Download App
1.86% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 27: Fauvisme

Chapter 27: Fauvisme

Editor: EndlessFantasy Translation

Butler itu berdiri di satu sudut memerhatikan dua orang di ruang tamu itu, seorang besar dan seorang lagi kecil.

Dia menyedari Ning Xi tidak berkelakuan seperti yang dijangkakan. Dia ingat wanita itu akan cuba memenangi hati tuan muda kecilnya menggunakan apa-apa cara sekalipun. Namun sebaliknya, dia menghabiskan seluruh pagi membaca skrip.

Sementara itu, tuan muda kecil membaca buku-bukunya dan melukis seperti biasa. Tidak banyak perbezaan. Namun, sesiapa saja yang meneliti suasana ini, mereka akan perasan tuan muda kecil kadang kala akan memandang Ning Xi, dan wajahnya akan menjadi lebih tenang dan selesa.

Wanita yang terlalu cantik memang mudah menyebabkan orang lain berasa kurang senang hati. Jadi, apabila butler tua itu mula-mula melihat Ning Xi, dia amat risau dan takut tuan muda sulungnya tertipu.

Dari pemerhatian dia setakat ini, Ning Xi tidak melakukan apa-apa yang tidak sesuai. Namun, dia mungkin menunggu masa yang sesuai…

Terlalu ramai wanita di bandar ini yang berminat menjadi Puan Lu, menggunakan banyak helah untuk menjadi ibu tiri Si Cilik.

Dua tahun lepas, kejadian mengerikan itu juga berlaku kerana ini, dan tuan muda kecil…

Jadi, apabila dia melihat dengan matanya sendiri wanita ini telah memenangi kepercayaan tuan muda sulung, dan tuan muda kedua pula tidak campur tangan dalam urusan mereka, dia memutuskan untuk berhati-hati dengan Ning Xi. Tambahan pula, tuan muda kecil juga nampaknya sangat menyukai wanita ini. Dia tidak dapat menahan diri daripada berhati-hati.

Tanpa disedari, dua jam telah berlalu.

Ning Xi hampir selesai membaca skripnya. Kebetulan, Si Cilik juga baru menyiapkan lukisannya. Dia menunjukkan lukisan itu kepada Ning Xi.

Ning Xi mengangkat kepalanya untuk melihat lukisan itu dan terkejut. "Ini…lukisan ini adalah saya?"

Orang tidak akan dapat jangka Si Cilik yang kelihatan tenang dan senyap, telah memilih gaya lukisan seni fauvisme.

Kebanyakan artis seni fauvisme lebih suka menggunakan warna cerah dan berat dengan garisan lurus dan berani untuk menghasilkan karya seni yang berwarna-warni dan berekspresi.

Walaupun orang dalam lukisan itu kelihatan agak pelik, tetapi ia telah menangkap semua aspek pentingnya. Jadi Ning Xi dapat mengenali dirinya dalam lukisan dengan segera.

Si Cilik mengangguk sambil menggenggam lukisan itu dengan gugup, takut Ning Xi tidak menyukainya.

"Ia…sangat cantik! Bolehkah saya ambil gambar untuk latar belakang skrin telefon saya?" Ning Xi bukannya sengaja memuji keupayaan Si Cilik. Ini memang perasaan sebenarnya. Dia memang suka gaya lukisan seni fauvisme kerana gaya itu memaparkan kontras warna yang bersemangat. Apabila dia meneliti lukisan Si Cilik dengan asas seninya, dia berasa Si Cilik sudah berjaya menguasai gaya lukisan seni itu!

Si Cilik dengan malu menutup mulut dan memberikan lukisan itu kepada Ning Xi.

Ning Xi menuding jari pada dirinya sambil bertanya, "Kamu mahu beri kepada saya?"

Si Cilik mengangguk kepalanya.

"Terima kasih! Saya sangat menyukainya!" Ning Xi memeluk Si Cilik dan mencium pipinya yang lembut.

Si Cilik tergamam sebentar dan muka kecilnya mula merah. Mata yang hitam dan kelihatan kosong akhirnya berkilauan dengan semangat.

Semasa kejadian gembira ini, Ning Xi terdengar bunyi langkah kaki dari atas.

Dia memalingkan kepala dan terlihat Lu Tingxiao menuruni tangga dengan perlahan. Dia memakai pakaian rumah kasual dan rambutnya berserabut. Agaknya dia baru bangun dari tidur.

Penampilan biasa Lu Tingxiao sudah memukau, tetapi jurang antara penampilannya sekarang yang berserabut dan imej biasanya begitu besar dan impaknya lebih kuat. Dia begitu seksi, tiada penawar untuk itu.

Ning Xi terkesima seketika sebelum kembali ke realiti. "Encik Lu, kamu tidak kerja hari ini?" Bukankah hari ini hari Isnin?

"Ya, saya ambil cuti hari ini." Lu Tingxiao mengangguk kepalanya sambil menjawab.

Ning Xi berasa keputusan itu boleh difahami. Dia baru saja menandatangani perjanjian besar yang telah menggunakan banyak usaha dan tenaga. Perkara biasa untuk berehat seketika selepas itu.

Nampaknya Bos Besar Lu juga tahu bangun lewat. Tiba-tiba, jarak di antara mereka berkurangan…


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C27
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login