Download App
1.31% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 19: Kedua-dua Orang Tua Terkejut

Chapter 19: Kedua-dua Orang Tua Terkejut

Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Xi serba salah untuk membuat panggilan itu. Namun akhirnya, dia membuat juga panggilan itu.

Disebabkan kejadian yang berlaku lima tahun lalu, dia sebenarnya tidak terlalu suka pada kanak-kanak. Dia sentiasa mengelak daripada terlalu rapat dengan mereka.

Ia hanya akan membuatkan dia terfikir kenangan sedih dan pilu apabila terkenang anaknya yang telah hilang…

Anak itu pernah membawa harapan dia, tetapi dia juga mewakili kisah silamnya yang paling kotor.

Atas sebab yang tidak diketahui, Si Cilik tidak menyebabkan dia berasa tidak selesa. Sebaliknya, semakin lama dia melihat Si Cilik, semakin dia menyukainya. Dia tidak dapat mengawal diri daripada menyukainya dan ingin lebih rapat dengannya.

Ia sangat pelik.

"Helo…helo?" Panggilan sudah disambung, namun tiada bunyi kedengaran.

Ning Xi pasti, tentu Si Cilik di sebalik panggilan itu, dan dia ketawa ringan. "Adakah ini Si Cilik? Maaf, Mak Cik baru selesai kerja dan baru teringat untuk menghubungi kamu."

Si Cilik tidak boleh menjawab, jadi Ning Xi bercakap seperti bercakap dengan diri sendiri. Tanpa topik perbualan yang khusus, dia terpaksa mencari satu topik untuk dikatakan.

"Sayang, kamu dah makan belum? Kamu terlalu kurus, jadi kamu perlu makan banyak, ya?

"Budak-budak tak boleh terlalu memilih, baru boleh membesar dengan cepat. Sebenarnya, kalau Si Cilik lebih gemuk, pasti lebih comel! Walaupun sekarang, kamu sudah cukup comel…"

"Oh ya, saya baru menonton TV dan ternampak ayah kamu telah berjaya memperoleh perjanjian bisnes yang besar. Ayah kamu sangat mengagumkan, jadi tolong Mak Cik untuk mengucapkan tahniah kepadanya!"

Sepuluh minit kemudian, Si Cilik meletakkan telefon bimbit itu dan mengeluarkan satu tablet yang tidak digunakan untuk sekian lama.

Dia menulis sesuatu dengan cepat: Tahniah.

Walaupun Si Cilik tidak boleh bercakap, dia fasih berbahasa Cina dan Inggeris. Dia rasa menyusahkan untuk menulis dalam bahasa Cina. Jadi, selalunya, dia lebih suka menulis dalam bahasa Inggeris.

Namun, sudah lama dia tidak menulis apa-apa.

Dia tiada keinginan untuk berkomunikasi.

Kedua-dua orang tua itu sangat terkejut.

Lu Jingli pernah menyaksikan kejadian ini. Jadi, dia lebih tenang.

Lu Tingxiao mendengar dengan diam semua yang dikatakan oleh Ning Xi dalam telefon. Jadi, apabila dia ternampak perkataan di atas papan putih itu, wajahnya beku bertukar kepada senyuman yang jarang berlaku. Dia menggosok kepala kecil anaknya sambil berkata, "Terima kasih."

Setelah Si Cilik selesai menulis, dia mula makan malam dengan serius.

Dia juga makan lobak yang paling dibenci.

Kedua-dua orang tua itu masih terkejut.

Anak sulung mereka tersenyum. Cucu kesayangan mereka telah menulis satu perkataan. Cucu kesayangan mereka kini mengambil inisiatif untuk makan malam. Cucu kesayangan mereka makan lobak…

Puan Lu akhirnya pulih dari kejutan dan segera bertanya, "Jingli, apa yang dikatakan oleh gadis itu kepada Si Cilik tadi?"

Tuan Besar Lu juga ingin tahu.

Apabila disoal oleh ibu bapanya, Lu Jingli menjawab dengan perlahan, "Tak banyak. Dia cuma pesan pada Si Cilik supaya jangan terlalu memilih makanan. Dia juga pesan pada Si Cilik untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada abang saya."

Puan Lu tidak percaya. "Itu sahaja?"

Lu Jingli mengangkat bahunya. "Ada apa lagi?"

Tuan Besar Lu rasa bersyukur. "Satu panggilan telefon daripada gadis ini boleh membuat banyak perkara. Hasilnya jauh lebih baik daripada satu tahun kerjasama dengan pakar psikiatri."

"Betul!" Puan Lu berasa terkejut dan gembira. "Gadis ini memang baik. Tingxiao, berusaha!"

Lu Tingxiao menjawab, "Ya."

Puan Lu tidak memandang anak sulungnya dan berpaling kepada anak bongsunya sambil berkata, "Angah, abang kamu ini macam kayu. Dia tidak tahu memikat gadis. Jadi, kamu kena bantu dia, faham?"

"Sekarang kamu sedar betapa bergunanya saya!" Lu Jungli ketawa. "Jangan risau, saya pasti menggunakan pengetahuan seumur hidup saya untuk membantu abang saya! Tetapi, kita perlu membuat perjanjian bahawa kamu berdua tidak boleh campur tangan! Ibu bapa ialahi cara yang paling mudah untuk merosakkan hubungan!"

Kedua-dua orang tua itu bersetuju. "Kami faham. Kami faham. Kami hanya bertanya!"


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C19
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login