Download App
48.65% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 433: Si Bodoh yang Degil (1)

Chapter 433: Si Bodoh yang Degil (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Sambil memandang Fan Zhuo yang sedang nyenyak tidur itu, fikiran Fan Jin berkecamuk. Kumpulan Qing Yun sudah lenyap dan penyakit Fan Zhuo semakin teruk. Ayah sudah menjemput tabib terbaik datang ke sini tapi mereka tak dapat menyembuhkan Fan Zhuo. Kalau keadaan ini berterusan….

Fan Jin mengepal penumbuknya. Dia memeriksa Fan Zhuo dan setelah mendapati adiknya itu masih tidur, dia tiba-tiba berdiri kemudiannya berjalan menuju pejabat Guru Besar di Akademi Zephyr.

Fan Jin berdiri di hadapan pintu pejabat tersebut. Sewaktu dia baru sahaja mahu mengetuk pintu, dia terdengar suara Ah Jing dari dalam bilik itu.

"Tuan Guru Besar, tolonglah pergi jenguk Tuan Muda Fan Zhuo sekarang juga. Kalau kita biarkan Jun Xie terus menyeksa Tuan Muda Fan Zhuo, saya risau dia akan…."

Hati Fan Jin menjadi kecewa dan dia menendang pintu pejabat itu sehingga terbuka dengan bunyi yang kuat.

"Ah Jing! Siapa yang benarkan kamu datang ke sini dan merepek seperti ini?" Fan Jin merenung Ah Jing dengan marah. Dia berasa tidak percaya melihat Ah Jing yang sedang berdiri di dalam pejabat itu dengan mata yang merah. Fan Jin tidak menyangka yang Ah Jing akan terus datang berjumpa ayahnya untuk menyampaikan cerita yang bukan-bukan, sejurus selepas Fan Jin memarahinya.

"Tu….. Tuan Muda Sulung….." Ah Jing tidak menyangka dia akan bertemu dengan Fan Jin di sini. Wajah Ah Jing kelihatan panik.

Lelaki tua yang sedang duduk di belakang meja itu berambut hitam dengan sedikit uban di sisi kepalanya. Wajahnya kelihatan lembut dan baik. Dia kelihatan terkejut sewaktu terlihat Fan Jin di pintu yang telah terbuka dengan bunyi yang kuat itu tadi.

"Ada apa kamu ke mari, Fan Jin?" Guru Besar Akademi Zephyr itu bertanya dengan lembut. Dia ialah ayah kepada Fan Jin dan Fan Zhuo serta merupakan orang yang memegang kuasa tertinggi di seluruh Akademi Zephyr.

"Ayah, tolong jangan percaya apa yang Ah Jing ceritakan. Saya lebih kenal Jun Xie berbanding dia. Jun Xie bukan seperti yang Ah Jing gambarkan." Fan Jin memang sudah berasa keliru dan kini di dalam hatinya dia menyalahkan Ah Jing kerana merumitkan lagi keadaan. Fan Jin baru sahaja berfikir-fikir bagaimana dia boleh meyakinkan ayahnya, Fan Qi, untuk membenarkan Jun Xie mengambil alih rawatan Fan Zhuo. Kini dia terdengar pula Ah Jing memfitnah Jun Xie dengan begitu teruk sekali.

Kalau bukan kerana kesetiaan Ah Jing yang tidak berbelah bahagi terhadap Fan Zhuo selama ini, pada ketika itu juga Fan Jin pasti sudah mengikut kemarahan hatinya lalu memukul budak dungu yang menyusahkan ini sehingga mati.

"Tuan Muda Sulung! Jangan terpengaruh dengan Jun Xie tu! Tuan Muda tak tahu ke khabar angin apa yang sudah tersebar ke seluruh akademi tentang Tuan Muda disebabkan oleh Jun Xie? Dia tak pernah ada sebarang hubungan dengan kedua-dua Tuan Muda sebelum ini. Tuan Muda Sulung begitu baik hati dan bersetuju menjadi mentornya. Tapi Jun Xie itu pula telah menjatuhkan reputasi baik Tuan Muda Sulung. Kalau dia betul-betul orang yang baik, dia tak akan sengaja berlengah-lengah dan mengelak daripada pergi ke fakulti Roh Binatang. Jun Xie begitu tak malu dan duduk saja di kediaman Tuan Muda Fan Zhuo walaupun dia tahu tindakannya itu akan membuatkan reputasi Tuan Muda Sulung dipersoalkan. Jelas yang Jun Xie ini mengambil kesempatan di atas kebaikan hati Tuan Muda berdua!" kata Ah Jing. Dia mahu menyedarkan Fan Jin tentang perkara sebenar.

Kalau hal ini hanya melibatkan Fan Jin, mungkin Ah Jing boleh tidak ambil peduli. Tetapi apabila cengkaman Jun Xie mula mendekati Fan Zhuo, Ah Jing tidak dapat menahan dirinya lagi.

"Ini semua fitnah! Jun Xie tak mungkin jadi seperti yang kamu katakan! Apa yang dia boleh lakukan di fakulti Roh Binatang? Biarkan dirinya dibuli pelajar lain?" Fan Jin merenung Ah Jing dengan marah.

Ah Jing menjadi takut. Tetapi apabila teringat yang Jun Xie masih berada di hutan buluh itu, dia berusaha memaksa dirinya untuk menjadi lebih berani.

"Kenapa pula orang lain nak buli dia? Ini semua sebab dia tu sudah buat banyak perkara terkutuk! Kalau dia ada sedikit pun rasa bersalah, dia sepatutnya meminta maaf. Tetapi dia bersembunyi di sebalik perlindungan Tuan Muda Sulung dan langsung tak menyebut kesalahan yang dibuatnya. Dia memang licik!"

Ah Jing benar-benar membuatkan Fan Jin marah. Fan Jin selalu menyangkakan yang Ah Jing ini tidak terlalu bijak, tetapi dia tidak mempunyai sebarang sifat negatif lain. Namun kini Fan Jin telah menemui satu lagi perangai buruk Ah Jing. Budak ini cuma dengar apa yang dia mahu dengar dan percaya. Ini benar-benar membuatkan Fan Jin semakin hilang sabar.

"Dia tu licik? Kalau betul dia seperti yang kamu katakan, kenapa dia selamatkan nyawa Fan Zhuo?" Fan Jin mula meninggikan suara.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C433
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login