Download App
3.78% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 47: Identiti Terbongkar (1)

Chapter 47: Identiti Terbongkar (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Yun Luofeng memandang orang tua itu dengan rasa hairan. "Datuk tidak tahu?"

Ekspresinya seakan benar-benar terkejut orang tua itu tidak tahu mengenai hal ini.

"Qingyan tidak beritahu Datuk? Semalam, Mu Shen menghantar 45 juta tahil untuk saya, jadi saya minta Qingyan bawa duit itu untuk mengisi bilik simpanan harta."

Keadaan menjadi senyap-sunyi.

Dengan kata-kata Yun Luofeng itu, suasana yang tegang dan menggerunkan beransur reda. Yun Luo merenung gadis muda di hadapannya, pernafasannya juga menjadi tidak sekata.

"Feng'er, terangkan kepada saya, apa halnya ni?"

Tiada siapa yang tahu emosi meradang yang berterusan di dalam hati orang tua itu. Dia terpaksa menggunakan seluruh kekuatannya untuk menahan jantungnya daripada melompat keluar. Walaupun begitu, badannya yang menggigil gagal menyelindungi kemarahannya.

"Datuk," Yun Luofeng mendongak, merenung wajah tua itu. Wajah Yun Luofeng tidak lagi dihiasi dengan kecantikan jahat menawan dan telah digantikan dengan ekspresi serius. "Perseteruan ibu bapa saya, saya pasti akan menuntut bela untuk mereka! Langkah pertama rancangan balas dendam ini ialah Kediaman Perdana Menteri, jadi sewaktu Mu Shen datang mencari saya untuk merawat penyakitnya, saya tanpa belas kasihan memeras dia. Dan ini - ini cuma permulaan!"

Ini cuma permulaan. Mulai sekarang, dia akan perlahan-lahan membuat Kediaman Perdana Menteri jatuh dan juga menginjak kekuatan diraja di bawah kakinya.

Sudah tentu, untuk mengelak daripada menakutkan orang tua ini, Yun Luofeng tidak mengatakan ayat ini dengan kuat.

"Hahaha!" orang tua itu terpegun sejenak, dan kemudian dia ketawa terbahak-bahak.

Sudah berapa tahun? Sudah berapa tahun sejak kali terakhir dia begini tenang dan tidak terhalang? Sejak kematian ibubapa Yun Luofeng, dia telah meneruskan hidup dalam kemurungan! Sekarang, cucu kesayangannya sendiri telah menipu wang Kediaman Perdana Menteri. Jika Perdana Menteri tahu, dia pasti akan marah sehingga separuh mati!

Yun Luofeng mengangkat bahu, "Datuk belum beritahu saya untuk apa Datuk mahu pinjam duit?"

Mendengar ini, ekspresi orang tua itu menjadi suram. "Cucuku tersayang, kamu masih tidak tahu? Baru-baru ini, satu dos Cecair Berubat Pengumpul Roh muncul di Pavilion Perubatan. Satu dos ini sahaja membuatkan ramai bangsawan dan orang berada mahu membelinya. Sudah tentu, Datuk juga tidak mahu ketinggalan, dan inilah sebabnya Datuk pergi merata tempat meminjam duit untuk membeli Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini."

Cecair Berubat Pengumpul-Roh?

Yun Luofeng terpegun. Dia sungguh tidak menyangka datuknya meminjam duit untuk membantu dia membeli dos Cecair Berubat Pengumpul-Roh.

Pada ketika itu, belaian kasih sayang yang hangat terasa dalam hatinya.

"Saya tidak memerlukan Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu."

Melihat ekspresi orang tua itu semasa berckaap tentang Cecair Berubat Pengumpul-Roh,Yun Luofeng merenung seketika sebelum membuat keputusan untuk tidak memberitahu orang tua ini buat masa sekarang kerana takut hati orang tua itu tidak dapat menanggung rangsangan perasaan seperti itu.

"Budak mengarut ni, kenapa cakap yang bukan-bukan? Sekarang keluarga kita mempunyai banyak duit, jadi Datuk akan dapatkan Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini tidak kira apa!" Yun Luo menjeling Yun Luofeng dan berkata dengan sedih.

Yun Luofeng hanya mampu tersenyum. Dia menjual Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu dengan harga 10 juta, jadi bagaimana dia hendak membiarkan orang tua ini membelanjakan wang dua kali ganda untuk membelinya semula? Tidakkah itu kerugian yang sangat besar?

"Tengoklah kekuatan saya sekarang."

"Feng'er, jangan buat masalah. Dalam hal ini, kata-kata Datuk ialah..."

Sebelum sempat mengatakan 'muktamad', Yun Luo terhenti. Dia menjadi gerun apabila dia terpandang dengan tidak sengaja. Seluruh badannya menjadi kaku, dan matanya terbeliak ketika dia ternganga merenung Yun Luofeng dengan rasa tidak percaya.

"Pertapa rohani peringkat-awal tahap-sederhana, kamu..dah berevolusi?

Lima hari lalu, gadis ini masih lagi pertapa rohani peringkat-awal tahap-rendah, dalam jangka masa lima hari yang singkat itu, dia telah berevolusi ke tahap sederhana?

Mengarut!

Bagaimana gadis ini dianggap seperti sampah? Jelas sekali dia ini genius di kalangan cendekiawan!

"Datuk, dengan kelajuan saya seperti ini Datuk masih rasa perlu membeli Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu?" Yun Luofeng memeluk tubuh dan tersenyum jahat kepada Yun Luo. Lalu dia melangkah pergi di bawah renungan kebingungan Yun Luo...


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C47
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login