Download App
1.45% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 18: Cendekiawan Nombor Satu Keluarga Yun, Yun Qingya (6)

Chapter 18: Cendekiawan Nombor Satu Keluarga Yun, Yun Qingya (6)

Editor: EndlessFantasy Translation

Restoran Feng Yu ialah restoran paling mewah di Negara Longyuan!

Menurut khabar angin, pemilik Restoran Feng Yu ini sebahagian dari Keluarga Diraja. Oleh itu, selama ini, tiada siapa yang berani membuat masalah di restoran tersebut. Malah anak-anak bangsawan yang angkuh dan sombong juga bersikap baik apabila memasuki Restoran Feng Yu.

Ketika ini, di sebuah bilik peribadi di dalam Restoran Feng Yu, Putera Mahkota Gao Ling duduk dengan wajah yang dingin dan mengeluarkan aura yang menggerunkan.

"Tuanku Putera Mahkota."

Seorang lelaki berpakaian broked sutera yang duduk di sampingnya tidak dapat menahan diri lagi, wajahnya berkerut ketika berkata, "Bukankah tadi Tuanku pergi ke Kediaman Jeneral? Sejak pulang dari sana, kenapa Tuanku kelihatan sangat marah? Apa yang telah terjadi di Kediaman Jeneral yang membuat Tuanku marah seperti ini?"

Gao Ling menghirup sedikit wain secara ganas dan di wajahnya yang tampan seperti terdapat ledakan kemarahan.

"Sudah pasti kerana Yun Luofeng, si sampah itu! Demi memutuskan pertunangan, Beta menyuruh Jing Lin merawat dia, tapi untuk menjengkelkan Beta, dia menolak! Beta tidak tahu apa yang si sampah itu fikirkan. Hubungan kami mustahil terjalin. Kenapa dia ingin terus menjengkelkan Beta?"

Putera Mahkota selalunya bersikap lembut, hanya apabila nama Yun Luofeng disebut dia akan merasa sangat jengkel. Yun Luofeng disebut sahaja, Putera Mahkota merasa seolah-olah ingin membunuh orang!

"Betulkah?" Lelaki berpakaian broked sutera itu kelihatan terperanjat dengan kata-kata Gao Ling. "Yun Luofeng sebenarnya ada kemahuan begitu? Dia telah mengabaikan keadaan dirinya sendiri hanya untuk berkahwin dengan Tuanku? Tuanku Putera Mahkota, pada pendapat Patik, melihatkan cinta setia Yun Luofeng, Tuanku patut terima sahaja dia."

Gao Ling menjeling tajam ke arah lelaki itu, dengan matanya yang sangat dingin.

"Yun Luofeng, si sampah itu, meski menjadi gundik Beta, itu masih kedudukan yang terlalu tinggi untuknya! Walau apa sekali pun, perkahwinan ini harus dibatalkan!"

Lelaki berpakaian broked sutera itu membuka kipas lipatnya, wajahnya tersenyum, "Jadi, Tuanku telah menemui seseorang yang sama fizikal seperti tuanku untuk menyamar. Dengan cara ini tuanku boleh memerangkap Yun Luofeng itu dan merosakkan reputasinya, dan boleh memutuskan pertunangan dengannya?"

Gao Ling perlahan-lahan kambali tenang, dia mengetap bibirnya yang nipis, sekilas cahaya malap di matanya.

"Jeneral Yun mengawal kekuatan tentera dengan jutaan askar. Jika Beta memutuskan pertunangan tanpa sebab, itu dengan mudahnya akan mengundang kemarahan Jeneral Yun, pada masa itu, itu akan menjejaskan keadaan keluarga diraja kita."

"Walaupun hidup Yun Luofeng akan musnah akibat perangkap tuanku?" Lelaki itu berhenti sejenak, "Tapi Patik dengar, disebabkan perlakuan tuanku, Yun Luofeng cuba membunuh diri."

Gao Ling mendengus, nada suaranya sangat tidak senang. "Adakah Yun Luofeng masih mempunyai reputasi yang baik? Bukankah dia sudah memegang gelaran yang sangat memalukan? Menarik lelaki di jalanan, jadi kenapa? Walaupun dia tidak dapat menahan fitnah dan cuba membunuh dirinya, itu kerana dia seorang wanita tidak dijaga dan curang terhadap tunangnya. Walaupun mati dia tetap akan bersalah. Pandangan umum tidak akan pernah berpihak kepadanya, jadi untuk apa Jeneral Yun membalas dendam untuknya? Sayang sungguh, perempuan tidak guna ini tidak mati, tapi masih hidup!"

Mungkin kerana sangat percaya kepada lelaki berpakaian broked sutera di sampingnya itu, dia tidak menyembunyikan sifat sebenarnya dan dengan kejam mengeluarkan ayat-ayat berbisa itu.

"Oh?"

Tiba-tiba, kedengaran suara bernada terperanjat dari tepinya.

Dia melihat lelaki berpakaian broked sutera itu memandang keluar jendela. Matanya bersinar dengan senyuman bergurau. "Tuanku, bukankah itu si sampah, tunang tuanku?"

Gao Ling tersentak sejenak, kemudian mengikuti arah pandangan mata lelaki itu dan memandang keluar. Pada masa itu, di jalan yang sesak, seorang perempuan berpakaian serba putih singgah di pandangannya. Tetapi, ini hanya membuatkan matanya menjadi semakin dingin.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C18
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login