Download App
6.04% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 75: Semua Orang yang Membuatkan Kamu Tidak Gembira Mesti Mati (1)

Chapter 75: Semua Orang yang Membuatkan Kamu Tidak Gembira Mesti Mati (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Di dewan utama Kediaman Yun.

Lelaki tua itu memandang dari atas ke bawah gadis cantik yang berdiri di hadapannya. Dia hanya bertenang setelah memastikan gadis itu tidak apa-apa.

"Gadis jahanam, berkeras nak ke jamuan itu dengan tidak berteman! Mujurlah kamu tidak apa-apa. Jika tidak, orang tua ini akan berdepan dengan Putera Mahkota esok!" Nada suaranya marah, tetapi Yun Luofeng dapat mendengar kebimbangan di sebaliknya.

Hatinya merasai kehangatan perasaan itu. "Saya sudah cakap bahawa saya, Yun Luofeng, tidak akan berasa dalam keadaan yang lemah. Saya yang yang akan membuat orang terseksa! Kali ini, bukan sahaja saya tidak membiarkan orang membuli saya, malah telah membuat Putera Mahkota mengangkat tangannya terhadap Mu Wushuang."

Yun Luo merenung cucunya dengan sangat terperanjat. "Kamu kata Putera Mahkota memukul Mu Wushuang? Itu mustahil! Putera Mahkota begitu menyayangi Mu Wushuang. Bagaimana dia boleh memukulnya?"

Yun Luofeng mengangkat bahunya dan menceritakan semula apa yang telah berlaku pada hari ini satu persatu.

"Putera Mahkota kalah pertaruhan dengan saya, jadi dia cuma menunaikan janji. Tapi ada satu hal yang Datuk harus bersedia! Mulai sekarang, akan ada ramai orang yang datang melawat ke sini. Tapi saya tidak ingin berjumpa dengan sesiapa."

Pada mulanya, Yun Lufoeng tidak berniat untuk mendedahkan kebolehan perubatannya sebegini cepat. Dia cuma melakukannya untuk mengajar Mu Wushuang! Oleh itu, dia dapat membayangkan sebaik sahaja kebolehan perubatannya diketahui ramai, mungkin Kediaman Jeneral tidak akan tenang lagi.

Yun Luo ternganga. Seketika kemudian, dia ketawa dengan kuat. Tawa itu dipenuhi kebahagiaan.

"Hahaha, hebat, kamu sememangnya layak menjadi cucu saya. Kamu lakukan dengan baik sekali! Mari kita lihat bagaimana orang dari Kediaman Perdana Menteri Mu cuba menghina kita lagi nanti! Terutama sekali Jing Lin. Bukankah dia kata tanpa bantuannya kamu hanya akan menjadi seperti sampah sepanjang hidup kamu? Mukanya mendapat tamparan hebat kali ini, bukan? Datuk nak lihat bagaimana wajahnya berdepan dengan dunia mulai sekarang!"

Yun Luofeng merenung Yun Luo, yang sedang bahagia ketawa sepenuh hatinya. Angin Yun Luofeng menjadi semakin baik.

"Saya akan membalas semula hutang Keluarga Mu terhadap kita sedikit demi sedikit!" Suaranya begitu bertekad, penampilannya angkuh. "Lagi satu, kali ini saya tidak membiarkan Putera Mahkota untuk bersenang-lenang ! Tunggu esok, Putera Mahkota akan mendapat penyakit mengejut. Selain daripada saya, tiada siapa yang akan mampu merawatnya!"

Atas alasan apakah dia hadir ke jamuan itu? Adakah hanya demi membawa dirinya ke sana untuk dimalukan?

Sudah tentu tidak!

Sebenarnya, dia telah membuat persiapan secukupnya sebelum pergi ke jamuan itu! Tujuannya untuk mengenakan Putera Mahkota! Jadi ketika Putera Mahkota tidak memberikan perhatian, Yun Luofeng menaburkan Serbuk Pelesap Tenaga Rohani pada badan Putera Mahkota.

Seperti namanya, Serbuk Pelesap Tenaga Rohani ini mampu membuat pertapa hilang tenaga rohani mereka. Bagi seseorang seperti Putera Mahkota, kehilangan tenaga rohani lebih perit daripada kematian!

Riak wajah Yun Luo semakin terperanjat, tetapi dia tidak merasakan cucunya telah melakukan kesalahan.

Memang sudah diketahui yang Putera Mahkota telah menghina cucunya selama ini, dan menganiayanya sehingga hampir mati! Sudah tentulah Yun Luofeng berdendam dengan Putera Mahkota.

"Gadis jahanam..." Yun Luo tersenyum sinis, "kenapa tidak beritahu awal-awal yang kamu ada rancangan? Kamu membuatkan Datuk risau. Sekarang sudah lewat, kamu patut pulang dan tidur awal."

Yun Luofeng menggeliat malas. "Selepas ini Datuk tidak perlu risau tentang saya dalam hal sebegini sebab saya tidak akan membiarkan diri saya terseksa!"

Dalam keheningan malam itu, Kediaman Yun sangat tenang dan ini mendedahkan satu keanehan.

Hanya setelah keluar dari dewan itu baru Yun Luofeng perasan sesuatu yang pelik mengenai Kediaman Yun! Sebelum ini, setiap kali dia pulang ke rumah, pasti Yun Xiao berada dalam pandangannya. Tetapi kali ini, lelaki itu masih belum lagi memunculkan diri.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C75
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login