerusi Ning, di bilik itu tadi kamu asyik memandang saya. Kamu tak takut orang lain akan salah faham?"

Lagipun, kepada orang luar, dia penaja dan Ning Xi seorang selebriti cantik yang kurang dikenali. Memang mudah untuk memulakan tanggapan palsu kepada hubungan mereka.

"Anak sial, apa yang kau cakap ni?" Ning Yaohua naik berang.

Ning Xi mengerut kening dan menjawab "Jelas sekali saya bercakap bahasa manusia. Adakah Pengerusi Ning tidak memahami bahasa manusia?"

"Kau…" Ning Yaohua mengangkat tangannya.

Sebelum tangannya jatuh, satu tangan halus memegang kejap tangan Ning Yaohua.

Tidak mungkin Ning Xi akan membiarkan Ning Yaohua memukulnya lagi.

Dia tiada hak.

Dengan marah, Ning Yaohua merentap tangannya dari genggaman wanita itu. "Baik kamu tarik diri dari watak ini sekarang. Kamu hanya akan terus memalukan saya jika kamu berterusan seperti ini di khalayak ramai!"

Riak wajah Ning Xi bertukar dingin, "Saya mendapat watak ini dengan cara terhormat, mengapa ia memalukan?"

"Kamu selalu mahu mengikut apa yang Xueluo mahu lakukan. Lihatlah diri kamu, kamu tidak mungkin dapat bersaing dengannya. Kamu meluru masuk ke industri hiburan, kamu mahu orang lain mula tahu tentang kejadian yang memalukan keluarga Ning?" Ning Yaohua mencerlung kepadanya, matanya penuh dengan rasa jijik.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C33
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank 200+ Power Ranking
    Stone 0 Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login

    tip Paragraph comment

    Paragraph comment feature is now on the Web! Move mouse over any paragraph and click the icon to add your comment.

    Also, you can always turn it off/on in Settings.

    GOT IT