Download App
85.16% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 758: Rumah Lelong Roh Api (1)

Chapter 758: Rumah Lelong Roh Api (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas makan tengah hari, kumpulan rakan-rakan ini mengambil haluan berbeza.

Disebabkan telah datang terlebih dahulu ke Ibu Negara Diraja Negara Yan, Fei Yan sudah mengumpulkan banyak sumber maklumat. Sepanjang tempoh sebelum Kejohanan Pertempuran Roh bermula, dia meneruskan pencariannya. Selain maklumat mengenai Putera Mahkota Negara Yan, dia juga membuat sedikit kajian mengenai akademi-akademi yang mengambil bahagian di dalam kejohanan kali ini.

Dalam tempoh yang singkat sewaktu mereka menikmati makanan, berita tentang Akademi Zephyr hanya menghantar sepuluh orang ke situ sudah pun tersebar dengan cepat dalam kalangan pasukan dari akademi lain. Ramai yang sudah pun berfikir yang reputasi Akademi Zephyr sudah jatuh tahun ini. Sebaik mendengar berita tersebut, mereka semakin yakin yang telahan mereka itu benar.

Selepas selesai makan tengah hari, Jun Wu Xie tidak kekal berada di rumah tumpangan itu. Negara Yan adalah negara paling kuat di seluruh dunia. Sumber yang mereka miliki dapat ditandingi oleh negara-negara lain. Jadi di Ibu Negara Diraja yang paling makmur ini turut terdapat tempat-tempat yang tidak terbanding dengan negara lain.

Menurut sumber Fei Yan, Jun Wu Xie mendapat tahu yang Ibu Negara Diraja Negara Yan memiliki Rumah Lelong Roh Api, rumah lelong yang terbesar di dunia.Tempat ini dibuka oleh pedagang terkaya di Negara Yan. Ibu pejabat serta cawangan terbesar terletak di Ibu Negara. Rumah lelong itu memiliki pelbagai harta yang jarang ditemui dan luar biasa yang tidak terbilang jumlahnya. Rumah Lelong Chan Lin yang kecil itu tidak mampu mengimpikan untuk dibandingkan dengan tempat ini.

Walaupun mereka telah terlibat dengan pelbagai kejadian huru-hara selama ini, Jun Wu Xie tetap tidak melupakan tentang eliksir yang diperlukan oleh Yan Bu Gui. Untuk membolehkan eliksir itu dihasilkan dengan jayanya, dia terlebih dahulu perlu mengumpulkan herba yang diperlukan. Jadi dia telah menyasarkan Rumah Lelong Roh Api pada ketika itu dan mahu pergi lihat sama ada mereka ada apa-apa herba yang dia perlukan

.

Bandar Ibu Negara ini memiliki aliran pelanggan yang ramai. Seluruh bandar ini dipenuhi rumah-rumah lelong yang kecil dan besar. Rumah Lelong Roh Api, rumah lelong yang paling berjaya dan makmur, dibuka setiap hari untuk membolehkan semua orang memilih barangan berharga bila-bila masa sahaja yang mereka mahukan.

Waktu sudah pun menjelang tengah hari dan Ibu Negera Diraja Negara Yan penuh sesak. Di mana-mana sahaja penuh dengan kerumunan orang ramai.

Memandangkan Kejohanan Pertempuran Roh sudah hampir bermula, Ibu Negara Diraja Negara Yan ini dipenuhi orang-orang yang datang dari rombongan dari pelbagai akademi. Ada juga orang-orang dari pelbagai negara dan kuasa lain yang sedang mencari calon untuk direkrut. Mereka semua berkerumun ke Ibu Negara dan berkumpul untuk menanti kejohanan bermula. Bandar ini menjadi penuh sesak dengan kehadiran mereka.

Negara Yan sering diam sahaja dalam hal berkaitan niat pelbagai kuasa besar ini datang ke bandar mereka. Bukannya mereka membiarkan sahaja pihak lain dengan bebasnya cuba datang untuk merampas sebarang pelajar yang berpotensi, tetapi mereka sangat yakin yang sesiapa sahaja yang dipilih oleh Negara Yan tidak akan menolak pelawaan itu.

Inilah keyakinan yang dimiliki oleh kuasa paling hebat di seluruh dunia!

Jun Wu Xie mengikut peta yang Fei Yan berikan padanya dan melepasi jalan-jalan utama serta lorong-lorong kecil. Dia sedang menuju Rumah Lelong Roh Api. Di sisinya, satu susuk tubuh yang tinggi lampai mengekori rapat.

"Ada apa-apa yang Adik Xie mahu beli?" tanya Jun Wu Yao sambil tersenyum dan memandang Jun Wu Xie. Nampaknya sejak akhir-akhir ini dia tidak ada apa-apa yang mahu dilakukan dan asyik mengekori Jun Wu Xie. Ada masanya dia akan hilang selama beberapa jam dan kemudian cepat-cepat muncul kembali.

Jun Wu Xie tidak pernah bertanya tentang kehilangannya walaupun dia ada mengesan sedikit bau darah setiap kali Jun Wu Yao muncul semula. Dia hanya berkerut sedikit tetapi tetap tidak berkata apa-apa.

"Saya perlukan herba," balas Jun Wu Xie.

"Kamu nak hasilkan eliksir lagi?" tanya Jun Wu Yao. Matanya mengecil memandang Jun Wu Xie. Selama ini, sejak mula dahulu sehinggalah sekarang, dia sering dapat menghidu bau herba pada gadis ini. Bau itu amat berbeza dengan haruman melampau yang biasanya ada pada para gadis dan juga berbeza dengan haruman manis bunga-bungaan yang meloyakan. Jun Wu Xie memiliki haruman yang sedikit pahit. Pada mulanya mungkin haruman ini tidak begitu menyenangkan, tetapi setelah terbiasa dengannya, haruman ini akan disukai dan memberikan keselesaan.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C758
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login